Friday, June 19, 2015

Makan Sedap Sebelum Puasa

Assalamualaikum..

Apa la citer Si Huda, dapat tak dia bagi I Durian Crepe harini. Semalam masa I open jer order untuk Durian Crepe Huda dekat blog, sekelip mata dapat 31 pax. Hahaha. Sian memasing menggigil meroyan Durian Crepe sekian lama. Dekat setahun jugak kot Huda dah tak buat DC? Dia kan sebok dengan Fikcles. I pulak tekak mengada. Taknak dah Durian Crepe orang lain. Nak Huda punya jugak-jugak. Ishk. Lambat lagi pulak tu nak berbuka harini. Harini kalau dapat DC, 4 ketul tu aku nak makan sorang-sorang WAHAHAHAHAHAHHA.

I agak Sazli dah taknak makan kot manis-manis, sebab dia sangatlah determine dengan diet program dia. Tetiap petang jogging selamba dapat 5-6km. Perrrrghhhh. Perut pon dah leper skek dah I tengok. So ada la rupa dia macam memula kawen dulu. Kalau tak, dah macam Shein je, debab shebab. Anyway, Happy 6th Anniversary Papa! Dah 6 tahun kiter kawen. Anak baru sorang. Bila nak tambah lagi? Jawapan : Tahun depan InsyaAllah. (Bagus, aku tanya aku jawab).

Dah, jom la pepagi ni kiter share gambar waffle ice-cream. Korang kan dah besar, takkan la menda macam ni pon nak terliur kan? (Padahal I pon telan ailio). Actually makan waffle ni tak plan. Rabu tu, Intan ajak makan sedap. Kata dia nak makan Pizza. Intan ni memang favorite dia pizza. Apa lagi Dyba bangkang, terkeluar suara jantan. ‘Dyba taknak makan pizzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!’ Haha. Lepas tu kata Intan, kalau taknak Pizza Hut, kiter makan Mc D la. Serentak kitorang jeling dia sampai nak terkeluar bijik mata. Intan tu kalau makan Pizza Hut dengan Mc D hari-hari pon dia ok jer. Selepas perbincangan, kitorang setuju nak makan dekat Aseana KLCC. I nak makan pisang! Pisang dia sedap. Makan degan gula Melaka and kelapa. Makanan ongtue sangat.


I punya. Waffle dengan double scoop ice-cream. I ambik vanilla and strawberry with buah pisang. Sedaaaaappppp!! Makan pulak panas-panas. Nanges la ko sekarang.


Ni Izah punya. Dia amek strawberry dengan yam ice-cream. Pastu makan dengan buah kiwi. Pon sedap!

So, kitorang pergi berlima. Dyba, I, Intan, Sarah and ‘Izah. ‘Izah tu sekejap nak pergi, sekejap taknak. Sebok dengan lunch ERT dia tu. Kata Dyba, kalau dia tak ikut dia keluar group. Hahaha. Dyba sekarang dah pandai eksyen ok? Lepas tu Dyba and Intan berebut nak duduk dekat depan. Dorang memang macam tu. Nak duduk depan kena guna system giliran. Kata Intan, dia tak boleh duduk belakang nanti muntah. Dyba pulak taknak mengalah. Last-last dedua duduk belakang. ‘Izah yang duduk depan, adil. ‘Izah pon sekarang dah pandai berebut dengan Dyba nak duduk depan. Sarah jugak yang cool. Dia tu mana kisah. Suruh duduk bonet pon ok jer kot?

Sampai KLCC tengok Aseana Full House! Dari dalam membawak ke luar penuh giler. Yang ada pon kerusi 4 orang. Kitorang nak besempit-sempit, Aseana tak bagi. Kedekut betul. So goodbye Aseana. Kitorang pon melangkah pergi tanpa arah tujuan. Intan ajak pergi Ben’s. Tapi Ben’s pon long queue. Dah kenapa semua gelabah harini? Yerla, esok puasa kan? So today kira last kopek la nak makan sedap. Jalan punya jalan, Food Court jer yang ada tempat kosong. Dari jauh, Intan nampak dia dah lari-lari cop tempat. Gaya macam orang tengah main rebut kerusi. Hahahahaha. So, makan jer la apa yang ada dekat sini. Food Court KLCC pon banyak jugak makan sedap.




Budak lapar dua orang ni


Takyah nak serius sangat muka tu. Tunjal kang.


Amboi


Sorry Intan, muka kena kerat

End up, I dengan ‘Izah makan Waffle + double scoop ice-cream (balance haha), Sarah makan steak, gambar tak sempat ambik dia dah makan. Lapau sangat gayanya. Intan dengan Dyba makan nasik dengan lala yang dalam alumunium foiled masak nyonya tu. Sedap giler! Burpppp Alhamdulillah…. Balik tu singgah pulak beli Garret Popcorn. Lepas tu baru la balik. Al-hamdulillah tercapai hasrat nak makan sedap dekat KLCC WALAUPON makan dekat Food Court jer. Nanti lagi sebulan la baru boleh keluar makan dekat KLCC time siang. If nak keluar makan harini pon takper jugak. Tapi kalau kena tangkap bawak naik van mayat, padan la dengan muka wengko.

Selamat Berpuasa!

-eNd-

No comments: