Showing posts with label Nadia Hens Gateway. Show all posts
Showing posts with label Nadia Hens Gateway. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Nadia is Off The Market - Finale

Assalamualaikum…

So dah finale entry for Nadia and Faheem punya solemnization. Sedih pulak rasa. Haha. Al-hamdulillah all went well. Santai giler majlis nikah Nadia sebab yang jadik emcee is her daddy sendiri. Dah pegang mic terus taknak lepas. Sabar jer la. Haha. No protocol no nothing and everything went so smooth. Yang sebak tak habes-habes is sapa lagi kalau bukan I. Haha.

The moment when Nadia step out from her room and I looked at her and tengok how pretty she is dalam baju nikah terus sebak lap air mata dengan bucu baju. Drama Neng Yatimah sangat. Haha. Macam tak sangka that Nadia dah nak kawen. And among all yang paling buat I happy is Faheem is really a good man. Very cool, down to earth and FINALLY Nadia jumpa a person yang really love her, and baik. Ishk. I just can’t put into words how happy I am even sampai sekarang pon masa taip ni I rasa sebak.

Korang tau tak macam mana perasaan happy bila your good friend settles down with right guy? Yang sebelum ni I selalu risau how if Nadia dengan orang yang tak berapa nak betul? LOL. Macam la Nadia tak pandai jaga diri but I rasa macam I tak perlu worry about her anymore sebab I yakin Faheem can really take a good care of her and Nadia akan happy forever. InsyaAllah.

So, memula Nadia dengan Fahim Jalan depan. Diikuti kitorang Dedayang’s berkaki ayam bawak barang-barang hantaran menikut kiraan 1 2 3 4 5 6 7 8. Lepas tu Mummy Nadia teman dia sampai dekat Pelamin. Dia duduk situ sorang-sorang lepas tu Tok Kadi cakap, ‘Kenapa tinggal pengantin sorang-sorang atas pelamin. Meh la turun dekat sini’. Hahaha. Tu kelakar Pakcik Tok Kadi. Sebenarnya masa lafaz kali pertama dah clear dah semua tapi saksi kata lagi sekali. So after 2 kali lafaz Nadia sah bergelar isteri kepada Faheem. Alhamdulillah….


The moment of truth. Tengok Faheem. Cara duduk dah macam Hang Jebat. 


Dulang boys

Bila dah siap lafaz and baca baca taklik. Emcee cakap, semua orang dah boleh makan. Elok nak bangun, Emcee cakap, ‘Mintak maaf, tak boleh makan lagi. Kita ke acara penyarungan cincin’. Hahahaha. Comel sangat emcee ni. Hahahaha. Sesungguh Uncle Wan Hashim nak cakap Bahasa Melayu sampai menyarung cincin dan jadik penyarungan cincin. Hahaha. Pon boleh. Janji audient paham. Lepas dah sarung cincin, while tetamu lain dah pergi ke meja makan, family and friends amek la gambar dengan pengantin.



Dulang girls and dulang boys with Pengantin


Abang Cameraman kata candid 


So here is the candid. Haha.


Pengantin. Nadia and Faheem


Small world. Boleh jumpa pulak dengan my Gynea. Dr Ravi Chandran. Dia tanya, 'So when you gonna meet me?' Lepas tu I jawab, 'If you can promise me that I wont get my morning sickness anymore'. Hahaha. I tengok muka Dr. Ravi mula la tingat mabok. Urrrghhh! Dr Ravi cakap Faheem ni dia punya neighbor. Kenal since Faheem kecik-kecik lagi. Dorang duduk dekat Hartamas.


Love Love Love
 Nadia and adik beradik dia minus Azam. Azam je takde. Dia tak dapat balik Malaysia. Azam study dekat mana entah.


Faheem's family


Nadia's family

Time ni baton bertukar tangan. Sazli menyerahkan Shein pada I and there you go bermulalahhhhhhhhhhhh kisah I mengejar Shein, melayan tantrum Shein sebab nak lari dekat balkoni and terjun dekat tanah yang ada tanam pokok tu. Time ni semua tetamu tengah makan. And I remember when Elinor tengah bagi ucapan pada Pengantin, Shein tengah menangis kuat giler. Tengok-tengok rupanya dia dah berak. Sabar jer la.

