Assalamualaikum...
Happy birthday Dyba! Yang ke 27 kan Dyba? 27 tahun Dyba baya-baya anak buah sulong I je. Umur 27 tahun dah ada anak sorang. I masa umur 27 tahun tak sebok nak kawen pon lagi. Pakkal la Arwah ayah meninggal, kalau tak memang I taknak kawen. Sekarang dah menyesal sebab dah tetua bangka tetiba kena fikir nak mengandung lagi. Huwaaaaaa... Dyba and Sarah both kawen muda. Untung sangat sebab before 30 dah ada anak. Nanti dengan anak nampak sebaya je. Macam Sarah lagi la best, dapat anak kembar. Before 30 anak dah ada dua. Macam I memang tak sempat dah nak ada 3 anak ni. Paling tidak pon 2 orang je sebab faktor usia. (Cerita macam sekarang umur dah 40 tahun) Lol. Tapi takpe, I ada geng. INTAAAAAANNN!! Ikut perkiraan, by next year Intan dah kena prengnant. So tahun ni memang dia kena kawen. Orang suruh kawen sebok nak sambung belajar. I suruh dia berenti belajar, pastu dia pukul-pukul bahu I cakap I je yang tak support dia. Hahahaha.
Panjang pulak sembang pasal anak. Gini la emak-emak kalau berborak mesti masuk topik pasal anak punya. Anyway, macam biasa bila one of us punya birthday, kiter akan buat collection sorang seratus lepas tu belikan hadiah. Bulan ni ada 2 birthday untuk Jun punya gaji. Dyba 27/6, Kaklong 9/7. Grrrr dah la nak raya ni ada 2 orang pulak birthday. Hahahah. This month punya gaji kena allocate untuk Izzy. Lepas tu September punya gaji untuk birthday I on 12/10 lepas tu gaji bulan 10 untuk Intan punya birthday. Dia argue kenapa dia punya dapat last? Hahahahha ngek! Memang la sebab bagi hadiah ikut birthday. Lepas tu kata Intan, dia nak amek bulan 8 la sebab bulan 8 kosong takde birthday sesapa. Dyba keluar la suara jantan. 'Mana boleeeehhhh!!!' Hahahaha. So Intan sabar eh? Tak lama dah pon bulan 10 kan? 3 bulan je lagi.
Sian Dyba sebab birthday dia jatuh bulan puasa so no makan-makan for her. Nak amek gambar macam biasa pon tak boleh sebab tak cukup korum. Masa Jumaat tu I dengan Dyba je ada sebab Intan study week so amek cuti 2 minggu. Sarah, Izzy, Izzah pulak pergi stock take dekat kilang. Kaklong pulak dekat Balai Felda so takde orang. I tau Dyba sedih tapi nak buat macam mana kan? Orang takde. Nanti lepas raya wajib kite celebrate makan-makan kat mana-mana tempat yang Dyba nak. Pakai baju sama kaler, Dyba yang pilih kaler. Bukan Intan eh? Dia tu setiap kali birthday orang dia yang sebok pilih kaler dengan nak makan kat mana. Kalau makan tak habes-habes Pizza. Hahaha. Haritu masa bincang-bincang Dyba dah muncung je sebab kata dia dah jauh sangat dengan birthday dia. Takpe Dyba, nanti Kaksu beli kek ok? Kite makan sama-sama. Takyah nak merajuk sangat la. Anak dah besar tu dekat rumah.
So, semalam I dengan Sarah teman Dyba pergi KLCC sebab nak belikan dia jam hasil duit collection tu. Kata dia nak jam jenama Bering. Berapa yang cukup la duit. Alalala sedih je. Harga dekat Bering ni boleh tahan jugak walaupon bukak kiosk je tepi tangga Level 1 KLCC tu tapi harga kemain. Kebetulan Sarah pon nak beli perfume so to the KLCC we go! Kitorang bertiga je sebab Intan cuti, Kaklong dekat Balai Felda, Izzah bizi selamatkan dunia and Izzy pulak lupa nak ajak. Hahahhaha. Boleh je lupa nak ajak Izzy. Pastu masukkan gambar dalam IG pon tak tag nama dia. Macam dia tak bagi sumbangan je. Hahaha. Sorry Izzy! Tu la sapa suruh asyik outstation je? Dah Kaksu lupa kewujudan Izzy. Naseb Izzy tak merajuk. Dah jom tengok gambar kronologi pembelian Jam Tangan Bering si Dyba ni.
Masa dekat sini, Sales Girl sebok melayan customer Chinese dia. Lepas tu tak layan pon kitorang. Dia cakap, tengok la dulu sendiri T___T. Lepas tu bila kitorang nak try, dia ambik and letak je atas meja. Takde pon cakap harga berapa ke apa. Eksyen sungguh! Tebangang-bangang la kitorang dekat sini. Dia tau tak Bapak Sarah Pesuruhjaya Sumpah daerah Banting? Hahaha. Lepas Sarah cakap Mandarin tanya dia harga jam ni baru la dia punya jaw drop and layan kitorang. Ko tengok perangai dia? Geram je.
Dyba minat yang leather kaler merah and bentuk jam dia bulat macam ni. Ada dua size, besar and kecik. Harga dia sama je. Tapi ada yang mahal and ada yang murah. Kalau frame jam tu seramik harga dia RM726.00 tapi kalau tadek frame seramik cuma RM360.00 macam tu. I hasut beli yang frame seramik sebab nampak lagi elegant. Dyba ambik yang kecik sebab mengikut size dan berat badan dia yang 42kg tu je. Sesuai la. Kalau beli yang besar macam pinjam jam Boss I pulak. Haha.
Cantik kan? Korang kalau nak beli jam boleh beli dekat sini. Macam-macam design ada. Lawa-lawa sangat. Lagi mahal lagi lawa. Lelaki ada, perempuan ada. Mechanical guarantee lifetime tak silap I. World wide. Bateri 3 tahun. Yang Dyba nak ni harga dia RM726.00 tapi ada less RM100 so jadik RM626 je. Dapat pulak free Leather Card Holder.
Masa Sales Girl tadi hulur pada Dyba, nampak sangat muka dia happy. Tak pernah I nampak riak muka yang macam tu dekat Dyba. Kata dia, kalau I belikan dia Gucci Handbag lagi la dia happy. Melampau Dyba ni. Hahahaha.
Close up jam Dyba. Cantik kan? Lekas cakap cantik! Kalau tak dowan fwen!
Korang kalau nak cari jam boleh la consider Bering ni as one of the option. Design pon banyak. Lawa-lawa. Macam I if pakai jam konsep dia pakai sampai hancur. Selagi tak bacin, takyah tukar. Hahahahah.
Happy birthday Dyba! Hope you like the prezen.... Kemain kaki dia tu.
Dah siap dengan jam Dyba, Si Sarabanon nak cari perfume. Dari Gucci ke Chanel akhirnya dia nak Jadore Dior. Jadore ni perfume masa I memula datang KL tahun 2004 dulu. Bila cium bau perfume ni tingat zaman I pergi kerja naik motor dengan Kaklong. Helmet dalam dia takde span, cermin depan pon takde. Helmet Apek jual sayur. Hahaha. Tapi perfume nak Jadore je yang tak tahan tu. Hahaha.
Si Sarah try pulak lipstick. Dia kalau boleh nak beli satu kedai. Eh, korang kalau pergi Dior Parkson KLCC jangan lupa cari Siti. Dia perfume expert. Kelakar orangnya.. Nanti ada event I nak suruh dia mekap I sebab I tengok dia mekap mata dia cantik!
Ok. Kasik chance la I masuk dalam gambar sekali. Tetiba ada pisang dekat bahu. Gara-gara baju meleleh nampak bahu terus sexy. Send gambar dekat Group WhatsApp lepas tu dia cakap 'Sexy tu.. Astaghfirullah'. Kemain.
So dah selesai la tugasan dekat KLCC semalam. Perfume Sarabanon dapat, jam Birthday Girl pon dah dapat. So esok Jumaat tengahari boleh shopping barang untuk diri sendiri pulak. I ni hapah satu pon takde untuk raya. Ingat raya ni I malas nak beria sangat sebab I bukan jenis pakai baju kurung punya orang. Pergi wedding I pakai baju kaftan je sebab senang nak makan sampai buncit. Hahaha. Pergi office pulak I pakai baju kurung setahun sekali je. Baju raya dress memahal tahun lepas, I pakai sekali dua je. Lepas tu buat tukun letak dalam almari. Sekian terima kasih. Lagipon sejak ada anak ni, keperluan lebih untuk dorang je. Kite ni pakai mana yang ada je la (tapi tak janji) Hahaha.
Anyway, untuk Dyba diucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga Allah merahmati hidupmu sayang. Semoga hari-hari yang Dyba lalui biarlah dipermudahkan segalanya and happy-happy sahaja sampai bila-bila. Kaksu sayang Dyba. Sangat. Thank you Sarah, Intan, Ira, Kaklong, Izzy and new member Izzah sebab jadik a part of our beautiful friendship dekat office. All of you is my Sun. Shine bright like a diamond. (Tetiba) Hahahha.
-eNd-
5 comments:
thank You kaksu...taapi walaupun lmbt kena jugak pakai bju same kaler n take a piture.
WAJIB...kalau x, bday kaksu n kakintan tak nk buat pape...hahah
cc: INTAN
happy besday dyba..
p.s : mcm tak berseri je..intan takde..
hahahaahaa
comey la korang ni.
kelaka.
besday akk ngn kak su kena gabung meletop ke.. aaaeee tak nak.. kena buat hari lain..
besday dyba kita pakai warna putin n mint green. ok x? pastu makan pizza mahal... emmmm bestnya...
che kam... x berseri2 eh.. sabar2 minggu depan intan ada balik..
ekceli rindu kat kak su dyba banon izy n izzah.. huhu.. thanks to followers kak su yg mana masih rindu dgn intan. akhir kata jgn lupa untuk dptkan single terbaru intan brtajuk harum mewangi..bkn mewangi akem tu..
intanloveu
SEBAB kena pkai mint green /putih?? sebab akk nk pkai skirt kembang mint green n top putih kan??? dyba xde skirt mint green :(
bila kite nk mkn sedap? kenapa mesti PIZZA??? AGAIN!!!
bday akk la br kite mkn pizza. bday dyba, kite mkn nasi ayam kunyit je.. haha
goodluck paper hrni.. cant wait to see u on MOnday!!muahciked!!!
Post a Comment