Monday, July 27, 2015

Kisah Raya Kedua 2015 - Part I

Assalamualaikum..

Ok, ni I nak sambung kisah Raya Ke-2, tapi I bahagi kepada 3 entry la. Sebab ada entry pagi, tengahari dengan petang. Naseb malam tadek orang datang dah. Kalau tak ada 4 entry. Hahahaha mampos. Kang kalo I letak 1 entry jerk kang nanti entry panjang sampai ke lantai. Korang tu bukan boleh caya, I punyala draft berjela, tulis berkajang-kajang sampai 18 jam menaip, korang kang baca 2 menet dah siap. Scroll scroll scroll tadek gambar makanan lepas tu close. Nyampah jer. I pulak raya kalini satu hapah pon tadek amek gambar makanan. Luper nak mampos. Fokus sebok kepada nak ambik gambar orang, gambar Shein and paling best ambik gambar sendiri. Yerla, baru habes puasa muka runcing lagi. Sekarang dah dulang dah. Hoyeah!

So, raya Ke-2 tu pepagi I sapu sampah dekat luar rumah tapi separuh je sampai pokok rambutan. Tak sempat nak sapu keliling rumah sebab kata Kak Tini, ‘Su, Kak Tini dah besiap ni. Nanti lepas siap, Kak Tini gerak la pergi rumah Su’. Time tu pukul 9.00am, ko ghaser? Tak lipas kudung pulak I sapu sampah? Zup zapp zup zapp dah siap. Si Shein pulak sebok nak ‘menolong’, memang kena petir la dengan I. Hahaha. Siap sapu sampah, I naik atas rumah iron baju, mandikan Shein lepastu siapkan dia. Lepas tuuuuuuuuuuuu Kak Tini meses cakap, ‘Su, change plan. Kak Tini pergi beraya rumah kawan Fendi dulu’. Memang menyirap tau dia ni? Tau tadi mandi lambat sikit. Ni dah kena mandi awal. Haha.

Elok siap je, dalam pukul 12.30pm Kak Tini sampai. Aik, awal pulak? Kata Kak Tini dorang datang rumah I dulu baru rumah kawan Fendi. Tadi masa meses pukul 9.00am gaya macam dah nak gerak sangat. Sabar jer la. Hahahaha. Kitorang pon lepak makan kuih raya. Time tu, ada tetamu lain jugak dekat rumah. Mak kan YB kat Jengka? Sebab tu orang tak putus-putus datang. Ais pon beli seguni-seguni terus. Sini Jengka panas giler kot? Tadek ais batu, memang tak hidup. Borak-borak pasal kisah kenangan lama, sekali Mak siap masak. Dia suruh ajak Kak Tini and family makan. Mak masak  ayam masak kicap dengan sambal udang campur kacang panjang. Lawan dengan nasik panas and air gas sarsi. Terbaik la Mak! I up gaji you. Hehe. Tenkiu Mak, sesusah je masakkan tadi.


Ni la Kak Tini. Padahal dulu kawan dengan Fendi, tapi kiter lagi close dengan Kak Tini. Heeeee. Suka dengar pengalaman Kak Tini masa dia duduk dekat Jepun.


Arissa, Aiman and Zara 3 orang anak Kak Tini. Tu Fendi sebelah Sazli. Sama kerja dengan I masa dekat ALPS Jengka dulu.


Amboi. Haha.

Mak kata segan dengan Kak Tini sebab I cakap Kak Tini masak sedap! I selalu stalk IG dia. Dia masak semua macam Mak-mak. Dia goreng ayam pon nampak sedap. And anak-anak Kak Tini semua kaki sayur. Sup Sayur wajib ada dalam menu hari-hari. Kak Tini tu, each time I cakap nak datang rumah dia, dia dekat Rawang mesti dia change topic. Geram jer. Tapi kali ni sebab dia dah makan dekat rumah I (Walaupon dekat kampong and Mak yang masak) so dia dah tak boleh lari. I nak jugak datang rumah dia. Hehe. Lagipon Arissa and Zara macam seronok je main kejar-kejar dengan Shein. (Alasan)

Anyway, thank you Kak Tini and Fendi sebab sudi datang rumah beraya tahun ni. Dorang duduk Rawang tapi Mak Ayah Fendi duduk Jengka 17, so sebab tu la dorang datang beraya dekat rumah I. I tanya Kak Tini, ‘Kak Tini, ada tak kekawan Kak Tini yang baca blog Su?’ Kata Kak Tini, ‘Tak payah la. Malas nak rebut-rebut Su’. Hahahahahahhaha,. Ngek la dia ni! So Kak Tini, jangan nak lari dah eh? Nanti Su dengan Sazli and Shein serang rumah Kak Tini dekat Rawang. No more excuses! Su nak makan semua yang ada dalam IG Kak Tini. Kbye!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...