Assalamualaikum..
So dah part III. Entry ni I nak cerita pasal kitorang punya Sunset Dinner Cruise. Naik private yacht from Crystal Yacht Holiday Sdn Bhd. Tapi sebenarnya aktiviti pagi Sabtu tu dimulakan dengan brunch by the beach, mandi laut and sunbathing tapi I terus melompat ke Sunset Dinner Cruise ni. Kira aci tak? Hahaha. Sebab aktiviti yang ni lagi excited nampaknya.
Lepas mandi laut, Azrina yang bertindak sebagai Guru Besar dah pesan please make sure you guys ready by 3.00pm coz we leaving the hotel to Awana Porto Malai Langkawi for yacht cruising. Jangan lupa bawak beg punjut pink tu. No need to bring handbag. Wear T-shirt yang ada dalam beg tu and pakai la swimming suit dekat dalam sebab atas kapal tu nanti ada Jacuzzi. Kiter akan pakai baju rasmi ni for the whole day. Baiklah cikgu.
Actually yacht bergerak around 5.00pm tapi dari Andaman nak ke Awana I agak ada la sejam kot? Dengan berenti dekat Cenang sebab ada yang nak beli ubat sakit perut la, nak beli roti etc padahal dalam yacht tu nanti memang dah disediakan dinner buffet. Haha. Biasa la lepas berendam dalam air kan kiter akan jadik lapar? So by the time kitorang sampai Awana, sedang elok pukul 4.45pm. Lepas buat payment, terus kitorang dibawa menuju ke our private yacht! Woo Hooo!!!
Ni gambar dekat jetty Awana Langkawi. Photo taken from here . I tak teringat pulak nak ambik gambar. Dalam ni selipar tak boleh pakai. Semua masuk dalam bakul ye?
Macam ni la lebih kurang rupa yacht kitorang. Satu yacht muat 12 orang. Termasuk kapten kapal and seorang pembantu yang akan buat bbq/serve makanan. Kapal layar ni akan bergerak dari Awana menuju ke Pulau Dayang Bunting untuk tengok sunset and patah balik ke Awana. Masa berlayar dalam 3 jam. Basically from 5.00pm - 8.00pm. Photo taken from here. Korang boleh pilih nak kapal yang ada Jacuzzi or not. Kitorang amek yang ada Jacuzzi.
Ready to sail! Dari kanan. Hui, Fyza, Azrina (Guru Besar), Kapten Kapal : Nadia, Fyt, Jaja, Elinor and Siti Nurhaliza. Semua orang pakai swimwear except for I dengan Elinor. Kitorang taknak mandi laut sebab tu pakai seluar jeans. Paham tak konsep naik kapal untuk Jacuzzi tapi berseluar jeans? Haha.
Ai ai Kapten!
Ni kapten kapal sebenar. Nama dia Christoph. Macam nama boipren Princess Anna dalam Frozen. Ala Frozen yang Shein suka tengok tu? Tak jemu-jemu walaupon dah 80 juta kali ulang-ulang. Kata Christoph, dia akan make sure kitorang punya cruising smooth. Dia kata kapal ni selamat. Dia tunjukkan jaket keselamatan dekat mana bla bla bla just don't jump into the sea will ya? Gitu pesanan. Hahaha.
Semuaaaaaaaaaaaaa makanan yang ada dalam ni, kitorang punya. Makan la selagi mampu. Ni makanan yang ada dalam ni tak termasuk satay and bbq yang belum bakar lagi. Air free flow. Boleh minum sampai kembong. I siap buat virgin pina colada lagi. Semua makanan ni cukup untuk 12 orang. Jangan risau, korang takkan lapar punya.
Dalam kapal ni ada kabin tempat tidur and toilet yang bersih. Kitchen pon ada. Tapi I tak masuk la. Tepi tu tempat counter bar minum. Ada mineral water, canned juice etc. Semua tu boleh habeskan. Dalam photo is Darling Zarissa and Hui.
Kitorang atas kapal main game untuk kenakan Nadia. Yerla. Dia kan pengantin? Siap buat zumba lagi yang tak tahan tu. Ko mampu naik yacht siap pakai costume? Haha.
Jacuzzi dalam kapal ni basically dia pasang net je. So korang boleh lepak atas net tu. Takde la kena hanyut dek air laut sebab kapal ni dia bergerak all the time. Dia tak berenti. Photo taken from here.
Seronok la bebudak ni berendam. Si Christoph tanya I banyak-banyak kali kenapa taknak join? 'You know not everyone have chance to do this and you refuse to join?' I tak jawab apa. Cuma senyum tayang gigi. Lama-lama mamat tu give up lepas tu tak tanya dah. Haha.
Berani betul si Nadia ni. Ishk. I memang takot nak mandi dalam air luas-luas macam ni. Selalu imagine nanti dalam air ada resaksa tarik. Haha.
Masa sampai dekat area Pulau Dayang Bunting and nampak sunset secantik-cantik alam macam ni terus rasa syukur. Allah bagi peluang untuk I tengok this amazing sunset. Hopefully one day I dapat bawak Shein sama-sama dengan Sazli untuk tengok sunset dekat sini jugak. Tapi kena tunggu Shein pandai appreciate la dulu. Kan?
Beautiful Sunset. Subhanallah. Cantiknya :)
Tadi masa awal I cakap pasal beg punjut pink kan? So ni la dia beg kitorang. Comel kan? Name tag tu kena pakai all the time.
Hui made this!
Ni T-shirt Nadia. Nadia's Last Sail Before The Veil.
Ni crew's punya. Siap topi. Semua ni Hui yang buat. Hui ni founder Ashbenimble. Ashbenimble ni ialah boutique yang ada jual fitness punya baju macam sports bras, tanks, running shorts, yoga crops etc. Semua below RM100.00. Tu nanti I cerita dalam entry lain. Tapi kalau korang nak check out dia punya IG boleh klik dekat sini. Ok?
Dalam 8.30pm macam tu kitorang dah gerak dari Jetty Awana Porto Malai Langkawi terus menuju ke Yellow Cafe dekat Pantai Cenang for dinner. Makan lagi. Asyik lapar jer bebudak ni. Hahaha. Imagine kitorang dengan baju macam ni siap bertopi memang always jadik center of attraction. Dekat Yellow Cafe I tadek hati nak ambik gambar sebab I pening. Naik kapal kan goyang-goyang? Mabok la I. Lepas dinner kitorang pergi pulak buat body massage dekat area Pantai Cenang tu. So relaxing.
Untuk korang yang nak rasa pengalaman naik Private Yacht, harga untuk sewa satu yacht for this Crystal Yacht Sunset Dinner Cruise ni lebih kurang dalam RM2500.00 or more. Tengok korang amek kapal yang jenis macam mana. Ada jugak company yang charge per/head. Harga bermula dari RM280.00 sehingga RM330.00 seorang. Tu kalau korang deal sendiri dengan owner. Kalau korang amek package dari hotel akan jadik lebih mahal. Macam Andaman haritu charge RM450.00/head. Palotak dia. Satu kapal boleh muat 12 orang. Maknanya tolak Kapten and pembantu boleh naik 10 orang.
Klik sini untuk check website Crystal Holiday Sdn Bhd. Kat dalam tu korang boleh tengok package apa yang dorang offer untuk private yacht ni.
Crystal Holiday Sdn Bhd
243 Kg Berjaya
07000 Pantai Cenang
Kedah
Phone : 04-9556545
Hours : 9.00am - 5.00pm
Have fun sailing love!
-eNd-
1 comment:
Best nya
Post a Comment