Thursday, March 12, 2015

How Hard Is Your Life?

Assalamualaikum..

Semalam kan I beli Burger King? So tangan dah penuh kiri kanan dengan plastic bag. Masa naik naik lift office tu, I nampak ada this one Pakcik meniarap untuk bergerak. Tapi dia ok jer. Macam tadek apapa yang berlaku pon. Pandang atas tengok muka I, lepas tu senyum and bagi salam. I terbehenti sekejap. Lost 10 saat lepas tu terus rasa sebak taktau nak cakap macam mana. Air mata pon mengalir macam hujan. Maka tangan penuh kiri kanan acane nak lap air mata kan? Dah la lift peramah, semua level dia nak berenti bawak orang naik. Mana yang nampak I dalam lift semalam mesti saspek I tengah bergaduh dengan bf punyer la. Kah kah kah. Padahal dorang taktau I dah kawen sebenarnya.

Sampai dekat office boss tanya I, ‘Su menangis ke?’ Lepas tu I cakap I tengok ada Pakcik jalan meniarap keluar dari lift. Dahhhh nanges lagi sebab bercerita. I memang macam tu. Sedang Makcik jual kerepek pon I dah sebik-sebik, dah ni meniarap lagi la. I memang mudah tersentuh. Kalau kucing nazak pon I boleh sampai bengkak-bengkak mata nanges. Senang nak tersentuh hati ni kalau tengok less fortunate people depan mata. Or binatang yang dizalimi or kena langgar ke, I memang tak boleh. Memang kalah habes. Walaupon I athelete tapi hati I mudah tersentuh.

Pastu keluar dari bilik boss, Dyba pulak tanya kenapa. I cakap I nampak Pakcik ni jalan merangkak. Siap demo lagi dekat Dyba atas lantai. Lepas tu sedang elok meniarap Boss I pon keluar. Haha. Memang best giler.  Kata Dyba kalau yang Kaksu buat tu bukan merangkak. Tu meniarap T___T Ok Baiklah.

So semalam I terfikir, apa la sangat kan masalah yang kiter ada ni? Masalah office, masalah kawan-kawan, hasad dengki, golongan yang suka memutuskan silaturrahim, yang annoying, sarcastic whatsoever yang buat hati kiter sebal bila fikir. Nak pulak I yang jenis suka memikir sampai tadek mood seharian kalau nak dibandingkan dengan Pakcik semalam tu. Besar jiwa dan hati dia. Walaupon hanya mampu bergerak dengan cara macam tu tapi at least dia tak give up. Dia ceria macam biasa. Dia move on and teruskan kehidupan. Siap boleh keluar pergi public area lagi without any help.

Kalau kiter sendiri macam mana? Mampu ke kiter ada semangat yang sekuat tu untuk berhadapan dengan masyarakat? Tak kan? Haih. Silap I tak mintak number Pakcik tu. Mana tau dia boleh share kisah hidup dia. Macam mana dia berhadapan dengan situasi dia dengan keadaan fizikal dia macam tu. Sapa tau kan? Dia boleh bagi semangat pada beribu orang diluar sana yang putus harapan untuk hidup supaya bangun and teruskan kehidupan.





So how hard is your life?


Untuk Pakcik semalam, semoga Pakcik kuat dan boleh live your life to the fullest. Pakcik memang hebat!! Syabas Inspector Sahab! (Tetiba) Anyway, terima kasih sebab AT LEAST bagi saya sedar, ‘Nothing really matter’. Terima kasih Pakcik. Semoga Allah memberkati hidupmu. Amin….


-eNd-

3 comments:

Alyn Aellynn said...

Betul tu.. I lahir normal. I.ada.diabetic start umur 18, masa I holiday kt korea Nov 2013 kaki I blister sket. Everything goes well, balik malaysia after 2 weeks.kaki I yg blister tu kene bad infection. Serang saraf and saraf I dah mati melalui oksigen. Nak selamatkan nyawa I terpaksa potong kaki kiri I below my knee.

Mase tu arwah mak I sakit kenser tahap 4. I x menangis pun dgn apa terjadi.. apa yg I nak I mampu jaga my mum, alhamdulillah spjg I cuti prolonged leave I dpt jaga arwah smpi dia meninggal on hari raya ke 3 2014. Masa tu I down sangat... now alhamdulillah I dh ada kaki palsu and manpu kembali bekerja seperti biase.

Sorry sue.. I just sharing.

Chooyaya! said...

Alyn Aellynn : Allahuakbar u... besar dugaan Allah tapi u sgt kuat. proud of u.. if i were u, i taktau la if i can be strong like u...

Nina Zee said...

Alah kak su nie suka la buat cite2 sedih cani... kita jenis emo jgk... tgk org yg mcm tu mesti sebak.. telan2 air liur tahan air mata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...