Tuesday, May 26, 2015

Tart Nenas Terpaling Sedap

Assalamualaikum..

Memandangkan raya pon dah tak lama lagi, (walaupon) puasa tak lagi, tapi takper. Semangat raya tu penting. Kan? Bukan kata budak-budak, Mak budak pon sekarang terpaling sexsaited cakap pasal raya. Takyah nak deny. Tu entah-entah segala baju raya semua dah siap apaaa korang tu Hahaha. Kan? Takyah nak tipu. Korang kemain kan semua menda prepare 2 bulan awal. Sabar jer la. Anyway. kalau cakap pasal raya, semua rumah kena ada apa? Pandaii... Kuih raya... Kuih raya apa yang WAJIB ada disetiap rumah? Kuih tart.... Tart apa? Tart apa????? Tart neeeee.... naaasssss. Pandai semua. (Aku pon pandai sebab sendiri tanya sendiri jawab). Haha.

Memandangkan I sendiri dah rasa tart nenas ni, and I willing to promote this tart yang sincere dari hati (cecece) sebaaaabbb Chooyaya dan makanan berpisah tiada so I nak share experience I sendiri makan tart nenas ni and untuk penggemar tart nenas home-made this is it this is it! Tart nenas yang paling sedap I ever tasted! 100% home-made, freshly made every day, everything dibuat from scratch dan dibuat menggunakan tulang empat kerat. Tadek guna machine ke apa.

Tart ni dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Mak kawan I, That's make this tart special and sedap. Bila makan je, terasa macam makan kuih buatan Ibu :) Yang penting, jem dia buat sendiri and bukan guna yang ready made yer? Halal dan bersih, boleh makan tanpa was-was. Untuk orang yang biasa buat tart nenas tau la macam mana susahnya nak buat jem ni dari nak sagat, ke masak atas periuk and kena tunggu sampai air dia kering, yang kalau air dia merecik kena tangan mengundang berekor-ekor babi keluar dari mulut tu. Astaghfirullah.

So, terimalaaahhhhhh. Jeng jeng jeng! #tartnenasterpalingsedap dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Emak The Blabber from Marimerepek. Kata The Blabber (the most eligible engineer - bachelor), ni original recipe Mak dia. Mak dia memang menerima tempahan yang banyak saban tahun and biasanya repeated customer DAN terpaling penting, The Blabber sendiri turun padang tolong Mak dia bakar tart nenas ni each time. Sangat rare ok? Haha. Walaupon process bakar sapa pon boleh buat tapi takper, kiter kasik dia chance.


Tart nenas terpaling sedap! Tart nenas ni ialah spesis tart gulung. Sekali ngap, mesti nak ambik lagi sampai clear balang. Baru puas hati. Engkau.


Proses menggulung tart. InsyaAllah bersih sebab kerja emak-emak ni biasa teliti. Nak pulak di buat dengan tulang empat kerat kan? Kualiti terjamin, rasa sedap. Cuba sekali mesti mau lagi. (Over sangat).


Cantik dan kemas je Tart Nenas ni kan? Just nice size dia. bite size and senang ngapp sekali masuk mulut all gone forever.


Satu balang ni ada approx 51-53 biji. RM26 sebalang. Tapi kalo beli banyak mestilah ada discount berganda-ganda. COD area Lembah Klang. So far memang tadek buat pos sebab takot tart ni bertukar menjadik serbuk pulak nanti bila sampai ke tangan. 


Ni testimonial orang yang pernah rasa Tart Nenas Terpaling Sedap ni.


Kalau korang nak customs made untuk any function macam wedding ker apa, also boleh request. Dorang boleh pack comel-comel dalam jar or dalam kotak. Tapi tu kena bagitau awal la. Hari esok nak, malam ni baru bagitau tak ok jugak. If special packaging bukan ready stock ok bekas dia? Special packaging ni good for door-gift for wedding, birthday party or majlis akikah. Packaging comel sangat! Check out dorang punya IG untuk latest update ok?

Call/WhatsApp : 017-6851714
Email : tartnenasterpalingsedap@yahoo.com

-eNd-

3 comments:

mila said...

jauh plak....sdpnye kalo dpt mkn ni

Pakcik Kantin said...

tester ada tak?hehee
http://kucenmaster.blogspot.com/

mamalynda said...

Assalamualaikum, wah.. Nampak Sedap Tart akak.. Boleh guna tips untuk improve..

http://www.mamalyndacookies.com/2017/03/resepi-tart-nenas.html

salam Blogwalking :)