Monday, May 18, 2015

Souled Out Ampang

Assalamualaikum…

Mintak perhatian kepada semua orang kamponggg. I just nak bagitau yang I dah dapat jugak makan Sake-San bebaru ni. Wahahahahahah I love Ampang! Tenkiu sebab Souled Out dah ada dekat area Ampang. Kalau tak dulu nak kena pergi Hartamas bercinta dowh! Lagipon kiter segan la nak datang area Hartamas. Sana semua ongkaya je duduk. Heeee. 

Korang tau kan Souled Out yang KL dekat mana? Dekat Jalan Ampang, same building dengan Menara HSC tu. Bebaru ni masa I datang time dinner macam happening giler jer. Ramai orang sampai dekat luar. Ramai Mat Saleh pakai baju macam baru balik dari kerja datang dinner sini. Tak balik mandi dulu ke apa? E, busuk tau?

Sebenarnya I kalau datang Souled Out ni cuma untuk Sake-San SAHAJA. Yang lain I tak suka. Pina Colada Fikcles punya, 40 juta kali lagi sedap, Spaghetti Carbonara pulak Delicious punya mana boleh nak lawan. Dessert pon tadek la yang meletop but tasted-bud kiter ni kan subjective? I tak suka, tak bermakna makanan ni tak sedap. Kalau tak sedap, orang takde la full house macam tu kan?

If korang tanya I, I rekemen korang datang sendiri and rasa sendiri but for chill lepak dengan kawan-kawan, gossip pasal cerita Hati Perempuan (choi), tempat ni memang cool giler la. Siyes. I rasa kalau dorang letak live band lagi best. Sambil makan nachos, sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan surrounded by Mat Salih and ramai pempuan yang dress up lawa-lawa so boleh la poyo macam cool skek. Kah kah kah.


Kesayangan sampai mati. This is Sake San. Salmon slivers, roe, cherry tomatoes, Japanese mayo, lollo rosso and a hint of wasabi. Harga dia RM39.60 cukup untuk 3 orang makan. Kalau dah lapar sangat, mungkin boleh makan 2 orang je. Please la wei ko dah kenapa yang sedap sangat?Urrrghhhh!!




Spaghetti Carbonara. Sinfully rich creamy pasta with smoked beef bacon and fresh button mushrooms. Harga dia RM27.50. I request nak banjir so dia come out macam ni. Not too thick but a bit tasteless (bagi I la). Tapi ada je orang suka makan gravy dia yang tak berapa creamy kan?



Yang ni Virgin Pina Colada. Masa dapat dia tak letak cherry dengan lemon slice so I pulang balik suruh hias lawa-lawa. Haha. Tak kick sangat rasa dia. Kurang lemak. Harga dia RM28.00. Bak balik duit aku!


Yang ni pulak  Classic Virgin Margarita. Original flavor so rasa lime. Harga dia RM26.00. Masa sampai on top of glass tu tadek garam. Pooonnn I pulang balik. Hey apeda korang ni buat kerja? Eeeee hangen jer. Dah la mahal air ni.


Souled Out Ampang dekat Menara HSC


Souled Out. As Good As Hug.



Ni dekat tingkat bawah area bar. Open air. Smoking area. So sesapa yang suami suka merokok suka la datang makan kat sini.


Ni dekat tingkat atas.

Korang klik sini untuk tengok dorang punya info and menu lain. Ada Western menu, ada Indian menu, Asian menu macam nasik-nasik pon ada, tapas pun ada. Dia macam combination of fusions food. Paham? Dessert ada, semua pon ada. Pendek kata Mak Bapak jer yang tadek. Haahhaha. Apa lagi, mana yang tengah dalam fasa nak mengorat ke apa, boleh la datang sini. Yang penting, HALAL. InsyaAllah.

187, Jalan Ampang
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2181 1626

-eNd-

Notakaki : Semua minuman yang ada 'virgin' dekat dekat depan tu maksudnya dia alcohol-free and halal. I never ever try alcohol dalam hidup I. And never will. InsyaAllah :)

5 comments:

norasiahnasir said...

choo yaya, nanti aku email kat TV3 suhko ganti pengacara JJCM tu..aku rasa lagi best

Anonymous said...

kak su,

margarita tu tak guna tequilla ke?bkn jenis alcoholic ke air nama margarita tu??huhuhu..

p/s: saya ongkampung je...

Chooyaya! said...

Che Kem : EMail sekarang. bg skali bio aku dekat IG FB semua. and send gmbr paling cantik. ok?

Cahaya : Sebab itu nama dia 'virgin', kalo apapa air yang depan dia virgin dia tadek alcohol. haaaaaa. contoh virgin margarita, virgin pina colada. so dia guna juice aje.

Anonymous said...

oooo gitu...hehehehe..ongkampung cam saya ni ginilah...kurang terdedah..mujur kak su bagi info gini..kalo tak, harapan la saya nak tau benda gini..thanks kak suu..

p/s: sorry,..ongkampung ni ongmiskin..takdek uweeett nk kasi kak su..hehehehe

Chooyaya! said...

cahaya : tadek hal :) bak uwet! **jangan nak lari. hahahaha