Berikut adalah kejadian masa hari Ahad masa I dengan Kaklong bawak Mak pergi jalan-jalan dekat Wangsa Walk. Memula bawak dia shopping dulu. Kata dia nak beli kasut je tapi end up beli handbag jugak. Well pempuan memang always ada masalah nak buat decision tak kira la walaupon dia dah warga emas atau muda remaja macam I. (petui!). Tiga kali keluar masuk Carlo Rino sampai tahap I baring la dekat kerusi buat macam rumah sendiri, baaaaru la dia jadik ambik handbag 1. Sabar ajer la. Eeee kalau dari awal beli kan dah senang kerja? Pakkal jatuh derhaka kalau marah. Hahahaha.
So, lepas shopping kiter makaaaaaaaaaaaaaan. That is my favorite part (it goes without saying). Kata Kaklong dia nak makan dekat Octopus. Win-win la sebab dekat situ ada nasik untuk Mak and ada sushi and sashimi untuk anak-anak dia. Baaaagus! So to Octopus were go.
Kaklong makan ni. Nama dia Soft Shell Crab Nasu Tempura. Harga dia RM13.90. Soft shell crab tu dia buat macam tempura, goreng sekali dengan terung. Ada pulak sos masam-masam manis and mayonnaise and makan dengan kuah tempura. Bapak la sedap. Ni Kaklong punya, kata dia nak ambik boleh tapi dia yang pilihkan. So dia bagi I yang paling kurus and dia bagi mak kaki ketam je. Hahahaha.
Mak makan ni. Nama dia Potong Kampung Fish. Harga dia RM7.50 jer. Kaklong orderkan Mak ni sempena ni ialah kegemaran Abang Long. Yang ni konsep dia pon I tak faham kenapa Mak nak kena makan sempena ni kegemaran Abang Long. Hahaha.
Yang ni I makan. Nama dia Samrod Kampung Fish. Harga dia RM7.50 jugak. Ikan ni dia masak dengan sos masam manis lepas tu ada daun limau purut and daun thai basil yang digoreng rangup. Makan dengan nasik putih. Perrgh perrrghhhhhh. Oh, I makan lain-lain jugak tapi tak amek gambar pon. Sebab macam banyak sangat. Segan. Wahahahahaha.
Mak, buat muka paling manja tau? So ni hasil dia. Ok.
Kau dah kenapa sepit penutup sushi?
Sekarang ni macam tak sabar pulak nak Mak datang KL lagi. Datang dua bulan sekali pon dah ok dah rasanya. I suka tengok Mak makan dengan enjoy lepas tu puas hati sebab kata dia sedap. Tak sama makan macam dekat Jengka. Muka puas dia tu, I happy sangat tengok. Walaupon I selalu gaduh dengan Mak pasal Malaysia and GST tapi takper. I suka je borak dengan dia everyday (walaupon dia kekadang annoying nak mampos. Haha). And I hope Allah panjangkan umur Mak and bagi dia kesihatan tubuh badan sebab bila satu hari semua tu berubah, I rasa I mesti rindu saat-sata yang macam ni. Sayangggg Mak sangat. Mak. Nak uweeeet!
-eNd-
No comments:
Post a Comment