Wednesday, April 8, 2015

Pasal Budu Tempoyak

Assalamualaikum..

I ni actually badan tak berapa nak sedap sangat. Dah 2 hari rasa macam tak berapa sihat. Sakit tekak + batuk. Semua Budu la punya pasal. 2 hari lepas I dengan Kaklong tapau makan dekat satu Restoran Kelantan depan Hotel Koperasi Polis Kampung Baru tu. Siapa yang pernah makan angkat tangan! Usually dekat situ I akan makan menda yang sama jer. Masak lemak putih petola campur isi ikan, ikan kembong bakar, ikan singgang Kelantan style dengan ulam petola+terung bakar cicah budu+tompoyak. Perrgghhhh. Cenggini! (Sambil tunjuk thumbs up dekat peha kanan).

Memang sedap giler kot? Lepas tapau makan, tapau pulak kuih akok. Kuih akok dekat sini dia punya lembut la macam mencair dalam mulut. Perrgggh perrghhh pergghhh. Bak kata Kaklong, ‘Tolonglah kenapa yang sedap sangat ni?’ Hahaha. Tapi situ bahang giler kot? Sebab Restoran tu macam diperbuat dari zink je. Dulu Tauke dia nama Abang Ki. Dah meninggal dah pon. Biasa kalau makan dekat sana, parking sebelah tu restoran ni akan bayar. Sekarang tadek dah. Bayar sendiri parking sebab tempat parking tu pon dah tutup. Nyampah.


I kalau makan Budu bukan buat cicah. I hirup atau buat kuah. Mengalahkan orang Kelantan sendiri. Hahahah. Bongok. Tu yang sakit tekak sebab budu kan masin? Campur pulak tempoyak. Tempoyak kan panas? Budu masin campur tempoyak panas, memang semalam berbungkus I dekat office. Harini ada la rasa ok skek, tapi tekak perit giler. Tapi nama serik nak makan budu memang tak la. Bring it on Bebeh! Boleh lagi ni kalau nak makan. Hahaha.


Budu + Tempoyak. Photo taken from here.


Orang Kelantan kata kalau Budu sedap Cap Ketereh. I pon tak sure. Haritu ada la Google cara-cara pemprosesan budu. Time baca ada la rasa urrrghhhhh macam ni ke buat dia? Siap kena peram ikan lama-lama sampai hancur sendiri tulang dia. Ada la ngeri jugak. Tapi bila depan mata, Abang tak tolak punya. I love budu so very much!

So orang Kelantan kena sayang I lebih sekarang sebab I suka Budu. Ok? Nak uweeeettttttt!!!

-eNd-

1 comment:

Nur Fatma said...

Salam'alaik.
Terjumpa blog akak masa cari kenapa batuk kalu make budu.
Heh, terbaik la akak, tersengih sorg2 baca entry nih.
Cabai tu buat ulam koho sedakk. Hee.

Salam perkenalan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...