Thursday, May 14, 2015

I am the master of my faith; I am the master of my soul

 Assalamualaikum..

I percaya, dalam dunia ni tadek orang yang 100% dilahirkan terus jadi jahat. Dalam jahat dia tu, sebenarnya ada baiknya. And kalaupon dia jahat, ada sebab kenapa dia jadik jahat. Dia takkan jahat sesuka hati mak nenet dia je macam jahat all the time, kejam tahap mengunyah orang punya brain (eh, tu dah macam zombie). Could be dia jadik jahat sebab dia menyimpan dendam sampai dia jadik saiko, kurang kasih sayang, lack of attention from family and friends or paling tidak pon dia ada banyak masalah sampai dia jadik mental or sewel or tak betul or giler. Kan?

Melainkan kalau dia memang anak syaitonnirojim. Yang tu tak boleh nak buat apa dah. Hahaha. Contohnya. Pencuri, walaupon dia kerja mencuri I believe dalam kehidupan dia, dia pernah berbuat baik. Paling tidak pon, dia pernah mengembirakan hati mak ayah, adik beradik atau sahabat-sahabat dia. Contoh : ‘Leman, Mak tak larat ni. Tolong la urut kaki Mak’. Lepas tu Si Leman pencuri yang tengah syok tido, bangun and urutkan kaki dia. See? Baik la tu kan?

I tau susah nak accept menda macam ni. Lagi-lagi kalau kejahatan tu macam membunuh, merompak, merogol, menipu sampai buat orang merana and so on. Kiter tetap akan rasa dia tu memang jahat and I rasa dalam kehidupan orang-orang macam ni memang berkandang babi dah kot kena menyumpah dengan orang. Macam I, kekadang orang bawak motor laju-laju cilok mencilok pon I dah babikan. Inikan pulak yang betul-betul jahat. Kan? Haha. Eh jahatnya kau boleh gelak lepas babikan orang. Hesh!

In-relationship pulak. Sebagai orang yang dah dulu makan garam and tuweeeee (Tapi masih segak. Ehem ehem) I nak nasihatkan adik-adik yang dalam relationship if rasa tak boleh nak go on dalam satu perhubungan tu, just back off. Jangan be in relationship sebab terpaksa and rasa macam, ‘Ni dah tak sempat dah ni. Apa yang ada depan mata grab jer la’. Gitu. Jangan ok? Sebab nanti kata la sampai tahap korang rasa dah tak boleh nak ‘lari’ sebab dah ada simpati, lagi la akan buat things more complicated.

Contoh. I tak suka dekat Fahrin Ahmad. Tapi Sebab I rasa macam oklaaaaa dari tadek sapa-sapa, kawen jer la. (Contoh nak Fahrin jer). Mana tau lepas kawen boleh build in perasaan. Gamble. Dengan harapan lepas kawen boleh cinta, tapi ditakdirkan jugak perasaan cinta takde. Yang ada cuma simpati. Nak cakap tak suka dah tak sampai hati, lepas tu kurang pulak ilmu agama dalam hati dan syaiton pon menghasut maka dari situ mula la perangai jahat puaka tongkiat semua keluar. Time ni la kiter akan jadik jahat. Trust me. Kiter akan ada sifat sambil lewa and tak 100% memberi. Maksudnya disini ialah if Fahrin Ahmad buat berjuta kebaikan dekat I pon, I takkan menghargai dengan cara sepatutnya. I endah tak endah. Sebab apa? Sebab dah tak suka.

Contoh lagi. I dengan Fahrin Ahmad. Dia belikan I Hanbag Prada. I memang la happy tapi gitu-gitu je. I suka tapi I tak berapa appreciate but at the same time, Brad Pitt yang cuma kawan baik I jer (tapi I suka dekat dia cuma tak boleh nak buat apa sebab dah kesian nak tinggal Fahrin Ahmad). Brad Pitt bagi I henbeg Guess tapi I punya suka sampai I cakap nak masakkan dia lunch sebulan. I appreciate dia sampai macam tu sekali. And now you see? I bukan la jahat sebenarnya tapi sebab hati I tak 100% pada Fahrin Ahmad so I jadik kejam. I tak hargai Fahrin macam yang sepatutnya. Fahrin pon ada la terasa hati tapi sebab dia dah sayang I sangat, so apa I buat dia terima je. Dia tak kisah. Takper la kalau tak hargai dia asalkan I stay dengan dia.

So nampak tak dalam kes ni  tak pasal-pasal ada 2 hati yang dah terluka. Kan? Yang terpaksa terima terluka and yang ikhlas sayang pon sanggup dilukai dan terluka.  2 2 taknak back off so akibatnya 2 hati sama-sama tak bahagia. Kan?

To be fair to yourself and your partner, if rasa tak boleh nak accept someone dalam hidup, you better back off now. It’s not fair for you and your partner also. Jangan buat macam tu. Jangan main-main dengan hati dan perasaan sebab itulah punca kebahagian dan ketenangan hati. Kalau rasa jiwa tak kuat, just end it. There’s no try and error dalam relationship pipol. Just don’t. Buat la istikharah kalau rasa confuse. Allah tu ada untuk membantu ok?

Bagi yang almost terjebak, better fikirkan balik and buat istikharah. Never too late untuk membahagiakan diri sendiri. Selagi ada nyawa, selagi tu tak terlambat. Doa supaya semuanya dipermudahkan and kata la kalau dah taktau nak doa macam mana, doa je macam ni. ‘Ya Allah, Kau maha mengetahui apa yang tersirat didalam hatiku. Kau permudahkan la’. Aminnn…. Dan kalau korang terror, if rasa macam dah buntu sangat, biarlah Allah bagi korang hati yang redha untuk terima segala buruk baik yang bakal diterima. Ok?

Never too late to choose your destiny. Your happiness.
Ingat. I am the master of my faith; I am the master of my soul.
-Nelson Mandela-




-eNd-

2 comments:

Fauzana Nasrul said...

tengok tu dia punya contoh tanak kalah,fahrin ahmad dgn brad pitt plak tu hahaha kaksu kaksu

Azziah Nawawi said...

memula tak paham. tapi baca contoh, ok paham. hahahahaha...
btul, i sokong sebab ada je org mcm ni. memula nak jaga hati org last2 hati org tu yg terluka teruk. kita pun last2 sakit jugak.. not gud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...