Friday, April 3, 2015

Nadia is Off The Market - Finale

Assalamualaikum…

So dah finale entry for Nadia and Faheem punya solemnization. Sedih pulak rasa. Haha. Al-hamdulillah all went well. Santai giler majlis nikah Nadia sebab yang jadik emcee is her daddy sendiri. Dah pegang mic terus taknak lepas. Sabar jer la. Haha. No protocol no nothing and everything went so smooth. Yang sebak tak habes-habes is sapa lagi kalau bukan I. Haha.

The moment when Nadia step out from her room and I looked at her and tengok how pretty she is dalam baju nikah terus sebak lap air mata dengan bucu baju. Drama Neng Yatimah sangat. Haha. Macam tak sangka that Nadia dah nak kawen. And among all yang paling buat I happy is Faheem is really a good man. Very cool, down to earth and FINALLY Nadia jumpa a person yang really love her, and baik. Ishk. I just can’t put into words how happy I am even sampai sekarang pon masa taip ni I rasa sebak.

Korang tau tak macam mana perasaan happy bila your good friend settles down with right guy? Yang sebelum ni I selalu risau how if Nadia dengan orang yang tak berapa nak betul? LOL. Macam la Nadia tak pandai jaga diri but I rasa macam I tak perlu worry about her anymore sebab I yakin Faheem can really take a good care of her and Nadia akan happy forever. InsyaAllah.

So, memula Nadia dengan Fahim Jalan depan. Diikuti kitorang Dedayang’s berkaki ayam bawak barang-barang hantaran menikut kiraan 1 2 3 4 5 6 7 8. Lepas tu Mummy Nadia teman dia sampai dekat Pelamin. Dia duduk situ sorang-sorang lepas tu Tok Kadi cakap, ‘Kenapa tinggal pengantin sorang-sorang atas pelamin. Meh la turun dekat sini’. Hahaha. Tu kelakar Pakcik Tok Kadi. Sebenarnya masa lafaz kali pertama dah clear dah semua tapi saksi kata lagi sekali. So after 2 kali lafaz Nadia sah bergelar isteri kepada Faheem. Alhamdulillah….


The moment of truth. Tengok Faheem. Cara duduk dah macam Hang Jebat. 


Dulang boys

Bila dah siap lafaz and baca baca taklik. Emcee cakap, semua orang dah boleh makan. Elok nak bangun, Emcee cakap, ‘Mintak maaf, tak boleh makan lagi. Kita ke acara penyarungan cincin’. Hahahaha. Comel sangat emcee ni. Hahahaha. Sesungguh Uncle Wan Hashim nak cakap Bahasa Melayu sampai menyarung cincin dan jadik penyarungan cincin. Hahaha. Pon boleh. Janji audient paham. Lepas dah sarung cincin, while tetamu lain dah pergi ke meja makan, family and friends amek la gambar dengan pengantin.



Dulang girls and dulang boys with Pengantin


Abang Cameraman kata candid 


So here is the candid. Haha.


Pengantin. Nadia and Faheem


Small world. Boleh jumpa pulak dengan my Gynea. Dr Ravi Chandran. Dia tanya, 'So when you gonna meet me?' Lepas tu I jawab, 'If you can promise me that I wont get my morning sickness anymore'. Hahaha. I tengok muka Dr. Ravi mula la tingat mabok. Urrrghhh! Dr Ravi cakap Faheem ni dia punya neighbor. Kenal since Faheem kecik-kecik lagi. Dorang duduk dekat Hartamas.


Love Love Love
 Nadia and adik beradik dia minus Azam. Azam je takde. Dia tak dapat balik Malaysia. Azam study dekat mana entah.


Faheem's family


Nadia's family

Time ni baton bertukar tangan. Sazli menyerahkan Shein pada I and there you go bermulalahhhhhhhhhhhh kisah I mengejar Shein, melayan tantrum Shein sebab nak lari dekat balkoni and terjun dekat tanah yang ada tanam pokok tu. Time ni semua tetamu tengah makan. And I remember when Elinor tengah bagi ucapan pada Pengantin, Shein tengah menangis kuat giler. Tengok-tengok rupanya dia dah berak. Sabar jer la.

Kasut I dekat dalam bilik tempat letak hantaran tadi. So sekarang macam mana? Nak kena kaki ayam jer ker pergi toilet? Naseb baik Sazli menyelamatkan keadaan. Dia datang tolong I and dengan Shein yang tengah nanges macam haper jer. Kitorang keluar ikut pintu tepi dewan and pergi tingkat 1, carik toilet nak basuh berak Shein. Dah la Si cleaner tu enjoy the show time Shein nanges taknak basuh berak. Hangen pulak aku.

Lepas dah salin uniform, barulah Shein ok. I tak berapa sempat nak makan. So do Sazli. Kitorang sebok nak menggentel Shein. Kitorang pon tak sempat nak snap gambar dengan pengantin. Sebab bila Shein dah ok kat satu tempat, I also tak berani nak beralih-ralih ke tempat lain. Kang dia berguling drama Hindustan tak pasal.


So dah tukar uniform


The only photo of Sazli dengan Shein. Tu pon Fiz yang amek gambar. Haha.


Suka eh kau Shein? Dah la seluar senteng.

Majlis berakhir I agak dalam 3.00pm kot? Semua orang gerak balik. I balik dengan Azrina and Shein. Sazli pulak gerak ke Subang nak jumpa dengan Teacher dia. Dalam kereta Shein diam je. Tak sampai 10 minutes dia pon dah gone. Alhamdulillah.. Dia tido dari dalam kereta and only bangun pukul 6.30 petang. Puas hati la tido lama sebab masa dekat Sime Darby tadi kan BUSY sangat? Geram jer.

Untuk Nadia and Faheem, Selamat Pengantin Baru diucapkan from me, Sazli and Sheindong. Semoga bahagia saaaaaaaaaaampai ke Jannah. And produce baby yang comel-comel. Cantik macam Mummy and handsome macam Daddy. Nanti boleh playdate dengan Abang Shein. InsyaAllah one day (yang taktau bila) I will come and visit you both dekat Oz ok? And untuk Dedayang’s, seriously I miss you girls sooooooooooooo much! Rindu nak dengar Fiza bebel-bebel. And story of Elinor and her Hijrah story. Hope to see all of you soon. Jom la jumpa after Nadia balik Japan plz?

Read

Entry ni disudahi dengan pantun empat kerat version Mat Salih since dorang lepas ni duduk kat negara mat salih.

Wishing your dreams,
Begin to come true;
And every tomorrow,
Be happy for you.

Wabila hi taufik walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. (Dah macam ending syarahan agama. Ko ada?) Hahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...