Friday, June 5, 2015

Happy 63rd Birthday Bapak!

Assalamualaikum..

Semalam 4 June 2015, birthday Bapak yang ke 63 tahun. Happy Birthday Bapak! Semoga panjang umur, murah rezeki, disihatkan tubuh badan and tambah kaya. Lepas tu nak uweeeet manyak-manyak, lepas tu nak pedang 10, pistol 2, kuda lapan. Heeeee. Bapak ni, if time birthday kitorang, dia yang sebok ajak makan sama dekat luar la apa la. Dah macam jadik tradition every year macam tu. Tapi time birthday dia, sikit la punya susah nak ajak makan luar. It’s either dia taknak langsung or dia kata makan dekat Restoran Sri Tanjung BBQ dekat Ampang Waterfront tu je. Boleh? So kata Mak, tahun ni kiter buat surprise dekat dia tapi kita top up hadiah simple-simple. Saja la bagi dia syok.

So, sehari sebelum birthday dia, I pergi Pavilion and carik T-Shirt Golf dia. Kebetulan masa pergi tu, Nike Tiger Woods golf shirt baru sampai, so berbekalkan baju yang Mak kasik untuk ukur size, I dapat sehelai untuk Bapak. Mata I nampak cantik and sesuai dengan Bapak. Nak bagi putih takot cepat kotor, nak bagi kaler kuning or merah tak sampai hati pulak sebab Bapak kulit tan. Haha. So I amek kaler kelabu strip halus-halus. Terus bungkus and pass pada Lien (Event4u) untuk dia hantar esok skali dengan bunga and cake. I dah deal dengan dia awal. Terpaksa buat macam tu sebab semalam I ada training netball and tak boleh nak gather sama-sama, so kitorang decide hantar surprise dekat Bapak menggunakan khidmat Event4U je.

Yang ada dekat rumah pon Mak jer time Event4U datang. Shein sekolah, Sazli kerja. Naseb baik la team Event4U ada so boleh la depa nyanyikan lagu birthday untuk Bapak. Kata Bapak, so unexpected kitorang hantar surprise macam ni pada dia. Dia happy giler. Lien hantar gambar dekat I, tengok Bapak senyum sampai ketelinga. Suka la tuuuuu. Balik netball semalam dengan badan berpeluh bau kuda, Sazli ajak singgah rumah Bapak. Bapak request nak potong kek sama-sama and dia nak bukak hadiah dia sekali. OMG Bapak tahan tuuuu tunggu sampai petang tak bukak hadiah. Kalau I jadik dia, orang tak hulur lagi I dah rampas lepas tu mesti bukak jam-jam tu jugak. Hahahaha.


Happy Birthday Bapak. You look so handsome. Nanti dia jawab, 'Well, it goes without saying'. Menyesal puji. Haha.


Amboi. Suka betul tu,


Request nak blue + black theme. Dapat roses and lily. Lawa sangat ni Lien!


Flower bouquet + cake + prezen


Sedapnyalah kek ni! Its butterscotch cake by Yan. (Partner Lien) 

So makan la kami Pizza Delivery 4 beranak. Si Shein dah melingkup. Pukul 6.00pm balik dari sekolah dah membuta. Penat apa entah. Lepas potong kek, kitorang makan and balik. Bapak pakai terus baju yang kitorang bagi tu. Kata dia, dia suka. Masa Bapak payungkan I masa nak masuk kereta (Sebab hujan) dia cakap, ‘Jangan la sentuh baju Bapak, nanti rosak’. Amboi eksyen. I pegang lengan dia sikit jer poooooonnnnn. Hahaha. Bapak and Sazli sama la perangai, apapa yang orang bagi, depa memang appreciate sangat-sangat. Asyik cakap baju kami bagi tu cantik.. Bila dia tanya sapa pilih, ada taste la. I kembang kuncup hidung padahal T-shirt jer pon. Haha.


The Tiger Woods golf shirt.

Untuk Bapak, The King of My Heart, Happy Birthday To You. Su sayang Bapak terlalu banyak. Thank you sebab selalu faham diri Su and selalu buat Su happy. Walaupon kadang-kadang lawak sarcastic Bapak tu menyakitkan hati and sangatla menggeramkan, tapi Su tau Bapak sengaja nak menyakat. Saja suka nak tengok Su tarik muka masam. Bapak ni memang tau? Dia kalau dengan I main sekat-sekat kaki la, sengaja nak bagi I jatuh. Buat-buat terpijak tangan la. I tanya pada Sazli, Bapak pernah ke buat dia macam tu. Kata dia tak pernah pon. ‘Bapak saja tu nak menyakat you.. Dia syok la dapat bergurau dengan anak perempuan. Dia takdak anak perempuan kan?’

Dari geram nak marah terus jadik sebak. Sedih pulak. Lagipon Bapak selalu kata, ‘Kawan Bapak kalau tengok Su, tak kata Su ni menantu Bapak. Depa kata Su anak Bapak. Muka seiras dengan Bapak sungguh’. Punya bersungguh nak bagitau I ni nampak macam muka dia.  Bapak selalu kata, I ni anak dia. Bukan menantu. Sayang macam anak sendiri. Kekadang Bapak senyap-senyap kasik I uweet. Kata dia jangan bagitau Sazli, nanti kena bahagi dua. HAHAHAHAHAHHAHA.

" Bapak, A father is neither an anchor to hold us back, nor a sail to take us there, but a guiding light whose love shows us the way. Thank you Bapak for your love and support. You are the light of my life and always a king in my heart. #happy63rdbirthday and please be handsome as always. Nak uweeeeettt! "



-eNd-

Special thanx to

3 comments:

!EFIL said...

Berlinangan air mata baca..

Zarina Taharim said...

alah...sedih pulak..teringat arwah bapak i pulak....erm....

Jan@Afzan said...

gembira plus sedih lak baca entry ni..

iyalah kan..sebab takde anak perempuan kot. Tapi alhamdulillah dan mcm best sgt ada bapak mertua yang happening mcm ni... kelakar baca entry.

hehe...Happy Belated Birthday Uncle...Moga menantu uncle sentiasa happy kan uncle...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...