Tuesday, April 7, 2015

Sup Cendawan Tahun

Assalamualaikum…

Hari tu masa  balik kampug, I dapat masak cendawan. Best giler! Ada kakak dekat sini, dia kutip dalam ladang lepas tu carik pasal upload dalam FB. Memang kepantangan I nampak so apa lagi, terus la order dengan dia. Satu plastic RM5.00 siap siang. Ahahaha. Sebenarnya dia dah siap packkan yang tak siang lagi, lepas tu I mintak dia siangkan sekali. Nanti senang la kerja I. Balik rumah, rendam dalam air sekejap dah boleh terus masak.

Makan cendawan ni memang memory sangat. Dulu masa kecik-kecik I suka giler makan cendawan ni. Setahun sekali je dia tumbuh. Sebab tu orang panggil cendawan tahun. Dulu masa I kecik-kecik, banyak dia tumbuh dekat bawah pokok cempedak blakang rumah I. Awal-awal pagi dah kena kutip, kalau kutip tengahari nanti dah kembang tak best. Cendawan ni sedap kalau dia kuncup-kuncup lagi. Tapi dulu masa kecik, Mak tak berapa nak rajin layan I masak cendawan ni sebab Mak phobia, Arwah Kak Ngah pernah mabok nyaris nak mati sebab makan cendawan macam ni.

I cakap pada Mak, ‘Mak, tak pasal cendawan pon Kak Ngah meninggal jugak’, terus kena jelingan maut. Haha. Mak kekadang garang macam Makcik Kentin dalam Mars Need Mom je. Nyampah.

I masak 2 jenis masakan untuk cendawan ni. Sup Cendawan dengan Fishball and Black Pepper (Amboi) and Sambal Air Mata Cendawan. But today I share Sup Cendawan dulu la eh? De ketua tukang masak. I merangkap pembantu Chef jer. Ketua tukang masak ni kekadang menyirap jugak. Suara nak garang je. Haha. Kat umah ni memang. Asal bagi chance memasing nak poyo.

Bahan-Bahan

  1. Cendawan dibersihkan. Dibuang kulit and rendam dalam air untuk buang tanah. Toskan.
  2. Bawang merah -  ditumbuk
  3. Bawang putih - ditumbuk
  4. Lada Hitam - ditumbuk
  5. Ayam dipotong kecik
  6. Perencah sup sayur Adabi
  7. Fish ball
  8. Daun Kunyit
  9. Garam secukup rasa
  10. Minyak untuk menumis
  11. Air

 Cara-cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak and tumis bahan-bahan tumbuk.
  • Masukkan ayam yang dipotong kecik. Kalau pemalas nak asing tulang, bubuh je la dada ayam. Sesuai la untuk orang pemalas nak kunyah macam engkau Suraya.
  • Lepas tu tumis la sampai hilang air ayam tu. Penting ni untuk elak bau hanyir ayam.
  • Biarkan sampai bau wangi tu bukan apa, kasik jiran jeles. Tapi kata Sazli kalau jiran bau dah wajib bagi dorang rasa barang semangkok, kalau tak berdosa. Ok. Tutup je la tingkap biar jiran tak dapat bau. Hahaha
  • Lepas tu masukkan perencah sup sayur Adabi.
  • Masukkan fish ball and daun kunyit yang dikoyak-koyak
  • Masukkan cendawan
  • Masukkan air. Sikittttttttt jer. Jangan banyak sebab cendawan ni berair (WOW)
  • Lepas tu perasakan la dengan garam
  • Goyang tetep sebab gembira.
  • Sup pon siap!



Sup Cendawan dengan Fishball and Black Pepper 



Sazli tanya, 'Ni apa nama menda ni?' Si De pon jawab.
Ni Cendawan bertakok masak sup. HAHAHAHAHAH. Bongek De!

Sedap giler woh! Tolonglah kenapa sedap sampai macam ni sekali. Memula ada orang eksyen taknak makan. Kata orang tu, dia nak diet. Malam taknak makan. Sekali dia jugak tambah 2 kali. Nak pulak memang dekat rumah Mak sambal kicap always ready ada dalam peti ais. Haaaaa…. Baru dia tau!


Macam ni la rupa cendawan tu kalau atas tanah lagi.


Ni suami Kak Siti. Abang Ajak nama dia. Bersama dengan cendawan yang paling sedap sebab tak kembang lagi. Rasa dia manisssssssssss sangat!


Hasil tuaian.


Yang ni dah siap bersihkan. Kulit dia semua kena koyak. Ok? Masa I upload masuk FB Afiszah kasik komen. Dia kata, 'Habis semua ko rembat. Aku nak beli pon dah habes'. Bahahaha.

Sazli cakap sedap! Dia la yang eksyen memula tadi masa I ajak De masak. Sazli memang tak pernah makan sup cendawan macam ni. Kiter ongkampong lain la. Dari kecik macam-macam menda pelik dah try makan. Kekadang makan macam ni rasa memory sangat. Tingat arwah ayah. Dia dulu pon selalu la merajin kutip pucuk paku merah dalam ladang sebab nak buat Bubur Lambuk. Tingat lagi kerisauan sebab Ayah balik lambat sangat. Kot kena belit ular ker, lepas tu mati. What a memory kan?

-eNd-

3 comments:

Illy Ariffin said...

kak su... nak jugakk hahaha... tak bole jadi ni.. nak beli gak cendawan fresh gini.. sedapnyer tgk masak cendawan sup dgn ayam tu... hehehe ni dah dapapt idea nak masak apa malam ni :)

diyana said...

sedapnye kak..peberet cendawan T.T
manelaaaa nk dpt cendawan cmtu kt tempat sy ni..memg xde laaaa

Hani said...

Cendawan busut org kampung akak panggil ni.

kitaorg masak lemak cili api perghhh kuahnya manis sedap hirup2.

Atau buat tumis serai buh kunyit ngan cili api, rebus je fuhhh sedapnya suuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...