Tuesday, July 28, 2015

Kisah Raya Kedua 2015 - Part II

Assalamualaikum..

Sambung kisah Raya Ke-2 session tengahari. Entry yang dinanti-nantikan oleh kekawan sekolah yang dediam jadik silent reader blog ni. Hahaha. Kantoi dah... Gambar tak banyak la yang ada. Apa yang sempat snap je dari henpon I and ada a few dari Dewi punya camera. Tu pun I sorang je yang meroyan asyik ajak ambik gambar. Yang lain buat bodo jer. Sebok nak borak. Sebok nak borak tu dorang la. I sebok nak makan, lepas tu baru sebok nak amek gambar. Hahahaha. Actually bukan la reunion beria sangat macam budak batch lain siap ada banner ke apa, tapi more to jumpa lepak makan. Wani and Dodit pulak baik hati sudi jadik host, ajak kitorang pergi rumah dia and dia ada masak untuk bagi kitorang makan. Bagus. Tenkiu Wani and Dodit. Pasangan legend dari group SMJX98 yang bercinta dari sekolah menengah ni. Drama terjun sungai paras buku lali semua ada. Now anak dah nak masuk 3. Syabas Dodit and Wani.

Dorang plan ni dalam group WhatsApp. Dalam group kemain sembang nak kencang jer. Bila tiba hari kejadian, takde sampai 30 orang pon yang join. Ada pulak budak lelaki kata segan la apa la. Boleh? Menyirap pulak I. Dah la some of them almost 17 tahun tak jumpa. Cani nak buat reunion? Pui! Masa pagi tu kemain remind masing-masing jangan lupa datang la apa la. Nyampah. Tapi yang ada ni pon dah cukup meriah. I jer tak dapat nak lepak lama sebab Rish and Fruz nak datang rumah petang tu. I pergi dengan Edi and Zura, lepas tu lepak makan sekejap, amek gambar sikit and balik. The rest sambung makan.

Ada jugak kekawan yang I tak sempat jumpa sebab dah balik, tapi gambar dorang ada. Actually untuk meeting yang ni, yang sama kelas I is Edi, Normarlina dengan Awin je. Edi kerja sama tempat dengan I and Awin nurse dekat Hosp Ampang. Yang lain semua budak kelas lain. Budak kelas I nape entah macam tak sebok-sebok nak jumpa, tu yang I sebok ngendeng budak kelas lain. Haha. Ala janji batch sama kan? Jap lagi I share gambar dorang. Semua muka dah emak-emak bapak-bapak je. Ni semua kekawan sekolah I ni. Yang sama-sama nakal ponteng kelas, jalan kaki dari sekolah ke simpang luar almost 4km sebab nak balik umah awal, yang mandi air terjun sama-sama. Fikir balik, boleh tahan nakal I dulu. Tapi I dulu tadek boipren masa sekolah. Tu yang muka wanted je sebab dorang cakap I kaki ‘kebas’ Bf orang. Hari-hari ada je yang panggil dekat toilet sebab nak tanya naper kacau boipren dorang. Haha. Bongok.



Duduk dari kanan ke kiri. Baju yellow mustard tu Rahidah, Salbiah, Suziyana, Wani, Siti Nurhaliza, Nurbaizura, Awin, Nor Atikah and Afiszah. Berdiri dekat belakang is Normarlina, Siti Balkish and Ratna Dewi (Ayah dia polis misai tebal nama Tok Kamal). 


Zura, Maksu (Suziyana) and Afiszah. Yang belakang photo bomb tu anak Dewi. Memasing anak mininum 2 orang. Lepas tu dorang dah ada anak bujang yang sama tinggi. Untunglaaaaa. Umur macam ni dah settle down sebab anak memasing dah pandai bawak diri. I je yang still sebok-sebok gigih nak kejar anak. Haha.


Ni la Awin. Mazuin Khalid nama dia. Kawan sekolah. Now nurse dekat Hosp Ampang. Anak dia sebaya Shein la. Ada geng anak kecik. Awin, diucapkan Selamat Hari Raya. Anak bila nak tambah? Heeeeee.


