Friday, May 29, 2015

Netball Training

Assalamualaikum..

Semalam petang kitorang dapat main netball dengan kakak-kakak Felda yang main wakil Team HQ (yang dulu I dalam team, hanya dapat main bila terlalu menang atau terlalu kalah tu) Haha. Dorang ada training untuk Piala Datin Bibi Sharliza dekat Kuantan lagi 2 minggu so kitorang tumpang-tumpang la training. Ada 3 orang state player sekarang dalam Team Senior. Dorang punya ketinggian ialah 6 kaki. Sorang main untuk Sea Game wakil Malaysia (Gulp). Harap maklum dia punya ketinggian. Sikit jer lagi dah sama tinggi dengan tiang gol. Kalau yang size comel macam Dyba, dia kena tunduk bersungguh baru la boleh pandang mata. Haha.


Intan nak posing cantik jer

Semalam semua I bagi main. Kaklong pon I ajak, saja kasik enjoy bergelak-ketawa. Memula Kaklong main GK, dia jaga intan. Intan main GS. Bila I bagi bola dekat Intan, mesti dapat dekat Kaklong, apa lagi keluar la suara jantan Intan. ‘Intan punya bola laaaaaaaaaaaa’. Lepas tu bila Intan nak gol kan, Kaklong dah kepit-kepit tahan kencing sebab ketawa bawah tiang gol. Si Intan dah saiko so memang tak masuk la kan gol? Kaklong memang dia punya pundi kencing lose. Bukan apa, sebab kaki melawak, so buat apa mana boleh nak serius. Kerja dia nak gelakkan orang jer. Haha.

Dyba semalam main WD. Main defend (yang dia tanya, main defend ni nak defend dari apa Kaksu?) T___T and Sarah I bagi main WA. I pesan pada Dyba, ‘Dyba jaga Sarah jer, jangan bagi dia dapat bola ok? Jangan tinggal dia.’ Tapi Si Dyba ni dia pergi ikut Kakak Senior ajar, ‘Tengok bola dekat mana, ikut bola’. So jadikla Dyba main netball, serupa macam main monyet tu. Kejar sana, kejar sini bola macam onggiler tetengah padang. Orang suruh jaga Sarah jer, ni dia pergi ikut semua mana bola pergi. Hahaha. Comel sangat Dyba, tapi dia main ada improvement la sekarang. Selalu dah dapat bola. Tapi tu la, bola dah dapat tapi dia pergi hantar kebelakang balik. Cane?

Intan main GS sekejap and main C sekejap. Baru dia tau macam mana hazab tercirit segala mala buasir bunga sebab nak kejar bola. Yang paling kelakar masa I main GA, and Kak Syikin (Kawan office I) main GD. Dia kan, bila I dapat bola, dia lari dari jauh and tangan terus naik and macam nak tampar muka orang. Dari jauh lariiiiiiiiiiiii lepas tu dush! Terus tolak bola I. HAHAHAHAHHA. Mana boleh main macam tu! Si Intan pulak, macam-macam la aksi keluar, sampai meniarap peluk bola pon ada. And padang pulak licin, sekejap kang sorang jatuh, sorang kat sana jatuh kaki split macam gymnast. Hahahaha. Naseb seluar tak koyak. Kalau tak terkeluar la kedai kopi.


 Ni sikit video masa game. Intan main C, I main GA, Dyba main GD. Kaklong tukang gelak. Izah tukang rakam.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on




Intan tu tengok la, sempat lagi dia posing tengah padang. And Sarah jadik suara latar nyanyi lagu 'Lompat Si Katak Lompat'. Haha.

Anyway, seronok giler woh! Dah lama tak gelak-gelak main netball macam ni. Nak pulak I ada GA mantap sekarang ni. Izah nama dia. Izah pandai main netball. So tadek la nanti I dalam padang stress sorang-sorang. I dapat imagine dah nanti bila bola Dyba kena ambik dengan opponent (orang Kilang), dia cangkung peluk lutut taknak main dah, lepas tu nanges. Dah satu hal nak kena pujuk pulak. Hahahaha. Kitorang ada 3 minggu ni. Tengok susunan pemain, macam boleh menang. Cecece. Tapi I dah promise bebudak ni, sapa terpilih atau tak, I nak semua ada dekat padang and support. Nanti semua I akan usahakan bagi Jersey yang sama dengan pemain sorang satu. Sebab I sangat appreciate dorang susah payah and sama-sama turun training. I love them J


-eNd-

1 comment:

Syai Nadia said...

wa..my feveret game ever nih!boleh kita buat friendly match😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...