Assalamualaikum…
Masa Selasa haritu Sazli ajak kuar jalan-jalan.
Kata dia tingin nak pergi Pavilion. Dah lama tak pergi. Nanti kang peghok
sangat. Hahaha. Tau pon… I dah cakap kat dia. Kalau jalan-jalan pergi Ampang
Point I taknak. Baik cakap awal. Sazli tu dia memang tau? Dia mana suka mall
besar-besar macam Pavilion, KLCC semua ni. Habes-habes nanti Ampang Point, GE
Mall. GE Mall tu takper lagi, kalau Ampang Point? Mati la muntah ko kat situ.
Hahahaha. Kata Sazli kiter makan-makan, bawak Shein jalan. If mood dia ok,
kiter tengok wayang. I rasa dahi dia, ok je. Tak demam ke apa. Hahahaha. Sebab
Sazli ni sikit dah ikut perangai Bapak. No window shopping ke apa. Nak beli
apa, masuk Kedai lepas tu balik. Dah. Dapat bini kaki jalan pulak. Acane? I
kalau pergi mall tadek apapa pon ok jerrrrr. Janji jalan. HAHAHAHA.
Kata Sazli, kiter pergi je lepas Zohor. Shein tak
tido takper. Kiter bawak stroller besar (Quinny Moodd). Nanti dia boleh tido
dalam stroller jer. Bawak la bekal segala mala baju susu blanket tok nenet.
Shein masa pagi dah berak, I lega la sikit. Leceh la now kalau dia berak dekat
Mall, nanti nak memakaikan dia pampers, perrrghhh menguji sangat. Kekadang I
kena lempang dengan Shein. Dia tau nak main jer 24 hours. Gewam Mama. So,
kitorang punya plan menjadik. Kuar umah dalam pukul 2.00pm, sampai tu window
shopping dulu. Sazli nak beli kasut kerja and jeans kata dia. Survey survey
dulu. WALAUPON perut lapar nak mampos tapi kena redha sekejap. Kena bagi Shein
tido untuk dapat menikmati makanan dengan aman. Kalau budak tu tak tido kang
nanti dia punya perangai memang hatetek. Shein ni ikut suka dia je. Time mood
ok, dia ok. Time angin puting beliung sampai memang tension tahap nak tanam
kepala dalam tanah.
By 3.00pm Shein tido nyenyak giler. Tido sendiri
je. Tau-tau je gone. Bagus. Tak tunggu lama terus I dengan Sazli pecut ke TgiF.
I dengan Sazli tak bincang nak makan kat mana. Tapi Sazli kata, dia tingin nak
makan burger. I pon cakap tingin Tennessee shrimp. Sehati sejiwa nampak? Haha.
Papa nak uweeeet!! TgiF pon lengang je. Orang tak ramai lagi. Dah la pasang
lagu kuat, naseb Shein tak jaga. Sampai-sampai terus order. Takyah beria nak
belek menu sebab dah tau nak makan apa dah. Makanan sampai after 30 minutes.
Boleh tahan lambat, tapi as long as Shein tido, all is well… I dalam hati
berdoa, ‘Jangan la Shein terjaga Ya Allah’.
Sazli pulak sekejap kang dia naikkan Shein ke atas, kejap kang dia adjust
kepala Shein, kejap kang selimutkan, kejapkan tarik selimut. Kata dia takot
Shein tak selesa. Lepas tu nak angkat baringkan kat kerusi. Jangan carik pasal.
Kecik besar kecik besar I pandang Sazli pasal dia asyik baiki-baiki Shein tido.
Kot dia jaga kang, memang I skali nanges guling dekat lantai. Naseb la. Haha.
Sazli makan ni. Nama dia Cowboy Triple Meat Burger. Harga dia RM41.85
Kata Sazli sedap lagi burger dekat Toran.
I makan Tennessee Chicken and Shrimp. Harga dia RM47.70
Memang nak makan yang ni dari rumah. Tapi lepas ni I taknak dah makan ni, nak cuba makan menu lain pulak.
Thank you Papa bawak Bubu jalan-jalan.
Tu nampak kaki Shein je terjulur dari stroller dia. Nyenyak Shein tido
Sampai habes makan pon, Shein tido lagi. Tu nampak punya selesa sampai tangan dedua naik atas. Kemain. Hahahaha.
Lama Shein tido. Dekat pukul 6.00pm kot baru la dia bangun. Selesa betul dalam Moodd ni. Dulu rasa menyesal beli, tapi dalam situasi macam ni best pulak. Shein ni rangka besar. Bagak. Memang sesuai la guna stroller bulky macam ni. Sesuai dengan size dia.
Memandangkan Shein mood ok walaupon selepas bangun
tido, Sazli kata ok kalau nak tengok movie. Tadi patut boleh je nak beli ticket
dari awal, tapi takot Shein tadek mood. Rugi la beli tiket. So kitorang beli
masa nak tengok tu je. Seat paling belakang dah full. Dapat row 4 dari
belakang. Ok la. Tengok cerita Minions. I ambik 3 seat walaupon Shein takyah
beli tiket kat dia pon takper sebab below 3, tapi larat ko nak pangku 16 kilo?
Kitorang amek 3 seat paling tepi. Senang nak keluar kalau ada apapa. Sazli beli
air, nugget, chicken ball dengan jajan. Boleh bagi Shein makan. I sebenarnya
saspen giler. Takot Shein mengamok ke apa sebab ni first time bawak Shein
tengok wayang. Skali masa bawak masuk je cinema, dia diam je. Seronok tengok tv
screen besar agaknya.
Iklan je 30 minutes kot? Naseb Shein ok. Diam je dia tengok screen. Alhamdulillah...
Dia punya selesa macam lepak tengok tv dekat rumah. Tu kaki tu, parking merata jer.
Best la jugak cerita Minions ni. Nanti boleh la bawak Shein tengok wayang lagi. Untung la ko Shein, umur 2 tahun setengah dah tengok wayang. Mama dulu first time tengok wayang umur 23 tahun. Sian giler.
Lepas habes tengok wayang, kitorang pon balik.
Al-hamdulillah semua ok. If Shein ok, semua pun ok InsyaAllah. Sazli pon now
macam dah makin cool handle Shein. Kata dia, Shein kawan baik dia. Dia pon
taknak dah marah-marah Shein sebab dia dah insaf semenjak tak tinggal trawikh
ni. Haha. Omel sangat Papa. Thank you Papa bawak Bubu and Shein jalan-jalan.
Nanti kiter repeat ok? Papa belanja makan, belanja movie, lepas tu I belanja
parking. YES! I am soooooooooooooo happy! Papa, Nak Uweeeeett!!
-eNd-
2 comments:
Masih belum berkesempatan nak bwk bebudak pi tgk minion tu huhu
Btw Selamat Hari Raya buat sis suraya sekeluarga :)
Khalid Kyle : Selamat hari raya!
Post a Comment