Thursday, April 23, 2015

Happy Birthday Sazli - Part II

Assalamualaikum...

Al-hamdulillah surprise untuk Birthday Sazli over lunch dekat Makan Kitchen, berjalan lancar dengan bantuan dari Event4U. Tenkiu very much Lien and Faizal! Selalu buat yang terbaik and more than what I expect. Bukan sekali dua kerja dengan Lien. Dah 3 4 5 6 juta kali dah, tak pernah yang tak puas hati. Selalunya lebih dari I punya expectation. Thank you Lien. Semoga Event4U lebih kencang bisnes lepas ni. Lepas tu kalau dah kaya, bak uweeeeeet! Aku nak beli Prada. Hahahaha.



Our small family. Shein, I, Bapak, Sazli and Mak. Tenkiu Bapak and Mak belanja lunch. tenkiu Shein kurang cranky KECUALI dia tak boleh nak handle balloons dah. Hahaha. Tu yang mengamok tu sebab nak balloons la. Macamkan birthday dia. Birthday orang birthday dia, birthday dia ialah birthday dia. Shein punya konsep. Tak paham aku.

Kali ni Sazli kata nak try la Makan Kitchen, Double Tree by Hilton. Tak pernah pergi lagi dekat sini. Yang selalu pergi is Inter-Continental (Dulu nama dia Nikko) yang dekat Jalan Ampang tu. Double Tree ni dekat depan Ampang Park, same building dengan Inter-Mark. Tau dop? Kitorang InsyaAllah tak lari kat mana-mana. Ampanggggg jer la tempatnya. Memang sayang sangat dengan Ampang. Hahahaha. Kat sini harga lunch buffet dia tak mahal sangat. Around RM80++ seorang.


Masuk-masuk jer nampak dessert table.  I makan marshmallow dengan nenas dip dalam chocolate. Bapak la sedap hoi!


Yang ni area salad. Tak amek pon. Sebab fokus harini nak makan nasik jer. Lantak la kalau ko nak kata aku kampong sebab makan nasik dekat hotel, aku tak kisah. Hahaha. Ada orang cakap sapa makan salad sama macam kambeng. Dia tak tau daging kambeng sedap? Lagi-lagi Lamb Ribs dekat Menate. Perrrrghhh.


Ni dekat area Malay Dish. Kelihatan hensem walaupon dari belakang tak lain tak bukan Bapak yang tersayang. Bapak, Nak Uweeeeet!!! Bapak kalau I cakap macam ni, 'Wow Bapak, you look handsome today', Dia akan jawab, 'Well, it goes without saying'. Perrrgh belagak kot jawapan? Takpon lagi best, 'Hang nak apa ni dok puji-puji Bapak?' Hahaha. Orang puji ikhlas pon kata bodek. Tapi biasa lepas tu paling koman dapat RM50.00 hahaha. Bapak kata rugi bisnes dia sebab kalau nak bagi, kena bagi semua 4 4  orang. Hahaha.


Si Sheindong Kedondong dah tertewas awal dari dalam kereta. Dia dah mamai dah time tu. Menung je merenung keluar jendela, mengkagumi kebesaran yang maha Esa, ku menilai dari sudut berbeza eh ternyanyi pulak. Kata Bapak, 'Baik nya cucu Baba harini'. Baik ada makna you olls, member dah tahan mata mengantuk. Masuk kereta ada aircond terus la dia layu. Membawak sampai ke hotel. Bagus. Aman la kitorang nak makan tapi malangnya sekejap je Shein tido sebab Chef dekat sini suka cakap kuat-kuat. Geram I.

Pagi tu lepas sarap, kata Sazli dia bawak Shein kasik makan monyet dekat area Taman TAR, Ampang. Memula Shein hulur kerepek pisang, setel monyet makan semua. Lepas tu dah habes, merajuk la Shein tak dapat bagi monyet makan dah. Ada plak orang jual Pisang. RM1.00 sebijik, so Sazli beli RM3.00 sebab itu je duit yang ada dalam purse. Hahaha. Maka seronoklah Shein. Dari bagi monyet pisang RM1.00 satu baik bagi Mama Shein, ada jugak faedahnya. Tu yang dia penat and cepat tido tu.


Sambung bab makan dekat hotel. So I amek ni dulu. Nasik, Ayam Masak Kicap, Tomyam yang sedap dan lazat serta kacang botol tua. Lepas makan ni burrrppp kenyang. I tak berapa reti la makan buffet. Lagi satu, if nak makan tengahari sedap makesure pagi JANGAN makan langsung. kalau makan roti pon I boleh kenyang membawak ke lunch. Tu yang sampai-sampai terus serbu nasik. Hahaha.


Kat Makan Kitchen ada section Chinese food tau? Memang sedap la dekat sini Chinese food dia. Yang I amek ni shark fins soup, pai tee, ayam kung pao dengan suhun goreng chinese style. Memang sedaaaappp! Pakkal la time ni busy WhatsApp dengan Lien sebab nak tanya dia pasal surprise Sazli, kalau tak memang ngulang la banyak kali. Aik, kata tadi dah kenyang? Haha.


Mak makan nasik jugak. Kata dia lapaq. Tapi Mak terror. Dia makan slow-slow, sikit-sikit sampai boleh cover semua jenis makanan. 


Ni Section bebudak. ada buah-buah, ada candies dengan cereal.


Dah jaga dah Shein. Tapi dia ok je. Elok tak mengamok walaupon dapat nap sekejap jer.


Ni dekat section cupcake decoration. Sapa yang upload masuk dalam FB lepas tu pihak Hotel akan choose pemenang. Hadiah best jugak, tapi lupa nak snap gambar. I ada jugak hias cupcake I. Tapi tak sampai hati nak upload gambar sebab buruk gilers. Shein pon tak sudi nak makan. Hahaha.


Macam ongbesar ok budak kecik ni makan? Taknak duduk dalam baby chair. Senang nak lari kot?

Bila time Lien and Faizal dah ready nak keluar dari kitchen, I cakap pada Saz, tolong layan Shein dekat Kids Area, sebab I nak makan. Padahal nak makan pon dah tak lalu. Time ni I nak termuntah dah. Sebab tak sabar and excited. Hahaha. Kecoh kelapa giler! Lieeeennn mana wengkooooo! Chef pulak sekejap keluar kejap masuk. Nampak bizi benar memasing and kebetulan meja kitorang dekat dengan kitchen area, so lagi senang la nak surprise kan Sazli.


Bila Faizal keluar sorong kek dengan trolley, Saz punya la terkejut. Kelihatan Shein pon sama sebok dok tolak-tolak bontot Abah dia. Haha. Semua orang sporting sing along lagu birthday.


Tengok la Si Faizal, siap pakai topi Chef. Sporting habes and prank memang menjadik!


'Tenkiu tenkiu tenkiu. Thank you Lien, Faizal, Mak, Abah, Su....' Macam tu la My Sazli. My husband. Mulut tak pernah lepas dari ucap terima kasih and mintak maaf  :)


Thank you Bunda... Uish. Sebak. Jiwa athlete I ternyata sedikit goyah time ni. Haha.


Hahaha. Lawak pulak Sazli buat macam ni. Time ni Shein tengah berguling atas lantai sebab nak belon. Tak kacik chance Abah nak fe-feeling birthday boy kan Shein?


Bapak, Sazli and Mak. Anak tunggal. Itu la racun, itu la penawar. Sazli ni anak yang baik. Untung Mak dengan Bapak dapat anak macam Sazli. I hope nanti Shein pon jadik anak yang baik macam Abah dia. Amin....


Ok. Family photo! Ko tengok la Si Shein tu. SELAGI tak dapat belon.


Dia takkan lepaskan belon tu. Padan muka dah tak nampak muka. Hahaha.


Paham tak Shein nak belon, Mama????


Ha. Hambek ko Shein! Puas terus hati dia lepas dapat belon. Dia baling-baling dekat atas lepas tu pemberat tu kena muka dia. Lepas tu nanges. Hahaha. Padan muke ko.

Al-hamdulillah semua happy dan berjalan lancar. Untuk Papa Bubu, Happy 33rd birthday. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diberikan kebahagian dunia dan akhirat. You already a good husband, a good father, a good son.. Keep it that way ok? Stay humble, stay down to earth. Bubu happy dapat hidup sama dengan Papa. And looking forward untuk sama-sama build keluarga kiter and our future plan untuk family. I love you so much Papa! Nak Uweeeeet!! Hahaha.

Makan Kitchen
Double Tree by Hilton
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telephone : 03-21727272

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...