Thursday, May 14, 2015

Jadi Bagaimana?

Assalamualaikum…

Sazli sekarang kan dia memang konsisten diet sejak sebulan lepas. Malam dia tak makan, seminggu at least 3 kali dia jogging sampai lencun-lencun la baju dengan peluh. Nasik pon dia tak berapa makan sangat. If dia makan pon nanti dia ambik half jer. Segala-mala dessert memang dia jeling je dengan ekor mata. Melihat kepada keadaan beliau, I pulak yang stressed. Haha. Yerla, dulu masa zaman I beria atkins la apa la, dia mana nak pernah support. Ni sekarang pulak gigih dan bersungguh-sungguh. Sakit pulak hati I. Dah la dia senang nak turun berat. I rasa dunia ni tak adil.

Perut dia pon banyak dah surut I nampak. Sazli ni dia jenis kalau buat apapa dia bersungguh and bukan half way kerja. Dulu selain dari futsal dengan bolasepak, jangan harap la exercise jenis lain dia nak try. I ajak jogging pon memang bercinta, dah sekarang bila dia cakap nak try join marathon I dengki giler dalam hati. Tapi yang bagusnya, bila dia tak makan malam I pon sama la jugak tak makan malam. Sebab ada rasa tak sampai hati dengan Sazli. Dia dulu kalau nak diet, I cakap ‘Takper Papa, esok malam la start diet’. Laju dia bangun hulur pinggan. Sekarang ni lalu kan la nasik dengan lauk dekat lobang hidung dia sambil buat tarian gelek Arab, haraaaam dia nak tergoda. Perrrrghhhh. Determined giler kot?

Kata Sazli dia nak dapatkan balik berat masa sebelum kawen. Around 80 – 82kg. Maksudnya I pon kena la dapatkan balik berat 58-60kg. Yerla, takkan dia sorang je kurus. I nak jugak. Tapi masalahnya kau Suraya, harini tak habes lagi, esok dah fikir nak makan apa. Contohnya malam karang. Macam tingin nak makan Sake Son dekat Souled Out. Jadi bagaimana? Hahahahahahhahahahah.

-eNd-



Sake San Souled Out. Photo taken from here

2 comments:

ieda iedana said...

kaksu, plan diet kaksu tu dari taon lepas kot.
ni dah masuk setengah taunn.... jadi bagaimana??

eda said...

jadi bagaimana ??? berderet deret je nmpaknye entry mkn hahahahahahahhaahhahaahhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...