Friday, April 10, 2015

Sambal Air Mata Cendawan

Assalamualaikum..

Haritu kan I dah share resepi buat Sup Cendawan Bertakok (Bak kata De) dekat sini. Hahaha. Bongek De! Harini I nak share pulak resepi nak buat Sambal Air Mata Cendawan pulak. Ni pon one of my favorite jugak. Sedap gilers! Saya harap Tuan Puan semua semua sudah menyediakan pen dan kertas. Jadi marilah kiter menyalin resepinya. (Poyo)

Bahan-Bahan
  1. Cendawan yang sudah dibersihkan
  2. Bawang Merah - Diblender
  3. Bawang Kecik - Diblender
  4. Kunyit Hidup - Diblender
  5. Cili Padi (Ikut la nak pedas mana) - Diblender
  6. Lada hitam – Diblender
  7. Bawang Besar –Dihiris
  8. Daun kunyit  - Dikoyak
  9. Minyak


Cara-cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak
  • Lepas tu tumis la bebawang yang dah diblender tadi. Macam yang I pernah cakap sebelum ni, petua kalau nak masak sedap, bawang tu blender asing. Tumis dulu bawang sampai garing then baru masukkan bahan blender lain
  • Bawang dah garing masukkan pulak balance bahan blender lain tu pulak (kuyit hidup, lada kecik, lada hitam). Sukatan tu korang pepandai la agak sendiri. Kalau nak buasir bunga, lada tu letak la 2 genggam. Haha.
  • Dah masak lada tu, masukkan la garam, pak aji, gula skek
  • Masukkan daun kunyit dengan cendawan
  • Ingat, takyah masukkan air sebab cendawan ni dah berair.
  • Last skali masukkan bawang besar
  • Siap!



Sambal Air Mata Cendawan
Minyak bergenang-genang. Tu yang kena jelingan dari Mak. Haha.



Nak menumis lada ni minyak memang banyak, baru la garing lada tu and sedap. Mak tiap kali I tambah minyak nanti dia jeling je lepas tu cakap, ‘ehem-ehem’. Hahaha. Takyah nak kedekut sangat la Mak. Entah bila la lagi dapat makan cendawan ni.  Sebab cendawan ni memang rare, bermusim and payah nak dapat. Haritu I masukkan dalam blog, ramai jugak yang merana nanges guling-guling atas lantai. Hahaha. Perangai mengalahkan Shein.

Ni time tekak tak sedap ni mula la tingat Sup Cendawan. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa. Batu belaaaahhhhhhhhhhhhhhh…


-eNd-

1 comment:

Cik Siti Hajar said...

kak.. batu belah pun dah tak nak telan kak su.. hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...