Sunday, June 7, 2015

Shein, Mama and Sheila Spa

Assalamualaikum...

Ni life update dari sebelah Sheindong ni. Dia baru siap mandi, lepas mandi nak lap badan atas peha Mama. Nak bersiap atas peha macamkan dia berat 10 kilo. Sabar je la. Now dia tengah tido dengan gembira. Shein kalau waktu tido sampai, dia jadik manja bedabel-dabel. Now 1.00pm ++ memang waktu tido dia pun. Cuma bila dekat sekolah bizi main dengan friends sampai lupa waktu tido. 

Tu yang masa hari Jumaat dia bedal tido dari 5.00pm and mangkit esoknya Sabtu at 7.00am. Perrrghhhhh direct tido 14 jam. Penat dia tu macam cop buah kelapa sawit 10 ekar sorang-sorang. In between tido, I sumbat susu dekat dia 2 kali. Takot dia dahaga. Bangun tu, makan nasik lemak dekat Kubur Taman Kosas habes sebungkus, telur 2 bijik. Hebat nak mampos. Balik rumah, mandi lepas tu sambung tido dari 12.30pm sampai 3.30pm. Hebak Shein, hebak! Hahaha. Hantu tido mana la yang merasuk dia ni.


Gambar throwback masa dekat kampung last month. Shein takde allergic kucing tapi kalau dia main kucing nanti dia akan batuk. Sebab habuk bulu kucing tu maybe dia tersedut kot?

Ok la. Mama nak mandi sementara Shein tido ni. Dia kalau cukup tido, bila jaga senyum je. Kalau tak cukup tido maka meroyan lah mengamuk pesen yang dia sendiri taktau apa yang dia nak dalam dunia ni. Btw, sapa duduk Ampang I suggest korang pergi la Sheila Spa dekat tingkat 1, Ampang Point sebab urut dia best. Rm60.00 je sejam. 

Dalam bilik rawatan Sheila Spa. 

Tukang urut dia mendengar kata, bila kiter cakap nak urut sedap so dia urut manja-manja je. Yang paling penting sekali dalam dunia, dia tak urut tetep. I masuk-masuk je dah tanya, 'Sini kalau urut, tetep urut sekali ke tak?' PASTU DIA KATA TAK. Ok. Boleh masuk. Hahaha. Ni semua gara-gara firedrill la ni. Kitorang kena turun tangga dari tingkat 15 lepas tu biasalah poyo, petang main netball malam main badminton. Lepas tu jalan ngengkang sebab sakit badan. Padan muka.

Okbye. Nak mandi!

-eNd-

No comments: