Monday, May 25, 2015

Shein, Mesin Rumput dan Burung

Assalamualaikum..

Syok la spend time sama-sama dengan Shein over weekend. Sabtu haritu kitorang pergi Birthday Ayeisha anak Huda dekat Fikcles. Jumpa Rish, Fruz dengan Raisa. Lepas tu jumpa Kak Yus, Husband dia and Muna anak dia. Gambar and cerita pasal Birthday Ayeisha tu nanti I share next entry eh? Rish la amek Raisa, suruh I pegang and terus amek gambar. Kata dia, ‘Awak taknak masuk blog Auntie Su ke Raisa?’ Hahaha. Bongok giler Rish. Dah la masa makan Shein dajalkan Rish. Dia tak habes makan lagi, Shein dah susun pinggan kotor atas pinggan dia. Maksudnya apa? Suruh berenti makan kan? Hahahahaha.

Ahad tu pulak, kami tiga beranak keluar awal pergi breakfast. Eh. Best pulak keluar rumah pukul 7.30 pagi. Sejuk jer! Shein pulak memang jenis kalau hari cuti dia transform jadik morning person. 6.30 pagi dia dah garuk-garuk blakang I, siap seluk tangan masuk baju ajak berkawan. Cuba hari sekolah, tak 8.30am taknak bangun. Tektik tu semua Shein. Jangan nak macam-macam. Shein, bila nampak I bangun terus melompat mintak dukong.. Best la bila Shein selalu nak peluk I. Macam dia sayang I more. Yer la, now Shein banyak spend time dengan Abah. Pergi school, Abah yang siapkan. Balik dari school Abah jugak yang jemput. But hope Shein tak ukur kasih sayang Mama by tak hantar pergi/balik sekolah. (Tetiba emos).

Korang tau tak area Ampang yang dekat Kubur Taman Kosas tu ada Pasar tau? Dia jual macam makanan, baju, cd, durian and many more. Konsep dia ala-ala pekan sehari. Best la. Situ ada chicken chop sedap. RM8.00 jer. Complete dengan coleslaw, fries and boleh chose gravy nak black pepper or mushroom. I suka jugak dia punya mihun sup utara. Tapi situ kalau datang tak kena masa jadik crowded menggila. Kekadang ada bau longkang. Hahaha. Sian giler. Nak makan pon kena beratur tunggu tempat. Tapi I suka sebab macam new experience la. Takkan asyik nak makan O’Briens jer? Hidup ni kena la mencuba sesuatu yang baru. Ye dak? If korang nak datang, datang awal or datang lewat terus. Baru tak sesak. Tapi kalau datang lewat nanti makanan dah habes, padan muke ko. Orang makan cikencop, ko makan kaki. Hahahaha.

Balik dari breakfast singgah umah Baba and Maktok. Shein sampai je sini terus la manja. Masuk je rumah merengek nak macam-macam. Baba dia dah faham la Shein nak apa. Rupanya dia amek penyapu, pergi ligan ikan dalam kolam. Ikan tu berenang-renang dia seronok la tengok. Dia tak tibai pon ikan, dia cuma syok tengok ikan tu berenang-renang jer. Shein kalau dekat Baba and Maktok, mana ada law. Ikut kepala dia jer. Kalau Bapak tak bagi, nanti dia merajuk. Merajuk dia jenis baring isap jari. Bila Bapak mai pujuk pon nanti dia marah guling-guling.

Kesian jugak tengok Bapak, tapi kata Bapak takper. Dia dah biasa. Lagipon Shein sehari merajuk 10 kali dengan Baba. Sekejap je, lepas tu nanti dia kawan balik. Hahaha. Kata Bapak, since hantar Shein dekat Building Blocks International ni, dia rasa macam ada peace of mind. Sebab dia tau Shein dijaga oleh cikgu yang baik-baik and dekat situ pon Shein show lots of improvement, Jadik la ‘orang’ sikit. Kata Bapak, takper la dia pergi sekolah, tapi kalau dia nak manja pon takpa. Dia kecik lagi. Sian kat dia…. Ha, suka la ko kan Shein? Always ada exception. Nyampah.



Shein dia sukaaa giler kalau orang mesin rumput. Haritu masa dekat rumah Bapak, bila orang dah siap mesin rumput dia nanges. Hahaha. So now nampak apapa batang panjang nanti dia imitate la macam orang mesin rumput.


A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Sebelah sekolah Shein ni ada banyak burung merpati. So if nak masuk sekolah, dia suka la kejar burung-burung ni.

I sekarang nak ajar Shein punya tantrum, I guna saikologi. Ni cara ni I sorang je yang practice. I je yang sanggup hati kental. Yang lain kalah dengan Shein. If dia nak merajuk, nak guling ke apa go on. I don’t care. Sebab I tau, at the end nanti dia akan datang dekat I balik. So that, dia kena tau yang dia takkan dapat semua yang dia nak. Dia merajuk ke, guling ke, dia TAKKAN dapat. Cuma Shein ni kalau naik hantu dia, mula la dia suka hantuk kepala dia dekat lantai. Kekadang dia buat main-main, tapi bila dia buat sungguh-sungguh tu I pujuk la. Cuma ada masa bila geram sangat, I biar kan ajer. Geram. Tapi tak la bermakna I tak sayang Shein and biar dia harm himself. Ibu kan? Keras mana pon hati kiter dalam mendidik anak.

I hope by bulan December ni, Shein dah boleh betul-betul behave dekat meja makan/rumah/mall/park, kurang tantrum and tau do’s and don’ts. I tak harap pon dia jadik genius belajar A level masa umur 9 tahun but cukup la dia berdisiplin (behave), hormat orang tua and InsyaAllah, dengan bantuan Sazli (sebab dorang kan boy rules), Shein akan dididik menjadik manusia yang balance dunia akhirat. Dekat sekolah bijak, cakap omputey cong ceng elaxander. Balik rumah, lepas mandi ikut Abah semayang Maghrib Jemaah dekat surau. Jadik anak yang baik, dan menyenangkan hati Mama and Abah. Tu jer.

Amin…..

-eNd-

1 comment:

azhariahzuber said...

Ternampak su n shein dkt pasar kubur tp malu nak tegur. Cantik su in real life.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...