Kasut I dekat dalam bilik tempat letak hantaran tadi. So sekarang macam mana? Nak kena kaki ayam jer ker pergi toilet? Naseb baik Sazli menyelamatkan keadaan. Dia datang tolong I and dengan Shein yang tengah nanges macam haper jer. Kitorang keluar ikut pintu tepi dewan and pergi tingkat 1, carik toilet nak basuh berak Shein. Dah la Si cleaner tu enjoy the show time Shein nanges taknak basuh berak. Hangen pulak aku.

Lepas dah salin uniform, barulah Shein ok. I tak berapa sempat nak makan. So do Sazli. Kitorang sebok nak menggentel Shein. Kitorang pon tak sempat nak snap gambar dengan pengantin. Sebab bila Shein dah ok kat satu tempat, I also tak berani nak beralih-ralih ke tempat lain. Kang dia berguling drama Hindustan tak pasal.


So dah tukar uniform


The only photo of Sazli dengan Shein. Tu pon Fiz yang amek gambar. Haha.


Suka eh kau Shein? Dah la seluar senteng.

Majlis berakhir I agak dalam 3.00pm kot? Semua orang gerak balik. I balik dengan Azrina and Shein. Sazli pulak gerak ke Subang nak jumpa dengan Teacher dia. Dalam kereta Shein diam je. Tak sampai 10 minutes dia pon dah gone. Alhamdulillah.. Dia tido dari dalam kereta and only bangun pukul 6.30 petang. Puas hati la tido lama sebab masa dekat Sime Darby tadi kan BUSY sangat? Geram jer.

Untuk Nadia and Faheem, Selamat Pengantin Baru diucapkan from me, Sazli and Sheindong. Semoga bahagia saaaaaaaaaaampai ke Jannah. And produce baby yang comel-comel. Cantik macam Mummy and handsome macam Daddy. Nanti boleh playdate dengan Abang Shein. InsyaAllah one day (yang taktau bila) I will come and visit you both dekat Oz ok? And untuk Dedayang’s, seriously I miss you girls sooooooooooooo much! Rindu nak dengar Fiza bebel-bebel. And story of Elinor and her Hijrah story. Hope to see all of you soon. Jom la jumpa after Nadia balik Japan plz?

Read

Entry ni disudahi dengan pantun empat kerat version Mat Salih since dorang lepas ni duduk kat negara mat salih.

Wishing your dreams,
Begin to come true;
And every tomorrow,
Be happy for you.

Wabila hi taufik walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. (Dah macam ending syarahan agama. Ko ada?) Hahaha.

-eNd-

Monday, March 30, 2015

Nadia is off the market - Part II

Assalamualaikum…

Selamat Pengantin Baru untuk Nadia and Faheem yang sekarang ni tengah honeymoon dekat Japan. Tengok dorang upload gambar dalam IG makan hati je I tengok. Makan semua sedap-sedap ok? I bergenang air mata tengok sushi sashimi belaka. Lepas tu sakura pulak tengah nak bloom sekarang ni. Memang cantik. I love Japan! **Tetiba. Haha Anyway, harini I nak share gambar Nadia punya Majlis Pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac 2015 lepas.

Last entry I share dia punya make-up dengan baju kan? This time I share Nadia punya Bridesmaid dengan Hantaran both side. Konsep dia, gambar apa yang I ada jer. Sebab yang ni I snap dari handphone camera je. Tetiba selepas 8 tahun suka dengan Samsung, I rasa I suka iPhone better. Gambar iPhone lagi cantik dari iPhone. Ni S5 ni Sazli bagi masa birthday last year bulan 10. Pakai tak sampai 6 bulan tetiba nak iPhone plak. Acane? Pastu I nak pau iPhone Sazli yang 5s tu, kata dia bak seribu! Hahahahah. Jual murah sikit bang. Sekarang orang semua pakai iPhone 6 la. Hehe.

Hantaran 5 berbalas 7 tapi tetiba jadik 7-7 sebab kata Family Faheem, lagi 2 tu family dia bagi sebagai hadiah. Tengok segala mala YSL, Jimmy Choo, Dolce and Gabbana terus telan ailio. Hahaha. So kami 7 orang angkat dulang. I, Elinor, Azrina, Fyt, Fiza, Jaja and sebab Hui tadek attend wedding kawan dia dekat Sydney so baton bertukar tangan ke adik ipar Nadia yang comel, Ella Ezuana.

I sampai awal sebab kata Bridesmaid? Kena la sampai awal. Hahaha. Masa sampai, tengok ada Fyt, Fiza dengan Elinor yang macam Mak Pengantin sangat dah ada dalam bilik. Wei, best giler la bilik yang Sime Darby provide. Siap ada bathtub segala. Macam hotel 5 star. Si Elinor kan, dia buat kerja zup zap zup zap laju giler. Semua tulis dalam buku nota. Tulis manual. Hahahahhaha. I tengok masa ni Pengapit lagi stress dari Pegantin. Acaner?


Make up by Ayang Kamell
I memang paksa korang yang bakal kawen, amek make-up dengan Ayang sebab dia mekap lawa. Ni dah 8 juta kali bagitau ni. Kalau tak amek jugak, taktau la. Hahahaha.



In the making


Fyt dengan Fiza sampai lepas Elinor. Bagus dorang ni. Memang jenis punctual.


Jaja and Azrina. I tanya Azrina, 'Babe, baju kiter semua size sama kan? Kenapa you punya macam singkat sikit? Lawa! Kenapa I punya labuh?' Lepas tu Azrina cakap, 'Babe, you tengok la ukuran dada I, sebab tu you punya labuh'. Terus I jalan seret kaki. Hahahaha. 


Rambut blow tu Jumaat petang by Lavinas. Sesambil je iklan. Hahaha. RM25.00 je you alls! Dia blow memang tahan lama. So, jangan lupa pergi Lavinas and now pon dorang ada buat promotion 40% untuk semua jenis facial. Pergi sekarang aku kata!


Kasik chance please?

Kitorang sebok-sebok tengok Ayang Kamell mekapkan Nadia. Tak lama lepas tu Jaja pon sampai and bila quorum Bridesmaid aka Gadis Pengangkat Dulang (Gadis? Walaupon. Haha) dah complete, so Fiza sebagai ketua pasukan sorak Bridesmaid pon dah kecoh kelapa ajar macam mana nak angkat dulang siap ada count 1 2 3 la, bend kaki la apa la, hantaran pegang paras dada belah kanan la segala. I layankan ajer. Tapi macam biasa, mana la I nak boleh serious. I rasa Fiza berbulu je tengok I masa ni. Hahahaha.

Hantaran dari pihak Perempuan kepada pihak Lelaki







Hantaran dari pihak Lelaki kepada pihak Perempuan






I amek dulang tu pastu bend kaki kiri kanan and buat macam tarian sirih junjung siap angkat atas kepala 1 2 3 4 5 6 7 8 pusing kiri pusing kanan sebijik macam mana kitorang menari tahun 2010 dulu. Hahahaha. I suruh dorang semua buat macam tu, dorang kata I giler. Hahahahha. Lepas tu kena ukur, sapa pendek depan. Sapa tinggi belakang. So paling depan ialah Ella, sian dia pendek. Tapi takperla. Sebab baju dia kan lain, so dia kira ketua la. Hahahaha.

Lepas Ella is Jaja, Lepas tu Elinor, Fyza, I, Azrina and blakang skali Fyt. Fyt la paling tinggi sebab tu BF dia Spanish (padahal tadek kena mengena dengan ketinggian pon. Haha). I seronok la doing this job. Si Fiza tu macam emak-emak sangat OMG. Sekejap suruh pakai kasut, sekejap tak. Ha, gaduh la korang kat situ. I teruskan dengan acara tarian sampai Ella dah senak-senak perut ketawa. I tengok yang belah lelaki relex je. Tadek pon nak susun-susun belaka. Konsep dia, sapa tua kat depan, sapa muda kat belakang.

Kitorang masa masuk hall nikah nak letak hantaran, count 1 2 3 and  letak hantaran. Lepas tu count 1 2 3 bangun. Count 1 2 3 baru jalan keluar. Tersusun sangat. Fiza mesti bangga kan dapat organize kitorang lawa and tersusun macam ni? We doing good girls! Hi -5!


Minus Elinor. Masa ni dia tengah bizi kehulu-kehilir. Kata Mak Pengantin? Haha.



Yay. Complete!

Lepas dah setel dengan tugas hantaran, kitorang duduk la tunggu Nadia dinkahkan. Gambar lain, nanti I sambung Part 3 OK? Tapi bila semua dah setel rasa macam missing la. Nanti InsyaAllah Sept baru Nadia buat dia punya reception. Lambat lagi! Dah tetua macam ni baru rasa enjoy jadik bridesmaid. Hahaha. Lawak betul. Oh. Pada yang tanya baju beli dekat mana, kata Nadia dia beli dekat Ampang Park. Dekat mana pepandai la korang carik sendiri.

So stay tuned untuk next entry ok? I tengah hangen dengan agent Prudential ni. Dah la call paksa-paksa suruh amek insurance dia. I cakap I dah ada 3 insurance, so nak kena ambik jugak lagi ke? Kata dia, kalau dah ada 3 4 insurance pon bagus Alhamdulillah. Tapi yang ni kiter nak bagi untuk tujuan penghargaan. Kalau penghargaan bagi la free. Kan? Dah la call hari-hari. Hangen pulak aku. Eeee menyirap ok???? Taknak laaaaaaaaaaaaaaaa. Jangan paksa boleh tak????

-eNd-

Monday, March 23, 2015

Nadia is off the market - Part I

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah Nadialyna and Faheem dah selamat bernikah semalam. I’m sooooo happy for her. Dari malam tu masa I whatsApp Nadia and cakap, ‘So this is your last nite as a single. Lepas ni dah jadik wife orang’. Nadia cakap ‘Yeah babe. I’m so excited’. Dia excited chill giler bab1 nak mampos, I pulak dari malam dah sebak-sebak dada. Boleh? Aku pulak yang lelebey sedih dah kenapa? Haha. Sebenarnya I tak sangka Nadia nak kawen dah. Rasa macam baru semalam we sleep together at my room. Makan omelet atas katil I sambil borak-borak pasal random and stupid topic. Padahal tu semua dah tinggal like 7 years ago. Lama giler kot?

Kitorang close sebab duduk sekali. Masa tu I single, dia single. So banyak spend time sama-sama. I sewa bilik dekat rumah Nadia. Bilik bawah. Sedih giler I tido bilik maid. Hahah. Nadia, June and Sha duduk bilik atas. And Master Bedroom pulak adik-adik Nadia akan duduk time dorang balik dari hostel. Masa tu parents dia still duduk dekat New York. Tapi Nadia selalu tido dalam bilik I pon. Dia naik bilik dia time nak mandi je. Patut sewa bilik kena la kurangkan. Hahaha. Kat rumah tu pon only I dengan Nadia je yang selalu kemas and buat spring cleaning. Yang lain macam tak kisah apa pon. Nyampah.

Nadia is so special to me. Dia jenis straight forward person. Kalau dia tak suka, maknanya dia tak suka. Dia bagitau depan-depan. Ko nak kecik hati ke apa, tu ko punya pasal. Dia kalau bagi nasihat selalunya ialah yang jenis unpopular advice/decision. Maknanya dia akan bagitau what we need to know instead of what we happy to hear. She is so real and tadek eh drama-drama segala ni? Jenis hati kuat nak mampos. Manja, cakap manis-manis, pleased people is so not her. Dia bukan macam any typical and perempuan manja yang I biasa kenal. Nope. Kekadang I rasa dia ni ialah lelaki yang terperangkap dalam badan perempuan. Saspen jugak takot kena rogol ke time tido sama. Tapi Alhamdulillah tadek. Haha.

I kenal dia, ada la 2 kali je dia nanges. First time masa dia break dengan BF dia waktu study dekat UM. Lepas tu lagi sekali sebab apa tu terpaksa dirahsiakan. Haha. masa dia nanges tu I macam terkejut pon ada. Dia jenis nanges yang huwaaaaaaaaaaaa kuat-kuat. Lepas tu esoknya I tengok dia dah ok balik. Nanyi kuat-kuat. So dah lamaaaaaaaaa lepas tu bila dah rapat I asked her.’Kenapa you nanges sekejap je? Lepas tu the next day you dah ok. Sekejap je?’

Nadia jawab. ‘I moved on. If I cry, after that I sleep. And when I wake up then that’s it. No more cry and I’m good. Life must go on. Buat apa nak nanges lama-lama? No point.’ And that always happen bila dia tak berjaya dalam any of her relationship. Harini I dengar dia bercerita and down and question etc. Esok dia akan cakap ‘Fakop. I don’t; give a damn’. Terus macam berubah sekelip mata. Hahaha. Kental betul hati dia. I cakap dia cacat. Hahahahaha.

Now dia dah kawen. Dengan Faheem. Faheem is really a good man. Baik giler kot? Syukur Nadia dapat jumpa dengan lelaki yang baik FINALLY. I am very sure yang Nadia is 100% happy with Faheem and they both memang sangat love each other. I suka Faheem! Baik and langsung tak berlagak dengan apa yang dia ada. I kenal ramai orang kaya yang belagak. Yang kalau nak hina kiter, selamba je tak fikir apa pon. Cakap macam kaya sangat, macam dia bukan keturunan melayu. Macam Malaysia ni BAPAK dia yang punya. Ada eh? Tapi kisah pulak aku? Orang belagak nak mampos ni sebenarnya bodoh. So biarkan aje. Jangan dilayan. Kalau tau kiter sama je bodoh.

So back to Nadia. Today I share sikit gambar Nadia masa semalam. Gambar lain macam Pelamin, Hantaran, Gadis Pemegang Dulang yang I dengar cerita semua lawa-lawa (Haha) and all. Ok? Untuk Nadia, I love you so much babe. I doakan semoga ikatan perkahwinan you kekal sampai syurga. Dapat baby yang comel-comel. Ok? Semoga semuanya dipermudahkan. Dalam rumahtangga kena ada tolak ansur. Itu yang paling penting. Nanti I come and visit you at Aussie walaupon sekarang you still kat Malaysia tapi dah plan nak visit you later. Hahaha. I LOVE YOU SO MUCH!

-EnD-


Isn't she's pretty? Orang dah cantik, pakai apa pon cantik. 

.
Masa Nadia keluar dari bilik semua orang macam, 'OMG Babe, you're so pretty'. Macam real princess. Dah la dia slim and tall. Dia pakai heels, kitorang tak pakai kasut sebab nanti nak bawak dulang berat so bila ambik gambar sebelah dia semua orang jadik bantut. Haha. Dress Nadia is from Mimpi Kita. Lawa kan?


Cantiknya dress Nadia dari belakang.


Super love her make-up. Lawa gilr. Sanggul pon kemas.


Cantik sangat kan? Make-up of coz from one and only Ayang Kamell
I really recommend bakal pengantin ambik make-up dari Ayang sebab dia punya make-up sangat la meletop. Change your face into supermodel. Punctual, baik, tak sombong walaupon level MUA Gred A dekat Malaysia. Ayang is super nice. I kenal dia dah 7 tahun. Dari tukang mekap I masa dia kawen but we keep in touch sampai la sekarang.

Friday, March 13, 2015

#NadiaNaughtycalHen - Part III

Assalamualaikum..

So dah part III. Entry ni I nak cerita pasal kitorang punya Sunset Dinner Cruise. Naik private yacht from Crystal Yacht Holiday Sdn Bhd. Tapi sebenarnya aktiviti pagi Sabtu tu dimulakan dengan brunch by the beach, mandi laut and sunbathing tapi I terus melompat ke Sunset Dinner Cruise ni. Kira aci tak? Hahaha. Sebab aktiviti yang ni lagi excited nampaknya.

Lepas mandi laut, Azrina yang bertindak sebagai Guru Besar dah pesan please make sure you guys ready by 3.00pm coz we leaving the hotel to Awana Porto Malai Langkawi for yacht cruising. Jangan lupa bawak beg punjut pink tu. No need to bring handbag. Wear T-shirt yang ada dalam beg tu and pakai la swimming suit dekat dalam sebab atas kapal tu nanti ada Jacuzzi. Kiter akan pakai baju rasmi ni for the whole day. Baiklah cikgu.

Actually yacht bergerak around 5.00pm tapi dari Andaman nak ke Awana I agak ada la sejam kot? Dengan berenti dekat Cenang sebab ada yang nak beli ubat sakit perut la, nak beli roti etc padahal dalam yacht tu nanti memang dah disediakan dinner buffet. Haha. Biasa la lepas berendam dalam air kan kiter akan jadik lapar? So by the time kitorang sampai Awana, sedang elok pukul 4.45pm. Lepas buat payment, terus kitorang dibawa menuju ke our private yacht! Woo Hooo!!!


Ni gambar dekat jetty Awana Langkawi. Photo taken from here . I tak teringat pulak nak ambik gambar. Dalam ni selipar tak boleh pakai. Semua masuk dalam bakul ye?

Tuesday, March 10, 2015

#NadiaNaughtycalHen - Part II

Assalamualaikum..

Ok. Back to entry pasal #NadiaNaughtycalHen . Harini I nak share aktiviti untuk hari pertama kitorang dekat Langkawi. Nadia, Elinor, Azrina, Hui, Fyt and Fiz dah pergi flight awal. Dorang naik yang 5.45pm. I dengan Jaja naik flight an hour later. I teman Jaja sebab dia ada hal so tak sempat catch up with earliest flight. Masa flight pergi tu pilot bagus. Smooth jer take off dengan landing. Lega I rasa, lepas tu layan borak dengan Jaja sampai la lupa yang I ada atas kapalterbang sebab you-know-why sekarang semua orang macam takot nak naik kapalterbang. (Ke aku sorang jer takot?) Haha. Choi! Takotnya kapalterbang terhempas. Mintak simpang.

Tapi masa balik, urgggh!! Memang giler la pengalaman ngeri. I duduk dekat kerusi tengah-tengah tempat simpan tayar tu kan? So bila dia nak simpan tayar I dengar bunyi gerekedekkedek. Sound macam kapalterbang punya kipas yang nak terberenti tu. Tau kan? I pandang Jaja and bulatkan mata. Lepas tu Jaja cakap, ‘It’s ok babe. Doa banyak-banyak. Kiter selamat. Everything gonna be just fine’. Dah la goyang lain macam bila langgar awan. Huwaaaaaa betul rasa nak nanges. I bermonolog dalam hati, ‘Yeah that’s it. Memang tak dapat jumpa Shein dah’. Lepas tu mengucap siap-siap.

Sama jugak bunyi masa sebelum nak landing bila kapalterbang bawak keluar tayar. Bencinyaaaaaaaaaaaaaa…. Apa buruk sangat kapalterbang Air Asia ni? Sampai je dekat departure hall, I kelam-kabut tanya pada semua orang. ‘Did you guys noticed that bla bla bla’, but semua orang buat muka boring. Muka ‘Whatever la ko Makcik’, Macam kau-sorang-je-paranoid-sebenarnyapoonnnnn. Pantek la! Haha.

Ok, sambung cerita asal pasal dinner. Ok!

Kitorang dinner dekat satu restoran ni. Nama dia The Brasserie. Restaurant ni dekat Pantai Cenang. Kan ada kedai deret-deret jual souvenir tu kan? Dia ada dekat belakang sikit jer. Restaurant ni tersangat la romantic. Tetiba rasa kalau I orang Langkawi, nak buat wedding dinner dekat sini jer la. Table setting dia, suasana dia best gilerssssss! Later I share gambar suasana restaurant ni. I tak ambik banyak gambar sebab segan. I tengok dorang ni semua jenis macam tak heran apa pon. Ambik gambar sekadarnya saja. I je sorang meroyan amek gambar makanan la apa la. Tu pun curi-curi. Hahaha.

