Wednesday, April 15, 2015

Happy Birthday Hana!

 Assalamualaikum…

Happy 28th Birthday Hana! Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa kurus (ni paling penting) dan sihat, dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat dan bisnes HomeCoutureKL sukses and kalau berjaya Kaksu taknak apa sangat Hana. Feed Kaksu with delicious food each time jer. Hahahaha. Satu lagi nak tambah, semoga orang sekeliling Hana paham yang masalah rambut cacak Hana yang macam rambut baby tu sebab Hana punya anak tak sampai setahun lagi, so rambut baru naik and agak pacak-pacak skek. Semoga mereka lebih memahami dan tak payah nak buat muka pelik each time ok? 


Dah bedal Pavlova baru sedar birthday girl tak ambik lagi gambar dengan kek. Sebelum amek gambar, kena penyet-penyet dulu rambut Hana kalau tak nampak terpacak jer. Kata Hana, pepagi berkati dia letak gel dekat rambut. Hahahaha.


So the other day, sesambil nak pulang baju tidur yang ada pada I tu, kitorang makan la sekali. Bersempena dengan birthday Hana jugak. Kemain Hana excited bagitau, ‘Kaksu, dah boleh lunch sama. Kereta Hana dah bersih ni’, Masa masuk kereta, Hana terus tanya, ‘Bersih tak Kaksu?’ I jawab, ‘Bolehlaaaaa’. Mana yang bersih aku pon tak paham. Sama jer ponnnnn… Haha. Kata Hana, sebab rumah dia jauh dengan tempat kerja, so kereta ni jadik macam rumah jugak. Buat semua dalam kereta. Awwwwww. Semua tu termasuk apa Hana? You jangan nak daring sangat please?

Kitorang makan dekat Alexis Ampang sebab I teringin nak makan Pavlova. Konsep dia, siapa yang teringin dia yang pilih tempat makan, bukan sapa punya birthday. Paham? So kitorang pon chat chat chat mostly pasal anak and handle rumahtangga. I selalu cakap, ‘Hana, Kaksu ongkampong tau?Kalau pergi Holiday memana hujung-hujung mesti nak makan sambal’, lepas tu Hana cerita pasal husband dia and dia cakap, ‘Shahril tu Kaksu, lagi kampong dari Kaksu sebab pergi Europe pon bawak periuk nasik’. Kwahaja Hana. Sesambil jer letak I sebagai contoh. Hahaha.



Hana tanya, 'Lawa tak Hana dalam gambar Kaksu?' I jawab, 'Ko giler tak lawa?' Hahahahaha.


I makan Spaghetti Seafood ni. Harga dia RM45.00, I suka giler makan spaghetti seafood dekat Alexis ni. Hana cakap I punya makanan tak menarik langsung. Lepas tu I offer dia rasa, dia amek la setitis je kuah. Sentut betul. Baik takyah rasa.


Orang kalau dalam hidup dia macam-macam menda nak fikir, dia akan end up makan Fish and Chips jer. Harga Fish and Chips ni RM34.00. Ada 2 ketul ikan. Sedap!


We come to Alexis for this. Pavlova! RM16.00 1 slice. Seb baik ko sedap.

Seronok berborak dengan Hana. Mulut dia sama laju dengan jalan dia. Dah la blur selalu lupa kereta park dekat mana. Hahaha. Yash dengan Mira patut pindah kerja dekat KL la. Nanti kiter 4 orang boleh la lunch selalu sama-sama. Ni nak jumpa kemain jenuh. Menyampah. Lekas la Yash and Mira, pindah KL la. KL la best, sini makan semua sedap. Dekat Putrajaya tadek Pavlova. Dah. Jom pindah KL. (Tetiba sebenarnya Putrajaya Pavlova lagi sedap. Acane?)


-eNd-

1 comment:

Joannfoca said...

I wish Hana was still single :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...