Tuesday, April 7, 2015

Mak dan Pokok Bunga Dia

Assalamualaikum..

Masa balik kampong weekend tu, I amek gambar Mak punya koleksi pokok bunga. Memang lawa-lawa giler pokok bunga dia. Ada memacam jenis. Yang I tau cuma Bunga Kertas, Bunga Daisy, Bunga Kemboja dengan Bunga Raya je. Yang lain taktau tapi Mak memandai la bagi nama sendiri ikut kretiviti dia. Tu yang segala bunga biru, bunga janda, bunga luruh pagi tok nenet semua tu. Haha.

Actually masa balik last time pokok bunga kertas Mak lagi la merimbun bunga dia. Kaler dia tengah meriah u’olls sangat tapi masa tu tak sempat nak snap. Sebab bila nampak tu, dah tengahari merelit. Tak kuasa nak peluh-peluh ketiak amek gambar bunga Mak. Balik kali ni, kaler dia dah pudar skek tapi still lawo la. Kata Mak, setiap kali lepas bangun tidur dia suka la belek pokok-pokok bunga dia ni. Nanti dia rasa semacam ada ketenangan. Nanti dia akan bega la pokok-pokok bunga dia tu. Sapu sampah bersih-bersih sampai la laman dia nampak cantik.

Oh. Mak pon penyapu freak. Well, mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Hahaha. Sekarang dah jatuh dekat Shein. Haritu masa kitorang tengah bizi masak, tetiba dia hilang je. Tengok-tengok dah ada dekat bawah pokok ciku, tengah sapu sampah. Sesambil kejar ayam dengan batang kayu. Hahaha.

I ada la interview Mak dekat buaian bawah pokok pelam dia tu. I tanya Mak, ‘Dah la ke Puan berkecimpung dalam area menanam pokok ni?’. Mak jawab, ‘Oh dah lama dah. Semenjak menjanda ni saya suka tanam pokok bunga’. Wow Mak. Jawapan nak menusuk kehati je. Hahaha. I tanya dia, antara pokok bunga dengan I, dia pilih sapa. Kata dia setakat ni dia pilih pokok bunga la. Sebab pokok bunga senang nak jaga. Ko susah nak jaga. Asyik order makan je.

Berani dia jawab macam tu?


Sejenis Orkid kah?




Morning Glory?



Pokok Hati-hati





Mahkota Dewa?


Kemboja?



Bunga Raya (Sapa tak kenal baik pindah Bangladesh je)


Lily


Bestnyaaaaaa!



Bunga kertas











Jolok ketiak nak Shein?


Daisy

I tanya Mak, ada any petua ke yang Mak punya pokok bunga ni menjadik dengan lawa? Ke sebab tangan Mak sejuk? Kata Mak takde der nak tangan sejuk tangan panas. Semua orang boleh tanam pokok bunga tapi kena la rajin sikit and kena keluar modal. Takat letak bunga dalam pasu lepas tu berdoa jer, nak harap dia elok sendiri memang susah la. Kemain eksyen Mak ni. Dia kalau bagi chance macam ni la. Hahaha.

Kalau nak tanam pokok bunga kena rajin siram, rajin bubuh baja, rajin menggembur tanah. Baru la pokok bunga elok. Sebab tu la sekarang ni memang bercintaaaaaaaaaaaaaa sangat kalau nak ajak dia datang KL. Kata dia nanti pokok-pokok bunga dia layu. I tanya apa jenis-jenis tanah yang dia guna untuk pokok-pokok bunga dia. Kata Mak, resepi tanah dia adalah seperti berikut:- (cecece)

  • 1 bahagian tanah merah
  • 1 bahagian tanah hitam
  • Suku bahagian tanah organic

Campur kesemua tanah-tanah ni macam nak bancuh simen, lepas tu kalau nak tanam dalam pasu, lubang yang ada tu kena tutup dengan batu. Supaya air tak keluar. Lepas tu bahagian bawah sekali dia letak tanah sabut. Amenda la tanah pon macam-macam jenis ni? Susah betul nak tanam pokok bunga. Kalau makan kan senang, suap je lepas tu kunyah dah setel. Hahaha.

Ok. Dah letak tanah sabut bawah sekali (Sikit je. Macam lapisan nipis) baru la masukkan tanah campuran tadi. And letak la baja daun. Lepas 2 minggu baru letak baja bunga. Macam tu la selang seli. Bukan susah poooonnnnn. InsyaAllah pokok bunga akan cantik and menjadi. Jangan tanya mana Mak dapat sukatan tanah-tanah ni. Dia bagitau and I just share je dekat sini. Takkan la Mak Google kot? Google pon taktau. Sebut facebook pon pesbuk. Hahaha. Omel Mak.

So kepada yang tengah berjinak-jinak nak menanam pokok bunga, boleh la guna resepi Mak ni. mana tau menjadi kan? Good Luck! Untuk resepi tanah tu, bak sini uweeeetttttttttttttttttt!

-eNd-

4 comments:

genuine1224 said...

cantik oih bunga2 dia. geram plak rasa. nak tanam bunga tapi malas. acaner?

Unknown said...

Bunganya cantik:)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

alia said...

sama la ngn puan rose n usop katri ni.... bnde ap ntah...duit byk hbis kt bunga..skrg giler orkid.. berpuluh hbis kt orkid je..

eda said...

tq mak kasu !! hahahaha ...