Yang nyorok blakang I tu nama dia Nor Atikah. Dia jiran depan rumah I (Walaupon jiran tapi selamba 16 tahun tak jumpa). I panggil dia Dik No. Tu panggilan kitorang dekat area rumah I. Dorang pulak panggil I Dikcik. Sebab dulu kecik so jadik la Dikcik. Now macam nama tu tak berapa nak sesuai dah. Haha. Suzi, Maksu, Wani, Apis semua ni hot stuff kot dulu dekat sekolah? BF dorang la yang I kacau tu. Wargggh hahahahahha. Awin je budak baik. Dia patut datang dengan Hasmalina tapi last minute Mas tak boleh nak join.


Sapa tak kenal Ratna Dewi? Anak Polis Jengka Satu nama Tok Kamal. Abah Dewi misai tebal, semua orang takot. Polis kot? Dewi anak dah ada 3 orang. Semua dah besar-besar. Kaki penyapu macam I jugak. Suka kemas rumah. Dewi dulu pernah bawak motor, jatuh sampai kaki berdarah. Lepas tu takot Abah dia tau so dia pakai stokin dalam rumah. Boleh tahan bijak. Hahah. Kalau korang ingat kisah I naik motor tercicir tu kan? (Baca dekat sini), ni la Dewi yang tukang bawak I. Sampai hati dia tinggal I macam tu jer tercicir dekat belakang. Haha.


Ni nama dia Sazali Yusoff. Pendiam dari dulu sampai sekarang. I segan dengan orang pendiam ni. Tak tau nak borak apa. Hehe.


Dodit (baju kuning) ni la suami Wani. Sebelah tu Ijal or Razalie Jaafar. Tetiba sekarang dia jadik abang ipar Mazlie Musa. Dulu masa sekolah satu geng. Selalu la Mazlie kirim salam dekat Jun (Adik Ijai) tetiba sekarang jadik adik ipar. Dah jodoh kan?


Dodit tersesat pulak ambik gambar dengan ge-gurls.


Alamak, sapa yang cap merah ni? I agak ni Shahrul Wak Ang, senior setahun. Betul tak? Pastu Dik No kemain landing manja dekat Sazali eh? Hahahaha. Yang baju biru lelaki tu Amit. Amiruddin nama dia. Duduk sama Jengka dengan I.


Duduk dari kanan : Hasnol Hisyam, Edi, Awin, Wani, Siti Nurhaliza and Biah
Berdiri dari kanan : Sazali, Dodit, Amit, Zura, Rahidah, Dik No, Balkish, Apis, Maksu, Dewi and Normalina.

I mewakili Tuan Rumah memandai-mandai mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang harini. Hehe. InsyaAllah ada rezeki tahun depan kiter jumpa lagi. Thank you kepada Group WhatsApp sebab mengumpulkan kembali kitorang pada Hari Raya Kedua. Mesti lagi best kalau lagi ramai yang join. Lepas ni Admin SMJX98 kena la kerja keras kumpul ramai-ramai lagi bebudak. Mana budak kelas Sains Sosial? Sorang pon tadek muka. Didi mana Didi? Pok De yang duduk Jengka 10 tu pon patut datang sekali. Memasing mengada tetiba jadik malu. Geram je. Seronok dapat berkumpul walaupon sekejap. InsyaAllah ada rezeki, kiter jumpa lagi. Akhir kata, ‘nak uweeeeett!’

-eNd-

4 comments:

Afidah Azmi said...

meriahnya...best sgt

Chooyaya! said...

afidah azmi : ha a, meriah sangat. selamat hari raya awak!

NurFatihah Che Daud said...

Wah...best kan kalau dapat jumpa kawan2 lama...mesti byk yg dh berubah..selamat hari raya...

NurFatihah Che Daud said...

Bestnye dapat jumpa kawan2 lama kan...selamat hari raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...