Monday, June 29, 2015

Lontong Goreng Sedap Nak Mampos dekat Fikcles!

Assalamualaikum..

Hari semalam I bukak puasa dekat Fikcles. I, Sazli dengan Shein jer bertiga. Sebab nak pergi ialah kerana Sazli bagitau I, last 2 weeks dia makan Lontong Goreng dekat Fikcles, sedap giler! Sambil explen dok geleng-geleng kepala. Dah kalau macam tu, memang sungguh la sedap. I tanya dia, rasa macam mana. kata Sazli, susah nak cakap rasa macam mana tapi sedap la. ‘Dalam dia ada apa?’, Susah nak cakap jugak. Dah kalau semua susah nak jawab macam mana? Hahaha. Sazli memang jenis tak reti nak explen.

Dia bukan tau apa ada dalam makanan tu, janji sedap. Haritu I buat kicap campur bawang and cili potong, kata dia sedap sangat. ‘You suruh orang yang meniaga dekat kedai makan tu, belajar dengan you macam mana nak buat kicap cili sedap macam ni’. Dia tak tau padahal I guna Kicap Kipas Udang Merah + Bawang Besar + Lada Kecik + Limau Nipis jer. Hahahaha. Mana ada apa resepi rahsia ke apa. Sebab biasa kan kat kedai-kedai Mamak, cili potong dia dengan kicap cair je. Memang la tak sedap.

Fikcles ada buat Ramadhan buffet tau? RM30.00 je sekepala. Menu utama dia is Mix Grill. Ada beef, ada lamb shoulder grilled. Makan dengan coleslaw dengan grilled potato. Lepas tu menu sampingan ada variety of bruschetta, ada mee goreng, kuih muih traditional, cakes, keropok ikan, papadom, bottomless fruit juice and many more. Tapi I tak sempat la nak ambik gambar sebab bizi melayan Shein yang macam-macam hal tu. Nanti I mintak Huda gambar and later I share ok? RM30.00 nett is worth it ok? Makan la ko dekat situ sampai terbelahak. Tempat solat disediakan. Untuk mengelakkan dari tak dapat meja, korang boleh la book dulu.

Semalam only Sazli yang makan buffet tu sebab I memang target nak makan Lontong Goreng je. Air mestilah Pina Colada. Tadek tempat lain yang sedap Pina Colada macam dekat Fikcles. Masa sampai Lontong Goreng tu, belum waktu berbuka. Aroma dah masuk dalam hidung. Bapak la sedap. Terbau-bau udang kering dengan bawang goreng. Bila berbuka jer, I minum air seteguk terus zaaaaappp suap.. Masa first bite, rasa macam bergenang air mata sebab SEDAP GILER! Lontong Goreng ni sebenarnya masakan Johor. Nasik Impit masak dengan rendang ayam yang hancur tu. Ada rasa pedas, rasa udang kering, bawang goreng, sedap giler! Perfect sangat rasa dia. Makan dengan papadom dengan telur goreng. Perrrghhhh!!


Lontong Goreng dekat Fikcles. Tengok gambar pon dah tau sedap. Now dah la baru pukul 10.00am. Huwaaaaaaa



Gambar Lontong Goreng dari atas.


Rupa memang ala kadar je. Tapi rasa dia? 'Kau jangan panggil aku Farok Si Gagak hitam kalau Lontong ni tak sedap!' Tetiba nama jadik Farok. Hahaha. 'Hai, saya Farok. Anak orang kaya'. Hahahahahhahah. Intan bodoh!


Nyummmmssssss


I makan slow-slow jer sebab nak rasa nikmat makan. Bila makan slow, Shein pulak sebok nak makan sama. Tapi sedapnya HOI! Sebelum ni I tak pernah terfikir nak makan pon Lontong Goreng ni. Huda pulak kalau letak caption cuma kata ‘Breakfast Like a King’. Mana la aku tau sedap. Lagipon Huda tak pernah pon rekemen I suruh makan Lontong Goreng ni. Kata dia, mana nak tau I ada lidah Johor. Eh, helloooooo Bapak nama Sulatin ok? Sah-sah la Ongjawa. Kampung belah ayah dekat Serom 8, Muar sana tu. Mak pulak dekat Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap. Memang la tekak orang Johor. So sapa orang Johor lekas hi-5!

I highly recommend korang yang belum pernah try Lontong Goreng dekat Fikcles untuk try. Memang sedap! I membebel-bebel marah dekat Huda, ‘Huda, sampai hati ko tak cakap Lontong Goreng ni sedap. Kalau Saz tak cakap dekat aku memang aku sampai sekarang taktau menda ni sedap’. Rupa Lontong Goreng ni memang ala kadar je, tapi rasa dia memang membunuh giler. Lepas makan, rasa macam siang terbayang malam merindu. Korang jangan lupa ok try Lontong Goreng ni? Kalau I cakap sedap tu, maknanya memang sedap. Jangan nak melawan. Now pon Fikcles ada join Food Panda. Sapa yang area TTDI untungla, order je guna Food Panda nanti boleh delivery sampai dekat rumah.

Selamat berlontong goreng!

-eNd-

4 comments:

Hani said...

Ye ke suuuu?
akak pernah makan lontong goreng kat pasar taman tun aminah. arwah ayah akak orang sana. sedapnya suuuuuuuuuuuuuuuuuuu

ok nak pegi pringles la lepas ni

rosliza said...

Hi kak su.. Kite yg makan depan kak su semalam..

illy ariffin said...

siap la lontong ni.. memang bakal ku terjah.. kak su la ni punya pasal hahahaha

ir said...

I dh try lontong nih..syeeedapppp