Thursday, June 4, 2015

Shein, School and Uniform

Assalamualaikum..

Shein sekarang kalau pergi sekolah OMG eksyen ok? Sampai je pintu, letak selipar dia atas rak, terus pegang tangan Miss Marlina and masuk kelas. Siap babai and senyum dekat I. Walaupon ada la rasa bengang skek sebab Shein eksyen, tapi deep down I rasa senang hati. Sebab I tau Shein happy at school and I know cikgu-cikgu Shein really take care of him. I know Shein selamat dekat sana. Bapak, Mak and Sazli also feel the same. Takper la bayar fee’s mahal sikit asalkan kitorang ada peace of mind. I memang trust pada Building Blocks International untuk jaga Shein and didik Shein so far. I suka tempat ni sangat-sangat!

Haritu ada la sekali Shein punya bontot melecet, principle dia WhatsApp cakap, ‘We can’t afford if this thing happen again and we will improve and alert more with Shein’. Keep on texting for apologize. Sampai I cakap, its ok and I trust them. Shein pon kalau nak balik, mesti hug and kiss cikgu-cikgu and principle dia. And they hug and kiss Shein too. I know that they are sincere. I can see that. Dekat sana makan pon bagus. No snacks at all. Minum fresh milk, air kosong pon minum banyak, and they only serve organic foods to the kids. Bangunan tu bersih all over the place. Dari toilet, ke kitchen, ke classroom. Semua bersih and paling penting wangi. Air freshener sentiasa terpasang and sejukkk je. So comfy!

Budak-budak dekat sini pon bijak and very polite. Dorang tau how to carry themselves very much walaupon baya-baya Shein. Dorang diajar untuk berdisiplin and be polite dekat orang-orang lagi tua. Things that I rasa sekolah lama Shein takde. Budak-budak dekat sini pon I tengok lain didikan dia. Tak huru-hara. Maybe that’s how cikgu-cikgu brought them here kan? Dorang macam ada their own class  attitude, I nak explen pon tak reti tapi I happy bila Shein is surrounded with this kind of kids sebab toddler baya-baya Shein ni mudah terpengaruh. Nak compare dekat sekolah lama Shein tak fair la sebab dekat sana is daycare, sini ‘sekolah’.

If korang duduk area Ampang and tengah cari sekolah untuk anak-anak, I suggest korang datang sini and take a look. Sini pon ada 3 day trial. Dorang tak charge. I bet korang akan suka dekat sini. Lagipon budak-budak tak ramai sangat. So we know that anak kiter takkan terabai dekat sini. Brainy Bunch haritu I check, 30 budak and 4 cikgu. Perghh ramai kot nak kena jaga at one time and I nampak yang Ampang punya, tak bersih la tempat dia. Bersepah. Selipar dekat depan tu berterabur, masuk-masuk dalam berpasir lantai. Lalat banyak. Fee’s dekat sini pon dalam RM700++ kot untuk playschool. Bukan murah ok?

Sazli pon dah berangan, kata dia. Dia nak Shein sekolah yang macam sekolah ni sampai la dia besar. Kawan-kawan dia pon baik-baik. Fasih cakap English dari kecik as dekat sekolah Shein, dorang memang guna English as a first language. Sampai ke pembantu also cakap English. Sebab cikgu taekwando pon Mat Salih dekat sini and bebudak pon ada yang Caucasian and Chinese. Balik sekolah, ikut Abah Maghrib Jemaah dekat surau and 2 days/week belajar mengaji quran. Weekdays boleh pergi belajar tae Kwando or pergi football academy. Berangaaaaaannnnnnnnnnnnnn hahaha. But InsyaAllah itu la plan kitorang untuk Shein and adik-adik dia nanti. Amin….

One thing yang I rasa tak best dekat sini is only dorang tadek baju seragam. Dari budak-budak kecik sampai yang besar-besar yang belajar O Level dorang pakai baju ikut suka je every day. Ikut style British, no uniform. I suka la kalau Shein pergi sekolah yang pakai uniform. So since last week, I dah belikan Shein baju yang nampak macam dia sekolah sikit. Seluar track (sweatpants) warna biru tua and kelabu, lepas tu polo shirt kosong warna putih, biru and belang-belang biru tua. Semua I beli dekat H&M.

I dah ada beli 9 helai seluar and 10 helai polo shirt untuk Shein. Seluar 2 warna, baju 3 warna. So I akan pakaikan Shein only baju-baju tu if dia pergi sekolah. Principle dia pon cakap boleh if I nak pakaikan Shein macam tu and now bila I nampak dia pakai macam tu I am soooooooooooo happy! Baju spare also I bekalkan pada Shein, incase dia tumpahkan makanan/minuman dekat sekolah. Nanti if I sempat, I akan share gambar Shein dah siap pakai baju nak pergi sekolah ok? Cuma now, dia pakai selipar jer pergi sekolah. Failed! I dah tengok dah 1 kasut dekat H&M ni, nanti esok I beli. So next Monday boleh start pakai kasut pulak J


Sweatpants ni harga dia RM25 sehelai. But buy 3 for 2 pieces price so 3 helai RM50.00 sahaja. Baaaagusssss. Fabric cotton, lembut sangat kain dia. Memang selesa habes. Sejuk tau kain ni? Ada size sampai 3 tahun je. Shein pakai size paling besar and just nice je. Omel debab bila pakai. I suka peluk Shein bila dia pakai seluar ni. Nampak geram. 


Polo shirt ni pulak harga dekat H&M only RM25.00 je sehelai. I belikan yang kosong macam ni kaler biru. Yang belang-belang kecik biru tua, and kaler kelabu macam ada lambang sauh tu. Nampak comel and macam orang besar je bila Shein pakai macam ni. Dia kan baru 30 months? So bila pakai macam ni nampak Abang-abang habes.

Yang ni kaler kelabu. Sama jenis kain. Kaler je lain.

Polo Shirt kelabu yang ada lambat sauh ni also comel.
Kasut ni pulak harga dia also RM25.00, comel kan? I beli semua ni dekat Avenue K punya H&M.


Sheindong - Abang Kawasan Ampang

So begitulah kisahnyaaa. Nak citer pasal Shein punya uniform sekolah yang I memandai-mandai tu jer pooonnn. Haha. If anak korang punya sekolah konsep dia macam Shein punya sekolah – no uniform, korang boleh ikut macam I ni. Nanti dia punya feel nak hantar pergi sekolah lain tau? Rasa syok jer. Lagipon korang takyah dah susah-susah nak fikir bagi pakai baju apa hari-hari sebab dah ada baju khas untuk pergi sekolah! Lepas tu beg untuk letak pampers, baju spare, botol susu dengan tumbler pon I dah belikan ‘beg sekolah’ yang boleh tarik tu. Tak besar sangat. Shein pon suka sandang. Comel sangat bila dia pakai complete macam tu. Macam budak darjah 1 dah. OMG Sebak. Tak boleh nak taip dah. I know. I am emos liddat!

-eNd-

2 comments:

Cahaya said...

SHEIN IS A LUCKY BOY...some parents cant afford to send their child to this kind of place..kalo ada uweet,..saya pun nk anta ank2 ke skolah cenggini kak su..tp saya hanya mampu berangan jelah...yuran kat sekolah shein lebih mahal dari gaji sebulan saya ..seronok bila baca cerita shein behave, ada disiplin..well makpak mana yang taknak tengok anak-anak membesar dengan sihat dan cerdik, berilmu dan berakhlak..semoga shein menjadi anak yang baik..hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah menghantarkannya sebagai anak kepada Suraya Sulatin dan Sazli.dan apabila dewasa, dia akan berbakti kepada masyarakat dan berbuat baik kepada orang-orang di sekelilingnya...

Chooyaya! said...

Cahaya : Allahuakbar cahaya... amin, semoga Allah angkat doa awak supaya Shein jadi anak yang berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat. aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...