Wednesday, March 11, 2015

Pasal Shein :)

Assalamualaikum…

Macam dah lama kan tak cerita pasal Shein? Ke baru jer cerita? Haha. Anyway Shein now sihat Alhamdulillah. Lepas pada yang dia kena HMFD I tengok perangai tantrum dia macam dah berkurangan sikit. Cuma I tengok kaki dia banyak giler menggelupas. I geram jer nak kopek tapi Shein tendang je tangan I. Haha. Takper la, yang penting dia sihat dan cergas pon dah syukur Alhamdulillah. Taaaapi dia punya manja, kemain menjadik-jadik. Now kalau nak tido, kena berpelukan. Tido nak atas lengan kiter jer. Kata la kalau tangan I lengoh kan? I angkat la tangan. Nanti dia duduk, pandang I muka tak puas hati and membebel cakap German, ambik tangan and suruh peluk dia jugak. Hahahha.

Bila dia dah betul-betul lena baaaru lah I boleh berpaling dekat belah lain. Kalau tak, harapan. Dia still isap jari belah kanan. Sampai sekarang. Tu kalau pagi, jangan dicium tangan dia. Sebab masam! Hahaha. Tapi I suka je cium. Best! Rambut dia pon now dah kenteng and bergulung balik dekat belakang tu. Kalau tak kenteng, I agak Sazli la yang paling frust. Hahaha. Dia kata kalau rambut Shein tak kenteng, dia nak ajak pergi kentengkan. Sabar jer la.

Haritu masa balik kampong, I tersalah bawak botol. I bawak Avent yang teat dia (Y) besar tu. Shein kalau lubang besar dia taknak. I pulak biasa balik kampong bawak 2 botol, entah macam mana haritu bawak 1 botol jer. So, redha jer la I beli botol susu lain kat kedai. RM6.50 satu. Lepas tu puting dia tukar yang size L. RM1.60 jer satu. Homel-homel sebab murah sangat. I tak sure jenama apa tapi dekat kotak kata dia BPA free. Nak ke Si Shein minum? Sebab kan dia punya teat macam kurus? Kalau Avent and Tommie Tippie tu jenis botol lebar debab macam dia jugak. Nanti penuh je masuk mulut dia.

I buat 8oz susu guna botol baru. Habes Shein minum! Alhamdulillah. Cuma ailio dia banyak keluar la. Hahahah. Maybe tak biasa dengan botol tu. Kata Sazli lepas ni guna botol tu je. Jenama apa I pun tak sure. Tapi jenis kurus panjang. Pepaham la teat Avent and Tommie Tippie bukan sesenang nak carik. Becinta sangat. Nak nak area Ampang, susah bebenor. Kekadang kat Anakku dekat Moms Care Ampang Point tu kejap ada kejap tadek. Yang ada pon dekat GE Mall Bebetotz tapi rajin pulak nak pergi sana kalau tak iye iye. Kan?


Lagi? Ok. Shein ni ruas dia memang besar. Kalau orang tengok dia akan cakap dia 5 tahun. Dia tinggi sama macam Sazli.  I agak Si Shein ni darjah 6 nanti mesti dah sipi-sipi nak potong tinggi I. Sedang ni 2 tahun pon dah tinggi. Takper la. Lelaki tinggi la baru macho. Tall, dark and handsome. Kan? Hurm… Tak boleh imagine macam mana nanti kalau Shein kawen kan? Hope dia tak lupakan I bila dia dah kenal perempuan lain dalam hidup dia selain I. Semoga dia sentiasa tau yang I terpaling sayang dia dalam dunia ni.

..

Dah separuh Abah dia dah.


Ingatlah wahai anak. Kasih Ibu membawa ke mati.

Eh. Tetiba emos. Okla bye

-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

manjaku kat ampang point tu ada jual sis. baru tau hari tu. selama ni dok beli puting tommee tippee kat sogo je sebab tanya kat manjaku tu staff dia kata tak jual brand tu. sekali saja lah tawaf kedai. cis sebelah kaunter je. apa lah dorang punya product knowledge kan =.=

Azziah Nawawi said...

nak eh shien klau tukar puting botol susu. anak I jgn harap la dlu. pakai puting MAM, mahal bule tahan. try tukar puting, langsung tak nak.

Cik Siti Hajar said...

Kak Su... Shein baru 2 tahun.. kak Su dah pk gelpren dia.. hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...