Friday, February 13, 2015

Sujud Syukur. Aku Masih Hidup.

Assalamualaikum…

Masa hari Rabu petang tu, lepas cuci rambut dekat Lavinas Ampang, I teringat iron dah meletop and tak beli lagi yang baru. Esok nak iron baju Sazli macam mana? Sebagai isteri yang baik hati, I pon offer diri untuk beli iron dekat Sazli. Tapi bayo balik arrr siap service charge RM20.00. Hahahahahaha. Ok sambung balik.

Memula I pergi Ampang Point. Cari dekat Giant Supermarket yang dekat dalam tu tapi tadek, and tak terfikir dah ada kedai jual iron so sebab taknak buang masa, I decide nak beli dekat Max Value yang dekat dengan rumah I tu. Dengan jalan jem dan semangat yang berkobar-kobar I pon melangkah masuk Max Value. Malas nak buang masa carik iron so I tanya je dekat casher. Kata dia iron tadek kak. Iron board ada. Lawak la tu konon?

Kalau akak nak beli, boleh carik dekat Seng Heng Ampang Waterfront or dekat UO Ampang. Baiklah.

So, I pon meredah jem dari Ampang Point menuju ke Ampang Waterfront. Konon nak pergi ke Seng Heng. Tapi jemmmm memang hazabedah zabedah sameon miron bin mingon. Memang menggila jem dia so I decide untuk pergi UO Ampang je. Dekat sikit. Dapat la sep perjalanan pergi balik dalam sejam lebih kot? Ampang kan kalau jem dia bukan ada tolak ansur dan simpati dah. Memang dia pukul habes la.

I pon menuju ke UO. I pernah pergi sini sekali je. Itupon sebab nak tengok wayang dekat MBO sini. (Eeeuww MBO. Hahaha). Tahun 2006 kalau tak silap. Sazli pon I tak kenal lagi, dia kat Ostolia sana time tu. I confident je masuk parking. Naik satu pusingan I nampak lampu malap-malap je. Lepas tu nampak Guard Bangla tengah duduk atas kerusi. Masa lebih kurang pukul 7.15-7.20pm. Maghrib.

I nampak tak banyak kereta. Ada banyak parking. Perrrggghhhh cantek sangat arrr. Tapi ni lampu malap, bangunan nampak macam abandon je tapi takper. Ni ada kereta, ada guard ni maknanya selamat. Don’t think too much. Now I just fikir nak beli iron, bayar, balik umah and hug Shein. I memang nak cepat. Turun dari kereta, I tanya Pak Guard. ‘Boss, mana mau pergi kedai?’ and dia jawab, ‘Sana naik lift’.

So I pon berjalan ke lift macam 50 meter dari guard. Mintak perhatian lampu kat sini cuma lampu emergency jer. Bukan lampu yang pasang semua tu. Takper. Positif. Maybe ada litar pintas. So I berjalan menuju ke lift, tekan button atas. KOMPIDEN. Lift yang jenis zaman dulu yang bunyik dia ketingggggggggggggg bila terbukak tu. Bunyik loceng lift tu. Paham tak? Boleh imagine tak?

Lift naik terbukak. I pon naik. So cane ni? Ada butang dari bawah LG, G, 1,2,3,3A,5. So I tekan 1. Kiter tengok nanti macam mana. Bila lift terbukak I pon berjalan keluar. Lebih kurang macam lift dia bukan terbukak and terus nampak kedai. Kena jalan sikit, kat depan tu baru nampak kedai. So I keluar, eh apesal yang sunyi semacam ni? Takpe. Maybe kedai banyak tutup. Sekali bila dekat pintu besar, I pandang semuaaaaaaaaaaaaaaa kosong. Tadek kedai, tadek orang, tadek lampu. Tapi sebab masa tu tak berapa nak gelap lagi, cahaya dari luar ada masuk sikit. Terus I pergi lift balik.


