Friday, April 10, 2015

Shein and Laman Mak

Assalamualaikum..

Jom layan gambar dekat kampong masa balik haritu. Seronok la tengok laman umah Mak, sebab bersih jer… Dia pulak kalau sapu sampah, bukan sampah je yang dia sapu. Dengan tanah-tanah skali siap. Hahahaha. Mak ni memang tau? Penyapu tu kawan baik dia sangat (cecece nak cakap orang konon). Tingat dulu masa kekecik, I Darjah Satu dah sapu sampah dekat bawah. Tak siap tak boleh naik. Dah siap sapu sampah baru boleh naik rumah tapi kalau nak tengok tv, kena mandi dulu la. Baaaru boleh lepak tengok tv. Kejam betul Guru Besar dekat rumah I ni. Hahaha.

Ni I tengok bebudak zaman sekarang, Darjah 3 4 pon tak boleh harap buat kerja apa. Bangun tido main, lepas main makan. Mandi pon tak pukul 2 taknak mandi. Tak paham I. Untungggla korang dapat Mak tak garang. I dulu hidup disiplin jer. Tapi tengok la hasilnya macam mana sekarang? Kawan baik dengan penyapu jugak la. Sama naik dengan Tok Guru dia. Yang kelakarnya kecintaan kepada penyapu jatuh pulak dekat Shein. Dia tu kalau nampak penyapu menggigil-gigil tangan. Sebok orang sapu, sebok jugak la dia nak ‘menolong’.


Ni dekat depan rumah Mak. Bawah pokok pelam. Ada kerusi batu. So pepetang boleh lepak dekat sini sambil gossip pasal GST. (Motip GST?)


Dulu dalam meja batu ni ada lebah tau? Lama jugak kitorang tak lepak sini. Sekarang dah tadek so dah boleh lepak. Best la sebab redup jer. Keliling tu penuh dengan pokok bunga.


Tengok la Si Shein ni, main sauk je mana-mana selipar yang dia nak pakai. Mana boleh lepas dia ni sorang-sorang. Kang tau-tau dah sampai dekat laman. Kejar rama-rama dengan pepatung or kejar ayam.


Dekat belah sana ada garage kereta. Muat letak 2 kereta. Blakang garage tu ada pokok Manggis. Buah dia manisssss....


Kata Mak, 'Orang tanya Mak, cucu-cucu tak petik ke pokok bunga?' Kata Mak, 'Tadek pulak. Cucu-cucu dia semua baik'. Habes Mak cerita, zaaaapppp Shein petik pokok kemboja dia 2 kuntum. Maka Mak pon berlinangan la air mata. Hahaha.


Ni budak notty ni. Kalau dekat kampung dia mana pernah wangi? Masam berlengas jer. 


Suka eh kau Shein? Tengok la tanah Mak tu. Habes bersih dia sapu dengan batu-batu sekali. Dulu ada letak batu yang jalan tar tu. Tapi lama-lama terhakis sebab dorang letak nipis sangat.



Time ni dalam pukul 11.30am kot? Tak berapa panas lagi. 


Tengok. Penyapu ada je dekat mana-mana.


Atok dia pulak menyakat. Baginya si Shein limau kasturi. Petik dekat pokok kat tepi tu jer. Shein rasa masam, dibalingnya buah tu dekat Atok dia. Bertuah punya budak.


Tu bunga Lily tu Shein tengok geram jer. Tapi Al-hamdulillah selamat.


Lepas dah buat audit, Shein pon blah.


Woi. Tunggu la Mama!

Sekianlah sahaja cerita pasal Shein dan laman Mak. Sesekali ada dekat kampong rasa aman jer. Pepetang ronda naik motor. Sejuk jer. Best! Hope Allah panjangkan umur Mak supaya I boleh rasa happy balik kampong sebab ada dia. Semoga Allah bagi kesihatan tubuh badan pada Mak jugak biar dia dapat tanam pokok Bungan and sapu sampah sampai bongkok tiga. Kepada Shein, Nak Uweeeeettt!!

HAPPY WEEKEND LOVE!

-eNd-

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hahaha comel je Shein jd budak kampung. best nta leh lepak kg bwh pokok ada meja batu segala, Syahir suke makan masam2 ni. keriut jugak muka tapi selamber je makan.. Babai Shein !

ijan said...

memang kampung boy ni... bahagia tgk Shein berlari2 pakai baju poney..nampak sangat kaya kan... duduk rumah pakai poney.. ehhh... hehe..