Thursday, July 2, 2015

Makan Kaki Jer La

Assalamualaikum…

Masuk puasa yang ke-16 ni, I dah macam tak berapa nak selera dah makan time berbuka. Walaupon sekarang baru pukul 9.30am untuk bercakap pasal berbuka. tapi takper. Semangat nak berbuka tu kena ada. Haha. Sahur haritu dapat la 2 hari kot makan nasik, lepas tu tak lalu dah. Semalam masa makan nasik dengan lauk pajeri terung (lauk favorite berkuah) dengan telur mata + kicap, I dah makan bersulam air sebab nak tolak nasik masuk dalam mulut. Tu yang bloated buncit tu sebab keyang air. Memang dah tak lalu. Yang lalu nak makan cuma Satay Madura jer sekarang ni dengan Lontong Goreng Fikcles. Sambal segala mala dah taknaaaaaaaaakkkkkkk.

Kot Fikcles tu dekat Ampang senang citer, ni dekat TTDI sana. Kalo tak iye-iye memang susah I nak jejak kaki area TTDI, PJ, Subang, Damansara semua tu. For today, I also dah taktau tingin nak makan apa. Memang tadek satu menda pon terlintas dalam kepala. So tadek rasa excited la sebab tadek menda yang ditunggu-tunggu nak makan. Scroll-scroll gambar dalam henpon, sekali nampak Nasik Ayam Goreng Kunyit ni. Boleh la..


Nasi Ayam Goreng Kunyit? Boleh laaaa...

So now ada dua option. Carik dekat mana-mana bazaar or masak sendiri. Obviously kena masak sendiri la sebab mana nak carik dekat Ampang kan? Tapi nak masak sendiri merajin pulak aku? Haha. Bazaar yang I biasa pergi dekat Ampang Jaya tu bapaklah kecik. Pusing keliling 5 minute dah habes. Nak masak pulak tak rajin. So acane? Nak berbuka apa harini? Last-last karang buat je Ikan Bilis Masak Kicap. Settle. Takpon kunyah je kaki kalau dah susah sangat.

Yang Kecewa Sebab Dah Taktau Nak Makan Apa,
Mama Shein

-eNd-

3 comments:

Nurul Safwanah Binti Mohd Razali - said...

baru haritu buka makn nasi ayam kunyit mat rock ni.. perghhh pejam2 mata makan sebab sedappp n pedasss.

NaZa Luv said...

Su sayam..baru puasa ke 15 kot??
sabaq naaa..eheheheh

Mimy Hamid said...

gi taman kosas le beb...meriah ko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...