Kosong sekosong-kosongnnya macam ni, cuma sila tambah effect gelap. Ni gambar contoh tempat kejadian

Tunggu lift nak terbukak bapak la lama. Lift terbukak, I berkira-kira. Nak naik tingkat berapa yang baru ada orang ni? Takkan la sunyi macam ni? Pesal kereta kat bawah ni tadi banyak jer? Maybe salah tingkat. Ok takper. Kiter cuba tingkat dua. BODOH kan? Patutnya I turun je ke parking and blah. I don’t know apa menda yang buat I nak jugak jugak jugak carik iron time-time tu jugak. Ok. Lift terbukak I tekan 2. Sampai tingkat 2, I keluar lift. Jalan kedepan sikit dekat pintu besar tu memang dah gelap giler. Langsung tadek cahaya cuma suram-suram jer. And ada kayu palang and tulis, ‘Do not enter’.

Pergh seriously tingkat 2 ni memang horror giler babi nak mampos. Sunyi. Gelap. Memang sebijik macam dalam cerita hantu. I terus istifar dalam hati. Mohon Allah pelihara I. Time ni apa bacaan al-quran pon I tak ingat and handphone pon I tak tengok. Lift tak terbukak pon. Ada la 5 minute. Ya Allah. I fikir, ‘Ya, memang harini aku akan mati. Today. Tak dapat jumpa Shein, Sazli and Mak lagi’. I fikir masa ni, I kena rompak dengan Matpet. Kena acu pisau kat leher, kena rompak and kena tikam. Lepas tu tadek orang boleh tolong.

Macam-macam dalam fikiran I dengan seram lagi. Nauzubillah I cannot put into words. Lift pulak kenapa la yang tak terbukak-bukak? Dok ketingggg ketingggg tapi tak bukak pon. I tak terfikir pon nak amek handphone and buat call. Semua tu tadek. Macam kaku. Bila lift terbukak, I tekan LG. Fikir nak cepat-cepat blah dari sini jer. Lepas tu lift taknak tutup. Ya Allah. I memang dah menggigil satu badan. Darah I kering! Imagine tingkat dua tu kosong-sekosong-kosongnyaaaaa and how if tetiba ada ‘menda’ lain masuk. Mati la.

I mengucap and istifar. Tu je I ingat. Lift tertutup. So sepatutnya lift turun kan? Tetiba after 30 saat, dia terbukak balik dekat tempat yang sama. Which actually lift tu tak bergerak pon. I dah nak terkencing dalam seluar. I sebut Allah Allah Allah. Tu je yang I mampu. Lepas dalam 5 saat, lift tu terbukak macam tu je. I memang tunggu je apa menda yang bakal ada depan mata I. Memang tadek tempat nak lari dah. Lepas tu lift tertutup and I rasa duduk dalam lift lamaaaaaaaaaaaa giler nak sampai LG.

Sampai je LG I dah rasa lega. I jumpa Abang Guard Bangla. I tanya dia, ‘Boss, kenapa tingkat 1 2 tadek orang?’ Dia cakap, ‘You mau pergi mana? Mau buat rambut Ground Floor. Tingkat 3A Romantika, tingkat 5 MBO. Yang lain sudah lama kosong’. Gulp.

I ambik kunci dalam kereta and lekas-lekas blah. Once keluar dari parking terus I rasa selamat. Syukur al-hamdulillah nothing happen. Allah panjangkan umur I dan tutup hijab I dari nampak hantu syaitan. Sampai luar building, I masuk tingkat G. Jumpa banyak salon yang agak horror. Kata Kakak Indon, tingkat atas ni memang kosong. Berhantu la. Sebab dah tadek orang. Kalau nak beli iron, pergi sebelah Pasaraya Hero. Sebelah tu ada kedai elektrik.

I terus blah, amek kereta yang I parking kat belakang bangunan tu and pergi kedai elektrik tu. Dapat iron, I masuk dalam kereta and ambik masa untuk I calm down. Seriously masa dalam bangunan yang tingkat kosong tadi I rasa betul-betul sorang dalam dunia ni. Rasa macam takot giler. Taktau nak cakap macam mana. Kering darah I. Seriously.

Balik tu, sampai rumah I cerita pada Sazli. Dia istifar banyak-banyak kali. Terus suruh I maghrib and buat sujud syukur. Mintak doa pada Allah supaya pelihara I and doa supaya dijauhkan dari bahaya dan bencana. I badan pon tak habes ketar lagi.

Pengajaran untuk I. Never ever take risk parking kereta dekat tempat yang tadek lampu or sunyi. Apapa boleh jadik. How if Pak Guard Bangla tadi kejar I and buat jahat pada I? How if dekat Tingat 1 and 2 tadi ada orang jahat nak apapa kan I? Bunuh I? Or kalau Allah bukak hijab I nampak hantu syaitan macam mana?  Tak mampu I nak fikir pon sekarang.

And apa je menda yang I boleh buat untuk keselamatan dan mempertahankan diri I? Tadek. Pepper spray apa jadah semua tadek dalam handbag. Pisau ke apa senjata tok nenet langsung tadek. Bahaya kan? I tak perlu jadik seberani tu kan? I should just leave masa dekat parking pon. Hurm… Apapa pon syukur I selamat. And I memang kena standby pepper spray dalam handbag lepas ni. We never know bila menda tu akan berguna pada kiter. Kan?

And Pocong. Thanks sebab tak show up that day. Thank you very such! Errrr. Very much!


-eNd-


UO Ampang.

10 comments:

CPI said...

omg kak sue! i yang bace ni pun ketar

Mimy Hamid said...

Allah sue ko mmg berani la...Alhamdulillah tak deapa...aku yg meremang...sini mmg pot dating aku ngan megat tgk wayang...tak sangka jd mcm ni tmpt ni....isk komen ko ni naik bulu roma aku

Nur Aishah said...

Su..dlm ampng point kn ada harvey norman dear? alhmdulillah u re safe. Syukur..mcm baca novel ju on hokeyyy... acoottt

Unknown said...

Kaksu!!!!syukur alhamdulillah xda pape...situ mmg kosong....org pegi situ mmg utk tgk wayang atau g romantika je....parking kat level cinema tu trus...kesian kaksu....semoga semangat kaksu pulih balik....

Ain

Unknown said...

Ya Allah Alhamdulillah sue selamat.. Kta pon pernah kena ala2 camni memang bila dalam keta tu menggigil2 xtau nak ckp camne.. Masa baca ni trus tingat kes kita kena aritu.. Adoi ngeri gile kot..

Daus Redscarz said...

Serammnyer.... menakutkan dah macam dalam filem horror dah tu.. nasib baik takde paper.
checkbalik gambar tu kot-kot ada benda tersembunyi.. :p

fahayaman said...

Kaksuuuu.. i serious ingat u mimpi ke ape.. kira ending dia u terbangun dari tido... rupanya cita betul???? Alhamdulilah u selamat... i doa banyak2 taknak jadi camni. Kalau i kat tempat u camna la i agaknya. Boleh ke I handle? Only Allah know

doll said...

omaigoat..apekebende UO Ampang nie sue? ada tingkat kosong, ada tingkat ada kedai..very der skeri...u cerita jer ai dah skeri..belum kena sendiri..syukur Alhamdulillah u selamat in one piece..dah len kali wlupun semangat dgn satu2 barang tu, fokus dgn environment sekeliling-mmg kita pempuan klu dah aim sesatu barang mmg langkah ke situ jer x npk apa lain dah..fuhh..syukur laa guard bangla tu boleh diharap..kot x..patut dikomplen management UO Ampang nie..tutup jer klu dah xde tenant nak sewa..thanks for sharing btw..

mamabeauty said...

Alhamdulillah dipelihara..

takutnya kans.. i kalau nak parking tempat banyak keta pun seram.. tgk kiri kanan jugak..

Izzan Yong Rosdin said...

Uo tu baru jer tutup 2 bln lepas rasanya. Salon2 kt bawah tu pon seriau nak pergi sbb ramai sgt p*nd**. Dah mcm rumah p**acu*. Tempat kosong + kotor. Mmg tak nak jejak dh kt situ lagi. Ngeri..