Friday, March 13, 2015

Iyan Iyer Kena Marah

Assalamualaikum..

Malam tadi I upload gambar Shein baru lepas kena marah dengan I. Lepas tu habes semua peminat Shein tak puas hati dengan I. Hahahaha. Oooo mana aci! Main bawak geng eh Shein? Dia yang act violent dekat Mama, balik Mama pulak yang kena. Bantahan Yang Arif! Ini tidak adil! Hahahaha.

Malam tadi Sazli tadek. Dia ada dinner gathering dengan kengkawan sekolah dia dekat Fikcles. So I berdua je dengan Shein. Semalam pulak dia dekat nursery. Kalau dia dekat nursery dia macam ada rasa tak puas hati tau? So nanti balik rumah mula la buat perangai manja + ganas semacam. Semalam tengah elok tengok tv, boleh dia tuang semuaaaaaaaaaaa potato chips Mr Potato atas carpet rasta kitorang tu. Tak sempat I nak kutip, dia dah pijak. Kan menda tu nipis rangup? So bunyik la krup krappp kalo dia pijak. Suka la Si Shein. Maka I hanya mampu memandang dengan linangan air mata. Tis Tis Tis.

Ikutkan hati I nak vacuum jer, senang macam tu. Tapi sebab kesian Shein yang  takot vacuum so I pon gigih la mengutip sisa-sisa chips tu satu persatu. Sabar jer la. Tapi orang yang obsess dengan penyapu, dia can’t never stop selagi tak puas hati. Alang-alang dah bersihkan karpet jom la kemas satu rumah macam esok nak raya. Shein I pasangkan Monster House malam tadi. So dia leka la tengok. Sesambil tu pasang iPad jugak yang Upin Ipin episode Ultraman tu. Sambil  tengok tv and iPad sesekali Shein datang tepuk and buat-buat nak sepak I ikut macam Ultraman berlawan.

Chiaaaaaaaaaaaaakk!! Redha je I kena fire. Tak melawan pulak tu I.  Baik sangat I. Suka tau?

I memang buat kerja non-stop. Langsung tak berenti. Tekak haus pon tak minum. Punya la kental mengemas. Bila dah siap semua, dah wangi rumah baru la I duduk dekat sofa. Shein dari jauh nampak I duduk dia terus berlari and gedebuk! Himpap I dekat muka and kaki dia bebetul kena dada I. Perrrrghhh senak giler kot? I rasa macam nak putus nafas senak. Boleh imagine kan macam mana? Haper lagi? Terus I jerit. SAAAAAKITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!

I agak Shein terkejut tau? Sebab dia terus cebek-cebek tapi tak nanges. Amik blanket dia and isap jari terus duduk diam. Tadek dah huru-hara macam tadi. Haaaa. Boleh pon diam kan? Dah kena marah baru nak diam. 


Alololo

I duduk jauh sambil pandang dia tak kelip. Dia nampak I pandang dia, dia alih mata. Alololo. Tak lama lepas tu, dia bangun datang dekat I. Nanges sayu jer. Lepas tu cium peha. Aaaaaaaaaa mana aci main macam ni. Terus I melting. Maka lepas tu berpeluk-pelukan la kami langsung tidak boleh dipisahkan lagi.

Masa tengah peluk tepuk-tepuk dia tu, I cakap pada dia. ‘Shein is boy. Mama girl. Tak boleh main tendang-tendang, hempap-hempap macam ni ok? Ganas. Mama tak suka. Shein kena behave dengan girl’. Macam paham member terus cebek-cebek lagi. I terus hug dia and mintak maaf lepas tu. Lepas mintak maaf terus dia start balik Chiaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkk!! La. Insap sekejap je la rupanya ni? Hahahaha. Sabar jer la.

Kata Fara, anak dia Affan Kazuo also macam Shein. Budak 2 tahun memang tak boleh control dia punya excitement. Memang tengah huru-hara. I sebenarnya paling jarang marah Shein. Tapi malam tadi senak kena penyet dekat  tetek tak boleh nak puts into words. And jerit tu sebenarnya tindakan refleksi. Nasib baik I tak tertampar dia ker apa. So kepada peminat-peminat Shein, Mama mintak maaf la sebab marah Shein korang eh? Lainkali Mama cuba untuk lebih sabar dengan himpatan dari Shein yang almost 16kg tu.

Akhir kata…. Nak uweeeeet!


-eNd-

6 comments:

sharon m.q. said...

Hahahahahah... Adoiiii Shein... Comel je prangai..

Che kem said...

ni kalau jah tau..mesti dia sedih jugak..hehehehe

diyana said...

haha..shein shomelll :D

Lis Malisa said...

Hahahaha lama x borak2 dgn shein... cehhh macam pernah... ye kak su..? Jah disini merindui muuuu

ease elias said...

huhhh..sama la..my boy 2 thn 3 bulan..blurgghh..selalu kena paksa jadi raksasa..bila kita tgh baring..dia bagi sebijik atas muka..so kita akan marah kan..then dia senyum..then kita ignore..pastu bappp!! kena lagi..ooo..kali ni pasti marah kan..then bila kita kejar dia..tu yg dia konon2 jadi ultraman..dan raksasa tu kita...haihhhh..skang nak kurangkan ultraman tgk robocar poli n sofia the first je la..hahahahha..kejam..

Effanina Mokhtar said...

Salam su,
your story same like me.. my son also next month Apr nk masuk 2thn.
tpi dia start jadi 'ultraman' since 1thn 5bln lgi. Akibat asyik layan ultraman diumah pengasuh & berkwn dgn ank pengasuh budak lelaki 5thun. ank i jadi over aktif.. huhu.. asyik anggap i ni raksasa aje, kena lepuk, kena tendang, siku segala.
time i period lagi lah sakit sbb slu kena himpap..kat dada..
mmg penah marah, penah slow talk baik2.. tpi kejap aje insaf.
hubby i ckp.. ank kita tu.. xde kwn kat umh ni.. jadi dia nak bermain dgn mama dia..
tpi problem nya.. too over lah.. sbb i yg slu nagis sbb slu kena buli.. tpi dgn papa dia.. dia x berani buat..
tlg sikit su bgi tips..
i x rasa dia hyper aktif, sbb perkembangan lain ok.. cuma bab bermain tu.. agak lasak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...