Wednesday, June 10, 2015

Tutti Frutti, Shein and Puting

Assalamualaikum..

Korang ingat satu masa duluuuu, Tutti Frutti memang IN giler. Kekdahnya sapa tak pernah makan Tutti Frutti dia tak cool. Lepas tu semua la dok masukkan dalam IG. Termasuklah haku. Wakakakak. Kata Sarah, kalau amek topping jangan amek buah berat-berat macam strawberry and pisang sebab nanti jadik mahal. Letak la marshmallows je. Punya kedeks. Tapi dalam tersentut-sentut amek fro-yo takot berat dan mahal, kena jugak paling tidak RM16-Rm18 sekali makan. Kan? I pulak selalu rasa orang lain punya lagi sedap and cantik. Beria lawan sapa punya lagi cantik, padahal masuk mulut jadik taik jugak. Hahahha

Selepas almost bertahun kot tak makan Tutti Frutti ni, last week Sarah ajak I makan. Dia ambik Death By Chocolate + Melon. Letak strawberry, cornflakes dengan dry fruit kot? Kena RM18.00 . Dapat air sebab beli more than RM15.00, bagus. Masa makan tu, I rasa macam alahai sedapnya frozen yogurt ni. Dah lama tak makan kan? And combination Chocolate + Melon tu memang kena sangat-sangat. Tapi makan share, mana nak puas. So masa Ahad, I beli lagi sekali. Well tamak, biasa la. Ambik sama macam haritu, tapi I upgrade letak chocolate syrup dengan strawberry syrup. Lepas tu dried fruit tu letak extra. Konon nak lagi sedap la. Sekali amek ko manis piang, maybe sebab syrup and dried fruit. Terus kecewa. Tu la, konon tambah bahan jadik tambah sedap, sekali hampeh!



Sebab tu ada pepatah cakap, ‘Less is More’. Kan? So korang kalau ada ternampak Tutti Frutti memana, boleh la try combination I ni ok? Takyah beria letak topping. Dua flavor ni dah cukup sedap. Petang ni nak repeat la. Lagipon dekat Ampang Jaya ada Tutti Frutti. Sederet dengan Menate Steak House. I Love Ampang! Ikutkan petang ni ada training netball lagi, tapi sebab semalam pukul habes bersukan dari 5.30pm – 10.30pm, I dah tadek energy. Dah la esok ada lagi Fire Drill. Nak kena turun dari Tingkat 15 lagi, malasnyaaaaaaaaaaaaaaa. I ada satu masalah kalau turun tangga sakit kaki. Biasa orang naik tangga kan? Itu keistimewaan I. Hari Ahad ni maknanya kena la pergi massage lagi. Yes!!
Nah, I belanja korang video Shein basuh basikal dia. Masa ni dia tengok Baba lap kereta, terus dia sorong basikal and siram. Package siram diri sendiri sekali. Hahahaha. Shein dia memang suka giler naik basikal. Rumah kitorang kan sempit? Ada sekali dia naik basikal dalam rumah, sudahnya dia terbalikkan basikal sebab baru nak kayuh dah pintu, baru nak kayu ada sofa pulak. So kitorang amek basikal, sorok dalam guest punya toilet. Hahaha. Ada sekali tu, dia tolak-tolak pintu toilet tu. I dah berdebar-debar dah nak mengadap satu lagi drama kalau dia tak puas kayuh dalam rumah. Naseb la pintu toilet tu ketat. Dia tak dapat tolak. Pheeewww!! 


Rajin nampak Incik?


Ni plak koleksi puting-puting yang digigit Shein. Ada lah dalam 10 puting semuanya. Ada yang baru pakai sekali je. Hebat sangat Shein!

Ada yang suggest suruh I beli putting Pureen, sebab sama dengan Avent, tapi Shein pakai yang Natural. Bukan Classic, so tak masuk la kalau nak tukar putting Pureen tu. Untuk minggu ni, I manage to elak almost 50% kejadian puting bocor. I duduk sebelah and bila dah nampak dia mengonggong puting tu, I lekas-lekas tarik. Sebab time tu dia bukan nak susu dah. Dia syok nak gigit putting Susu tu. Itu pon ada readers yang suggest. Thank you korang! Ada yang suggest suruh guna fast flow, so I dah beli yang puting bintang (+) so lubang dia besar. Bukan nak pon Si Shein. Maknanya dia menggigit puting tu sebab saja je la hobi dia untuk mengisi masa lapang. E! Shein, Nak Uweeeetttt!!!

-eNd-

3 comments:

!EFIL said...

Bagus shein lepas ni blh bukak kedai 'bicycle wash' satu :)

yatiyahya said...

shein mcm ko kobes.... :p

Haris Zuhaina said...

As Sakalm Sue
Gerham pulak tgk Incik Shein basuh gerek tu
Sisa hat dia ketit putit tu dia lauh ka, dia telan?