Assalamualaikum…
Hari Sabtu lepas AKHIRNYA dapat jugak I visit Mira
and her baby; Irina Svetlana. Kata Mira, Baby Sveta dah nak masuk darjah satu
pon I tak datang-datang jugak tengok. Mira ni tak paham kot tugas I sebagai
Power Rangers Kuning yang always busy menyelamatkan dunia? Mana la ada masa nak
buat lawatan muhibbah tengok baby dia. Kata De, I kekadang macam Wakil Rakyat
pon ada. Asal selisih dengan orang dekat Kampung semua I angkat tangan. Hahaha.
Kot cita-cita sebagai Pembaca Berita tak sampai jugak tahun ni, I ingat I nak
jadik Wakil Rakyat la pulak. Bongok Mira.
Mira cuti 3 bulan. Melampau kan? Orang cuti 2
bulan, dia sampai 3 bulan. Resign jer la terus Mira. Lepas tu bila I tanya,
lepas dia masuk kerja sapa nak jaga Baby Sveta, kata dia ‘Maksu jangan risau eh? Mira ada sebulan lebih lagi ni untuk fikir
pasal Baby Sveta’. Sabar jer la. Oh kata Mira, nama Irina Svetlana ni
diambil sempena dengan husband dia yang suka dengan nama-nama orang Rusia.
Sebab dulu dia belajar dekat sana. Maksud nama ni I pon lupa nak tanya sebab
lebih focus kepada Biskut Chipsmore and air cincau botol yang Kakak Ipar Mira
hidangkan haritu. Maklumlah tengah lapar.
Adik Ipar and Kakak Ipar Mira semua suara high
pitch. Seronok borak dengan dorang sebab semua kecoh-kecoh. Memula I ingat Kakak
Ipar Mira tu dia punya Adik Ipar. Bila Mira bagitau kat Kakak Ipar dia, maka
Kakak Ipar dia sangat la gembira. Tengah-tengah dia happy tu I pon cakap, ‘Mee goreng ada?’ Hahahaha. Saja cuba
naseb kot tetiba dia nak gorengkan I ke apa tapi malangnya dia cakap, ‘Roti canai je ada, tu pon boleh offer dekat Shein je’.
Siotttt. Manalah keadilan dalam dunia ni. Dah tu pulak, masa all the way nak
sampai rumah ni tadi melambak pulak kedai Bakso. Pakkal la dia tulis BAKSO,
kalau dia tulis ‘Ayam Penyet’ memang I terjun je dari kereta kalau Sazli
taknak berenti. Hahahahaha.
Duduk rumah Mira tak lama sangat. I agak kurang 2
jam kot sebab Si Shein dah berebut-rebut pedang Lightsaber dengan anak buah
Mira. Serabut pulak aku tengok orang berebut pedang plastic. Udah. Jom la
balik. Hahaha. Lagipon balik tu sebab Mira tak hidang nasik, cuba dia hidang
nasik mau I balik malamnya nanti. Hahahahahahha.
Halololo Shein... Kemain dia kiss pipi Baby Sveta. Lepas kiss, kiss lagi. Kata Mira, masa kecik takper Shein. Dah besar jangan. Auntie Mira taknak berbesan dengan Mama Shein. Amboih. Eksyen. Dia taktau bakal besan dia ni ada RM20 juta dalam bank. Hahahaha.
Sorry Mira, tadek gambar. Ada video jer. Tak sampai hati nak amek gambar Mira. Sebab Mira gems. Hahahahahah.
OTW balik tu, kitorang singgah rumah Kaklong pulak
dekat Bukit Antarabangsa. I mintak Kaklong buatkan Sup Ayam yang paling sedap
dalam dunia. I singgah Giant Bukit Antarabangsa nak beli bahan-bahan nak buat
sup. Sini semua ada la. Best giler la. Pampers Mamy Poko pon murah. Pakkal dah
beli Ahad haritu, kalau tak boleh beli lagi lepas tu bukak kedai jual pampers
pulak dekat rumah. Nyampah je mengenangkan harga pampers sekarang yang kemain
mahal. Kata je tak kena GST tapi ko aperhal yang naik melampau? Nyampah.
Anyway, thank you Mira for having us. Makan jangan
nak banyak sangat. Kang gemok komplen. Haritu Maksu peratikan jer Mira makan
chipsmore, sama naik dengan Shein. Hahaha. Lepas tu tenkiu Kaklong sebab feed
me with delicious chicken soup ever! I tengok Kaklong masak sup, dia blender
bawang putih, halia, bawang besar dengan perencah sup yang jenis serbuk tu.
Patut la sedap. So tu la rahsia sup kaklong sedap selama ni. I pulak sebelum ni
pakai cube ayam or sup bunjut jer. Mana la nak sedap macam sup Kaklong.
Ni teringat sup ayam Kaklong telan ailio pulak.
Bladihel. Lagi satu, Kaklong buat sambal kicap tu, bawang putih dengan cili
padi, dia goreng dulu. Lepas tu takyah merajin tumbuk. Blender je sekali dengan
gula and kicap. LAAAAAGI sedap! Ayam pulak, rebus dulu bagi buang hanyir dia.
Baru la later masukkan dalam bumbu yang diblender tadi. Takper, lepas ni buat
sendiri sup ayam mesti sedap. Kompem! Nak lagi sedap suruh je la Kaklong masak.
Hahahaha.
-eNd-
3 comments:
shein kiss macam tak sudi jer =P
Kak, berapa paling murah harga mamypoko akak pernah beli?
As Salam Sue. Sup ayan tu cho boh pula kurma merah kerin.. sedap manih2...
Org cina suka buh tu, katanya muka merah2 blushing.. :P
Post a Comment