Friday, April 24, 2015

Burger Giler Power

Assalamualaikum...

Harini I nak share dengan korang burger dari food truck yang TERPALING sedap I pernah makan setakat ni. Bila makan tu jadik macam siang terbayang malam merindu sebab sedap gilerrrrrssss.... I just can't put into words. Huwaaaaaaa.... **Masukkan effect slow motion muka tengah pejam mata sambil rambut kena tiup angin, kepala geleng-geleng. Haha.

Homemade charcoal bun dia tersangatlah lembut, patty dia pulak juicy and tender langsung tak dry. Memang rasa real burger yang tak dikacau rasa dengan seasoning melampau and sos yang meleleh-leleh. Without sos pon rasa dia just nice and simply amazing! This burger nothing like any burger stall yang I pernah makan. If korang suka rasa original burger yang tak semak and messy, well this burger definitely is your type of burger. Nama dia is 'Burger Giler Power'.



Yang ni nama dia Classic Cheeseburger. Harga RM9.00 jer pon. Boleh kalau nak add on's. Cheddar Cheese RM1.00 or Beef Bacon RM2.00. Sedap sangat classic cheeseburger ni. Nothing fancy as korang boleh tengok dekat sini but rasa dia? Booom!! (Tetiba describe macam Azwan Ali. Nak booom booom segala) Haha.


Yang ni pulak kata ongkampung Burger Kawen sebab patty dia ada daging and ada ayam. Tapi Burger Power Giler bagi nama 'Chi-ef Burger'. Harga dia RM16.00. Burger ni jauhhhhhhhhhhhhhh lebih sedap dari burger yang korang makan and harga sampai RM40.00 seketul dekat any popular restaurant (you name it). Patty dia langsung tak dry. Aaarghhhh stress tetiba tengok gambar ni.


Apa yang nampak macam serunding daging burger ni? LOL. Yang ni nama dia 'Smoky Pulled Beef'. Slow cooked for almost 6 hours. Tapi yang ni only for limited time. Taktau la Burger Giler Power nak continue this burger or not. 


Dorang guna charcoal bun. Home made ok? Bun dia memang soft giler. Match sangat dengan beef patty. Pendek kata, bun pon sedap. Haaaaa....


Dorang operate by 'food truck' style. Food Truck dekat Malaysia sekarang macam dah jadik trend kan? Bila makan dekat sini rasa macam cool jer. Ala-ala dekat oversea. 


Yang ni I punya! Lighting tak berapa bagus. So charcoal nampak a bit kelam warna dia. Chi-ef Burger with extra beef bacon and cheddar cheese of coz. 10 kali ngap dah gone.


Abang Yut punya ni nama dia Chili Cheese Burger. Sedaaaaaap!! Tapi ni only for limited time tau? Kalau nak rasa burger ni kena cepat. 


Classic Cheeseburger. Tak pernah jemu makan, and never failed for my taste-bud.


Burger Giler Power!

If korang nak rasa burger ni, boleh datang dekat Melawati - KL, Depan Espresso Lab (Near Balai Polis Melawati). Dorang bukak dekat sini Khamis, Jumaat and Sabtu malam ONLY. Side order dia macam crispy mushroom and Garlic Baked Potato is selling fast. Datang pukul 8.30pm pon dah habes, dah tu nak kena datang pukul 5.00pm ke apa macam ni? Dorang bukak dari pukul 5.00pm sampai burger habes. Kekadang pukul 10.00pm pon dah habes. Nyampah.


Garlic Baked Potato.

Address
Near 4 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 
Melawati, Selangor, Malaysia, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Email : burgergilerpower@gmail.com

-eNd-

No comments: