Tuesday, June 16, 2015

Hari Sukan - Badminton

Assalamualaikum…

Harini nak cerita pasal sukan la, kang nanti tunggu lama-lama dah basi pulak. Untuk tahun ni, tadek acara balapan sebab dekat ILKAP ni tadek track. Ishk! Bengang jer. Kalau tak mesti group HQ sapu bersih acara track (perasan). Kena pulak gandingan mantop I + Sarah + Intan + Dyba untuk 4x100 dengan 4x200. (‘Izah duduk tepi jadik penyokong jer) Haha. Ooooo I tak perkenalkan lagi ahli baru geng kitorang menggantikan Ira. Nama dia ‘Izah, single but not available. Tinggi sama macam Ira, sewel boleh tahan. Dia macam ada masalah sikit dengan orang yang minum collagen untuk putih. Kata dia kecantikan tak asli. Lepas tu yang Hanis Zalikha jual Toujours tu dia sebut Tonjos. Sesuka-suki hati jer nak tukar nama produk orang.

Yang tudung coklat tu la si  'Izah. Tinggi runjau. Selenga. Lurus bendul. HR exec. Jangan memain ok? Dia ni part-time Ahli ERT office. So kalau ada kebakaran or any emergency ker, semua orang boleh carik 'Izah. CPR boleh buat tak 'Izah? Kalau pandai melambak la orang lelaki nak lemas dekat office ni. Haha.

Ira resign sebelum sukan. Dia nak jaga Mak dia yang sakit dekat Kedah. Tadek sapa boleh jaga sebab Abah dia kerja and tak boleh cuti lama-lama. Mel adik dia pulak kecik lagi. So Ira kena sacrifice berhenti kerja and jaga Mama dia. Untuk Ira, kitorang doakan supaya Ira bahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga Mama Ira lekas sembuh and semoga semua urusan hidup Ira dipermudahkan oleh Allah. Simpan kenangan kiter dekat office dari Ira kerja tahun 2010 – 2015 ni erat-erat. Jangan lost contact ok? Nanti jumpa Kaksu untuk ambik tart nenas. Jadik order kan? Hahahahaha.

Game I yang pertama untuk malam ni ialah Badminton. Main beregu dengan Kakak office ni. 1 group ada 5 orang. Single lelaki, double lelaki and double perempuan. Kitorang dapat masuk semi-final. Masa semi-final tu, single lelaki dah menang. Cais! Kena main la macam ni. I dah doa, biarlah kalah sebab taknak masuk final. Sebab kalau final, kena main Sabtu malam pulak. Sabtu malam tu I masuk karaoke. Memang aim nak kalah jer. (Padahal dah nervous). Well, seperti yang dijangka, badminton kalah dengan gembira. 2 2 set kalah. Hahahaha. Tapi kalah melawan la. Time I main tu dalam pukul 10.30pm dah. Dyba dengan Sarah jer yang tengok, Intan dengan ‘Izah dah balik bilik sebab ngantok. Boleh?

Time ni kitorang tengah sokong single lelaki main. Dyba ajar sorak macam ni kalau kalah. 'It's ok, it's alright, come on HQ fight fight fight!' Tu kalau kalah. Kalau menang pulak, 'Takbir!' Lepas tu jawab, 'Allah-huakbar!' Islamic sikit sorak kalau menang sebab Dyba dulu kan Sekolah Agama. Kitorang lagi suka kalau kalah sebab sorak dia lama sikit. Hahahaha.

Gambar pulak Dyba tadek ambik. Dia ambik video jer, I tak sampai hati nak share sebab gaya pukul bola tu macam pukul ayam untuk buat ayam penyet jer. Hahahaha. So kitorang dapat tempat 3 berkongsi dengan Kilang mana entah. I pon tak sure. Dapat hadiah Iron, ada dalam kereta lagi. Tahun ni beregu perempuan memang kuat-kuat la. Kata Abang Man sebab orang kilang memang main tetiap petang. Dorang latihan konsisten. Yang I ni, tak main 2 tahun, lepas tu training 2 kali jer. Memang kalah la. Tapi takper, sebab kalah melawan. I ingat lepas ni kena la konsisten sikit turun latihan. Lepas raya ni, seminggu sekali I nak main badminton. Dah cakap dengan Sazli. Dia pon sokong. Asyik je suruh I join dia jogging.


Gambar ni I screenshot jer dari video. Tu yang blur macam ni. Ni set kedua ni tak silap I. Ha yer la. Yang kalah tu. Haahahahaha.


Ni nama pukulan ni ialah 'pukulan jurus ketuk ayam'. Sekian dimaklumkan.

Takper. Kiter tunggu lepas raya la eh? Tengok macam mana plan konon nak turun seminggu sekali tu menjadik kenyataan ke tak. HAHAHAHAHAHA. Esok I share gambar masa perbarisan dengan game netball pulak eh? Jangan risau. Semua acara kitorang tapau kalah dengan bergaya. Bab sukan, HQ tapau bersih semua kalah. Tapi acara karaoke, HQ menang hadiah dari tempat pertama sampai tempat keempat. Ha, nampak tak kat situ macam mana? Acara sukan kalah, acara joget nyanyi kitorang memang. HAHAHA. Walaupon acara Karaoke bukan termasuk dalam acara sukan tapi at least menang jugak kan? Haaaaaaa.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...