Wednesday, April 29, 2015

Brownies Huda Yang Sedap!

Assalamualaikum…

Semalam Dyba bagi I brownies sepotong balut dengan tissue. Omel sangat. I tengok jer dah tau Huda yang buat. I memang hebat. Kata Dyba, itu cake untuk birthday Joesham. Kata Dyba lagi, midnite masa birthday Joe dorang makan Brownies, esoknya masa birthday dinner dengan family pulak makan Red Velvet pulak. Melampau tau Joe punya birthday sampai dapat 2 cake? Tapi sebab dia tapau jugak untuk I dengan Intan esoknya so I tak la jeles Joe ada 2 kek. Hahaha.

Oh, btw I jeles main-main tau? Kang ada pulak yang tak habes-habes nak tuduh I ni manjang busuk hati/dengki kat orang. Tak kuasa la hidup 24 jam nak dengki dengan orang lain pasal menda-menda kecik, banyak lagi menda lain aku nak buat dalam dunia ni.

Sambung cerita. Lepas tu I pon bawak la balik rumah. Makan segigit lepas tu macam OMG! Amenda sedap sangat ni? I memang tau la yang Huda punya brownies memang sedap before this tapi yang ni memang laaaaagi sedap! Baru makan segigit Shein dah berdiri depan I cakap Mamaaaaaa. Hulur tangan lepas tu angguk. I cubit sikit jer bagi dia and Shein terus cakap, ‘hurrrmmmm yuuummmmm’. Haha. Lepas tu mintak lagi, bila masuk mulut je brownies tu dia kata ‘Haaaaaaaaa’. Lepas tu gelak-gelak kecik, goyang bontot, jalan kengkang tanda puas hati. Sekecik-kecik Shein pon pandai appreciate makanan sedap. Ikut perangai sapa la tu. Hahaha.

Kata Sazli, ‘Mama bagi je la Shein semua. Sian dia. Dia kan kecik lagi’. I pon bengang la sebab dapat makan sikit tapi takper, demi Shein Mama Sacrifice. Hahah. Lepas Shein abes makan, I jeling dia sampai nak terkeluar bijik mata. Lepas tu terus meses mengadu dekat Huda yang I tak puas makan. Lepas tuuuuuuuuuuu Huda kata esok dia bagi satu box terus. Makan la sampai puas. Woo Hooo!! Tenkiu Huda. You’re the best fairy princess ever! I know it’s you Gru, but I just pretending for the other kids. (Tetiba keluar skrip Despicable Me. Kahkahkah)

I tanya Huda, macam mana yang brownies dia turn to be delicious like this? Kata Huda, dia tukar butter and improvise recipe sebab head chef Fikcles dah sound dia suruh improve tahap kesedapan kek-kek dekat Fikcles. Berani dia komen kek-kek Huda? Kata Huda ‘Suraya je yang berani komplen kek I setakat ni’. Hahahaha. Ngek Huda. So now I know kenapa yang sedap sangat, Huda dah tukar recipe dia! Sedap sampai tahap nak berguling tengah jalan.


Brownies by Huda. Sedap gilers!


Buat banyak-banyak ni, diharap dapat la bagi aku sekeping dua eh Huda?


Ni la yang DYba bagi pada I semalam. Sedap giler! Kata Dyba, masa birthday Joe, Sophie yang beria macam tu birthday dia. Hahaha.

Kata Huda, kalau nak makan yang 1 kotak besar tu, order la dekat Huda sebab kalau beli dekat Fikcles dah jadik harga lain. Untuk 1 box 9x9 is RM40.00 and 1 box 12x12 is RM80.00. Haritu first time Kakju makan Brownies Huda kata dia, dia tak pernah makan brownies yang sedap macam ni dalam hidup dia. Biasa brownies kalau orang tak pandai buat dia akan jadik dry, tapi yang ni memang sedap Su! I pon layan cenggitu jer la sebab I pernah makan brownies Huda kan sebelum ni so I buat dek jer la. Padahal yang Kakju makan tu, yang guna recipe baru patut la dia asyik menyebut jer. Harini ajak pergi Fikcles lagi beli kek, dia ingat Platinum Park dengan TTDI tu macam jarak nak pergi Pavilion? Hahahahaha.

Bila I dah rasa malam tadi baru la padan muka I. Sebelum ni memang sedap but this time extra sedap! Brownies Huda tak la manis berdentang. Just nice. Rasa dia full of chocolate and lembut dekat dalam, atas dia rangup lepas tu drizzle pulak dengan homemade caramel sauce perrrrrghhhhhh perrrrghhhhh. Menyampah nak explen macam mana sedap dia. Korang kalau I cakap sedap, maksud dia sedap la tau? Bukan main-main.

Oklah. Tu jer nak cerita. Pasal brownies Huda yang sedap. Kalau nak order, boleh contact Huda dekat 019-7165687 atau message la dia dekat FB dia, (nurhuda Samsudin) ok? Lepas tu bila dah dapat makan, baru kau tau apa yang I meroyan sekarang ni. Haha. Jap. I rasa dalam ramai-ramai reader, Rish la yang paling terliur dengan entry ni I agak. Dia tu bukan boleh. Apapa yang I share dekat blog semua dia teringin. Kang senyap-senyap jer order dekat Huda. Bukan boleh caya dia tu. Hahahaha.

-eNd-

2 comments:

SueGinola said...

Huwaaaa...tetiba rasa nak jilat skrin PC.....kat Ampang ada delivery tak?huwaaaaaaa....

nursuhada aziz said...

menjejes ayaq liur!mintak 2 keping boleh? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...