Thursday, April 30, 2015

Senang Giler Sentut Nak Dapat Hadiah Dari Mister Potato!

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Korang kalau rasa nak menang barang-barang macam Mi Powerbank, Mister Potato Notebooks, Twin Pens dan macam-macam lagi hadiah yang sangat menarik dari Mister Potato atau kalau bernasib baik boleh dapat duhet cash minimum RM50.00 – RM100.00 (fuiyoooo) personally dari Kumpulan Zero,  check out Roadshow Mister Potato Lawak Tour dekat bawah ni.

-  26th April 2015 @ NZ Curry House Wangsa Maju (HQ)
-  3rd May 2015 @ Uptown Kota Damansara
-  24th May 2015 @ Uptown Shah Alam

Haritu I dah pergi dekat Rasta TTDI on 19 April 2015, memang sesenang giler sentut la nak menang hadiah sebab soalan semua senang-senang and ada depan mata. Antara sporting, berani atau tak jer. Soalan tu akan ditanya oleh Ray and Haniff dari ERA.FM or Kumpulan Zero sendiri. Soalan senang tu macam sapa nama awak, apa motto Mister Potato (yang besar ada tulis dekat banner depan stage), apa trademark Mister Potato and so on. Tak pon dia ajak naik stage and nyanyi la lagu serangkap dua.

Haritu masa dekat Rasta TTDI, banyak bebudak kecik je yang dapat hadiah. Kumpulan Zero pergi tanya soalan macam, ‘Antara kami bertiga siapa yang paling huduh?’ Hahahaha. Lepas tu dapat hadiah wang tunai , alahai senang sangat kot? Kumpulan Zero pulak memang kelakar giler la! Ni pelung korang untuk tengok Zero depan mata sebab nanti dia akan turun stage and pergi dekat audient. Sporting habes!


Time ni Ray datang dekat meja kitorang. Dekat situ ada I, Illy, Ayu, Nova and Sam. Dia tadek tanya apa pon. Tanya nama jer. Lepas tu suruh salam Maskot Mister Potato. 



Dapat la Mister Potato ni free. (Amboi lengan, selagi boleh debab)

Hadiah dorang banyak untuk diagih-agihkan pada penonton. Tak rugi kalau korang datang and join Lawak Tour Mister Potato ni. I can gurantee yang korang akan have soooo much fun! Dapat hadiah, dapat free entertainment memang boleh release tension. Lagipon Mister Potato ni memang I punya favorite snacks since forever kot? Paling layan mengunyah time tengok program lawak depan tv. Tak sedar dah habes sebalang. Stim jer mengunyah. HAHAHAHA. 



Brother ni dapat Power Bank. Soalan dia senang jer, 'Apa motto Mister Potato'. Yang lawaknya Haniff time ni tak habes-habeskan kenakan Haniff sebab Haniff penyokong Man U, kan ke Man U kalah dengan Chelsea masa hujung minggu haritu? Haha.



Kumpulan Zero panggil brother-brother meja depan ni naik atas stage



Dia suruh buat catwalk jer pon. Bukan apa. Lepas tu dapat hadiah wang tunai, senang je!


Illy, I, Nova dengan Ayu amek gambar dengan si Ray. Kemain suka nampak?
Blogger yang join Event Mister Potato Lawak Tour bersama dengan Maskot atas stage. 

Korang kalau nak check any updates dari Mister Potato Lawak Tour boleh check Facebook Mister Potato ok? Dorang pon selalu update dekat sini. Mana tau terselit gambar korang dalam FB dorang? Syok jugak kan? So jangan lupa, mark your calendar now jangan lepaskan peluang untuk berhibur dan memenangi hadiah menarik dari Mister Potato dan Zero!

-eNd- 


Kumpulan Zero

1 comment:

Nazima said...

Kak su..tu ray la..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...