Monday, April 27, 2015

Hectic Weekend dengan GF and Family

Assalamualaikum…

GF dengan De ada dekat KL Sabtu Ahad haritu. So weekend haritu memang I pack giler la activity. Nak korek hidung pon tak sempat. Memang kali ni kalah la Ahmad Maslan. (Motip Ahmad Maslan? Poyo). Hahahaha.

So, hari Sabtu Sazli pergi nikah Apis dengan Hajar. I tingal dengan Shein dekat rumah, lepas tu I mengemas semua. I lipat kain, Shein kumbar. I basuh pinggan, Shein guling dekat lantai sebab nak tolong. I nak sapu sampah, Shein berdiri depan lepas tu hulur tangan mintak penyapu. Paling best, I mandi, Shein cangkung tepi pintu bilik air jadik penunggu I. Bila nak tutup pintu, dia marah baling I dengan sikat. Ajak masuk sekali taknak. Tau pon takot basah. Haha. Ngek Shein. I cakap, ‘Shein, Mama girl…. Mama malu’.  Tapi dia buat dekkkk jer. Kesah pulak aku? (Kata Shein).


Lepas dah siap semua, I bawak Shein pergi Lavinas. I nak cuci rambut. For the first time I bawak Shein datang salon alone. Dia ok jer. Tadek huru-hara apa sebab I saspek dia penat ‘berkemas’ tadi dekat rumah. By the time I nak blow rambut, Shein dah tertido atas badan I. Elok menyandar, dia ingat dia 8 kilo? Berat nak mampos. Kemek tetek I. Haha.

Lepas tu, I amek Kaklong dekat Bukit Antarabangsa and amek Mak dengan De dekat Pekeliling and terus ke Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail sebab I dah janji dengan anak buah I, nak bawak Shein and my cucu Auliyya Innara main artificial sand dekat Kidz Paradise. Yang tu nanti I share dalam next entry (kalau merajin la.)

Sebelum bawak Shein and Auliyya masuk Kidz Paradise, kitorang makan dulu. Tempat makan I la pilih sebab konsep dia sapa paling manja dengan Mak, dia pilih tempat makan. Memandangkan I memang tak boleh nampak Ayam Penyet so to Ayam Penyet AP off we go. Masa ni Sazli tak sampai lagi, Shein ok je. Pandai dia bawak diri. I rasa bangga sebab I dapat jaga Shein sendiri. Shein pulak kalau dengan I sorang dia ok je, tapi cuba kalau ada Abah dia. Perrrghhh menyirap sangat nak cerita. 


Shein pandang camera!

My gopren!

Tengah makan, Sazli sampai. Dekat Quill ni line henpon hazabedah zabedah miron mingon sangat line. Susah nak dapat, Sazli kata dia 20 menet melilau carik kitorang tapi instinct dia kuat yang kitorang makan dekat Ayam Penyet sekali jumpaaaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. So, lepas makan emak-emak dan bapak-bapak melayan la anak-anak main artificial sand while Kaklong, De and Kakyang pergi window shopping…


Seronok Shein main pasir. Sampai meleleh-leleh ailio.

By 6.30pm, Sazli and Shein gerak balik. Kata Saz, suruh I bawak Mak pergi shopping or wherever Mak nak pergi. Don’t worry about dia dengan Shein, they gonna be fine.  Nanti dia bagi Shein makan and mandi. Just enjoy with Mak, De and Kaklong and have your own sweet time. Ok? Balik la pukul berapa pon. Papa tak kisah. Asalkan pandai jaga diri. Ok Bubu? J That’s my husband. I tak boleh nak cakap apa dah nak describe pasal Sazli. Kang korang kata I asyik nak kata dia baik je. Tapi I’m blessed. Papa, nak uweeeeeeettt!

Along, Atin, Kaseh and Auliyya pon balik so kami wanita-wanita jelita (Mak, Kaklong, De, I and Kakyang) terus menuju ke Wangsa Maju selepas gaduh light-light pasal macam mana nak pergi ke Wangsa Maju dari Quill City ni. Padahal Waze ada jer, saja nak poyo guna kretiviti sendiri nak sampai ke Wangsa Maju. Hahahaha.

Mak pulak, dia sekarang pakai jubah nak yang dekat Zawara dengan Dayana je. 2 tu je ok? Mana dia nak pakai yang jual-jual dekat both. Eksyen betul. Dah la pendek. Susah nak carik size. Size 38 kecik, Size 40 biasa sold out, size 42 gedoboh. Selepas 4 juta helai baju, baru la dapat 1 yang dia berkenan. Dah ada size, dia tak suka pulak. Ada je yang tak berkenan kat mata dia. Kata De, ‘Jahit sendiri la Mak kalau semua tak puas hati?’ Lepas tu I cakap pada De, ‘Berani ko cakap macam tu De?’ Kata De, dia berani sebab Mak tak dengar. Haahhahaha. Tau takot? Mak tu kekadang sampai hangen merajuk dia, habes dia tinggal semua ajak balik. Mampos.


Sempat selfie depan cermin. Sapa paling lawo? Jawapan dia Kaklong la. Pose kalah supermodel.

Ada satu tu dah elok dengan dia tapi kembang sangat kain. Kata I ok la tu Mak, macam pwincess. Lepas tu Mak kata, ‘Ha ok la ni. Boleh pakai besanding skali’. Amboiiiiiiiiiiiii ada hati tu nak besanding lagi. Boipren ada ke Mak? Choiiiiii!!!! Kata Kakyang, kalau nak sanding, pakai la baju ni. Pink. Hahaha. Kebetulan Kakyang pakai baju kaler sama, ha sedang elok la boleh dia jadik pengapit. Ok Mak. Kalau Mak kawen, amek la Ayang Kamell mekap lepas tu nikah dekat Felda Villa. Baru MELETOP! Ayang Kamell pon pecah record la sebab mekap pengantin paling tua. Hahahaha


Ha, ni la baju pink tu. 

Lepas balik dari Butik Dayana, I hantar dorang dekat Bukit Antarabangsa. Tak larat nak tunggu Kaklong siap masak Bubur Lambuk, I dah megren and nak balik. Pening kepala sebab semuaaaaaaaaaa jenis nak bercakap. Buat lawak lagi. Paham-paham la Kaklong, dia tu ada je idea nak buat lawak bangang. Mak pulak dia kalau dah sampai KL, langkah memang manjang. Time nak ajak datang sikit punya susah. Puas berpujuk, skali bila dah sampai KL, tak reti-reti nak balik rumah. Selagi tak tutup kedai, selagi tu dia nak jalan.

Masa keluar dari Butik Dayana, Mak tanya. ‘Lepas ni nak pergi mana?’ Lepas tu serentak kitorang dalam kereta jawab. ‘Nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!’ HAHAHAHAHAHHAHAHA. Bengang je Mak. Tapi takper la, seronok sekali-sekala macam ni. I happy la bila ada Mak, De, Kaklong n Kakyang lepak-lepak macam ni. Dorang semua lovely tau? Sweet macam I. (Nah baldi tadah muntah)

-eNd-

1 comment:

emmadianablogspot said...

jom shopping bawah RM50 :) Awasss !! Hanya wanita sahaja boleh baca , lelaki tak boleh tapi sang suami nak belikan sang isteri boleh baca . jemput jemput :)

http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/04/mascara-fibre-love-alpha-pink.html