Assalamualaikum…
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada
semuaaaaaa pembaca blog Chooyaya Secret Garden ni daripada I dan seisi keluarga.
Malam ni Trawikh jangan lupa haaaa. Ramadhan definitely is a favorite month for
Sazli. Dia memang tunggu-tunggu Ramadhan every year sebab dia suka trawikh.
Semoga Ramadhan tahun ni memberi seribu keinsafan dan barakah kepada anda dan
seisi keluarga anda, dimana sahaja anda berada. Gitu. Ucapan bulan puasa pon
nak nampak sipi-sipi macam Pembaca Berita. Yerla, itu kan cita-cita yang tak
kesampaian. Tidak sesekali dilupakan. Hahaha.
Harini I nak sambung cerita Day 2 untuk Hari Sukan
kitorang yang berlangsung di ILKAP pada 12-14 Jun bebaru ni. So masa Sabtu tu,
semua dah janji nak masuk Perbarisan. Kena bangun awal sebab lepas breakfast
semua dah berkumpul dekat padang. Semua Head ada dekat stage dengan yang tak
berapa nak head pon tetiba jadik penonton. I, Dyba, Intan, Izzy, Sarah and the
rest dah standby untuk perbarisan. Jangan kawan ‘Izah sebab dia cengkelat. Kata
dia, dia kena pegang dulang. So takyah beratur. Untunglaaaaaaaaaaaa. Padahal
pegang dulang 4 saat je. Mana la keadilan dalam dunia ni. Nasib baik la harini
cuaca elok je. Tak hujan, tak panas. Kalau panas, memang I fengsan dah. Sebab
badan kan tak berapa sihat sangat?
Perbarisan tahun ni enjoy la. Sebab banyak kilang
buat tarian, silat and zumba. I dah cakap dekat Boss I, HQ buat la kelainan.
Bolehla menang perbarisan. Dah la acara sukan harapan sangat nak menang. Sekali
kilang mana entah siap buat joget lagu Sakitnya Tuh Disini. Hahahaha. Kelakar
Pakcik Makcik joget dangdut. Tapi syok and fun sangat! Yang kelakarnya, tukang
buat persembahan menari ala kadar. Ni ha yang dekat belakang siap gelek sampai ke tanah.
Hahahahahha. Penonton yang lagi havoc seh! Jaga ko Oghang Kilang. Tahun depan
kalau bebudak HQ taknak buat group performance, Dyba cakap dia sorang boleh
buat persembahan solo. Dyba kata nak buat joget lagu Hindustan, tapi I nak suggest
dia buat sarkis. Confirm menang!
Tahun ni pon ucapan Dato’ tak sampai sejam (macam
biasa). Dalam 30 minutes jer. Tu pon dia kata sebab tak prepare text. I asyik
jeling Intan tunjuk jam. Intan cakap tunjuk la dekat Dato’. Hahahaha. Lepas
perasmian kan dorang cek perbarisan? Bebudak ni bagi idea bangang. Nanti kalau
Dato’, Boss I and the rest datang, kiter buat menari macam Panca Sitara yang
tara kuca tara kuca tu. Ingatkan memain, skali Dyba buat betul-betul. Dah
takkan dia sorang je joget, kitorang join sekaki la. Dah la lagu masuk je. Apa
lagi? Disccccooooooooooooooo!! Hahahaha. Dah, jom layan gambar yang ambik guna
camera henpon Sarah. Beria bawak monopod masuk tengah padang.
Amboi yang paling belakang tu posing kemain.
Rambut Sarah macam Rosmah Mansur. You win la bb!
Dari kiri : Kak Ros, Kakak Kilang, Kak Ina, Kak Ani, Atikah, Syira and Intan. Depan tu Izy and Siti Nurhaliza version debab.
Sambung berangan. Dyba kemain siap flying kiss.
Ini jer la kontinjen kitorang. Orang lelaki duduk belakang. Pempuan depan.
Tengok yang depan tu. Kemain muka stim. Dia lupa la tu dekat rumah ada anak sorang.
Tu la 'Izah, sebok nak pegang dulang. Dah tak boleh join kitorang berangan.
Team HQ kalah perbarisan ni. Harap maklum.
Kitorang la yang paling bising sekali. Duduk paling depan. Paling bising. Paling tak duduk diam. Paling tak terkawal.
Perbarisan tahun ni best sebab tak panas. Tak la
siksa sangat nak berdiri tengah padang. Lagipon bebudak sewel ni ada dengan I
so tak la boring. Time nyanyi lagu Semai Bakti Felda kemain semua semangat
nyanyi. Siap ada suara high pitch la, suara back up la. Berangan macam penyanyi
koir sekali dengan nak poyo dengan orang Plantation dekat sebelah kitorang ni.
Konon macamkan dorang tak pandai nyanyi lagi Semai Bakti. Padahal semua orang
dah hafal kot? Hahahahaha. Paling best masa nak perasmian tu, ada Zorrro naik
kuda keliling padang 3 pusingan. Zorro tua la tapi. Dia pakai mask, tapi mask
dia dah melurut kebawah sampai nak tutup mata. Lepas tu dia pandang jalan guna
lubang hidung. HAHAHAHAHA.
Gigih kitorang naik kuda ni sorang-sorang. Gambar Dyba je yang tergamak nak letak. Yang lain debab buruk serta Bibik sangat-sangat. BTW, Kuda ni busuk dan berbau kuda.
Ni masa petang Jumaat memula sampai tu, sebelum makan durian. Saja letak gambar ni sebab gambar 'Izah tadek time perbarisan. Dia kan gadis pemegang dulang? Mengelaaaaattttttttttttttt!!
-eNd-
No comments:
Post a Comment