 

Kitorang punya tema kan Naughtycal Hen? So semua kena pakai topi sailor ni except for Nadia, dia punya ada veil. Yerla. Dia kan perantin? Nadia pakai baju kaler putih and kitorang dayang-dayang pakai baju biru/merah.

Thursday, March 5, 2015

#NadiaNaughtycalHen - Part I

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry ni yang I bagitau pasal our weekend hen gateway ke Langkawi, this time I nak share tempat kitorang duduk untuk 3 hari 2 malam tu. Best gilers! I rasa The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi ni ialah sama best macam Karambunai yang I pergi masa Honeymoon dengan Sazli dulu. Zeriousssssly best korang! I sangat rekemen untuk sesapa yang nak pergi honeymoon or nak celebrate anniversary supaya datang sini.

The Andaman ni kalau korang nak datang tak berapa sesuai kalo untuk singgah tido malam jer, siang hari busy dengan activity membeli belah dekat Idaman Suri and so on. Maksudnya membazir la kalau setakat rombongan Cik Kiah Makcik-Makcik yang nak carik periuk belanga, kain batik and minyak gamat lepas tu check in sebab sini sangatlahhhhh romatik. Bayar mahal-mahal and nak buat untuk singgah tido jer tak ok jugak kan? Kalau nak tempat untuk tido better pergi ambik mana-mana hotel yang tak jauh dari town or Pantai Cenang or Airport sebab jarak dari The Andaman ke Airport lebih kurang dalam 30 minutes and nak ke Pantai Cenang lebih kurang dalam 45 minutes.

So maknanya kalau korang nak lepak sini, takyah pergi tempat lain dah. Spend time dekat sini je. Buatlah apapa activity yang The Andaman offer. Klik sini untuk Recreation & Entertaintment at The Andaman. Korang boleh lepak by the beach, swimming sampai lebam, hiking, explore pantai, kayaking on so on. Pasal makan takyah risau sebab dekat The Andaman ni ada 7 restaurant. Japanese pon ada. Memang carik pasal betol. Kalau malas nak keluar makan and nak berendam dalam bathtub or nak lepak dekat balcony sambil tengok pantai  pon boleh. Dorang punya room service bukak 24-hours. Makna kata kalau pukul 2.30am tetiba kelaparan, call jer. Nanti dalam masa 30 minutes dorang hantar sampai dalam bilik. So masalah kebuluran takkan berlaku di The Andaman. Haha.


Pool ada banyak jenis, banyak size. Untuk toddler pon ada.

Monday, March 2, 2015

Beautiful Sunset at Pulau Dayang Bunting

Assalamualaikum…

Jumaat sampai Ahad haritu I join Nadia dengan kawan-kawan rapat dia for Hen Weekend Gateway. Uniknya all of us barely know each other. Semua come from different group. Jaja is Nadia punya kawan sekolah and kawan mengaji masa dorang kekecik dulu. I ex-housemate dia. Hui and Azrina is Nadia’s ex-colleague masa dekat EY, Fiz pulak colleague dia sekarang and Ellinor is a friend of her boy-friend dulu. But surprisingly no drama, no heart feeling and semua smooth jer. Maklumlah pempuan ni biasa banyak sangat drama swasta. Itu tak puas hati, ini tak puas hati. Kan? Lekas ngaku!

Memula masa Nadia ajak I, I cakap I don’t know them. I feel awkward. Nak pulak I ni memang jauh la dari ‘dunia’ Nadia and kawan-kawan dia. Totally different. But Nadia cakap it’s ok. Just try to get to know each other. Make friend. Untuk dia. And dia kata, dia kawen sekali jer. So this is the only time. Pleaseeeeeee. So takper la. For her, I pergi. Lagipon I kenal Jaja jugak. Not that close tapi at least I have her.

Kitorang pergi by flight. Dekat Langkawi kitorang stay dekat The Andaman, a Luxury Collection Resort. Memang lawa nak mampos hotel ni. Second day sampai, kitorang pergi Yatch Cruising. BBQ, Jakuzi dalam kapal and tengok sunset. MasyaAllah lawanyaaaa tengok matahari terbenam and the weather sangatlah awesome. Tak hujan. Alhamdulillah… Semua smooth jer.


Sunset near Pulau Dayang Bunting