Wednesday, July 29, 2015

Tutorial Fatin Fashiha Signature Shawl

Assalamualaikum

Kengkiu kepada readers yang ada beli shawl dengan anak buah I. Ada yang borong sampai 7 helai terus eh? Kemain korang nak lawan tokey. Naseb I beli 9 helai (lepas tu dapat free 2 helai. Tengkiu Atin) so I la menang dalam kes ni. Hahahaha. Sekarang hari-hari pakai shawl baru. Bebudak kat office ni pon dah terpengaruh beli tapi konsep beli tak menguntungkan I sebab dorang beli shawl ni dengan syarat I kena belikan inner neck yang macam I pakai ni. Boleh? Melampau memasing sekarang perangai. Hahaha. Kata Atin, first batch almost 60 pcs sold out. Seminggu dapat jual 60 helai, sebulan 240 helai baik benti kerja je la jadik auditor, duduk rumah, goyang tetep jual tudung je dah. Hahahahah.

Ada yang mintak Atin buat tutorial macam mana nak pakai shawl ni. So dia pun baik hati buatkan tutorial. I nak cakap pada Atin, sapa yang request buat tutorial tu suruh beli paling kurang 5 helai. Kalau beli sehelai jer, tunjal kepala. Hahahaha. Actually ada banyak cara. Ikut suka korang la nak pakai macam mana. Tapi kalau yang macam Atin pakai ni nampak stylo hoi! Pakai pulak aviator memang jalan pakai lubang hidung la sebab poyo. Tapi konsep merendah diri dah takde. Tak ok jugak tu,. Haha bongok. Dah jom tengok macam mana Atin menggayakan her own signature shawl ni. 



1. Pakai anak tudung. Tak perlu yang inner neck. Anak tudung biasa je pun boleh. Letak shawl sebelah panjang sebelah pendek mcm biaso. 
2. Kelepet tudung macam nak pakai tudung bawal tu. Kelepet belah kanan (ikut tangan kanan korang belah mana) miahaha
3. Kelepet tudung kat no 2 tadi pinkan ke sebelah kiri. Pinkan kat anak tudung. (Belah dalam tudung)
4. Boleh adjust kat bahagian dada ikut keselesaan
5. Amik sebelah panjang tadi untuk dililit kebelakang. Pastikan bahagian yang bertanda A tu ditarik kebelakang.



6. Bahagian yang bertanda A (previous post) ditarik untuk dililit kebelakang. Yang kat dada tu dikeluarkan kedepan. 
7. Lilit saja keatas kepala. Kalau tarik tegang lagi kemas la. 
8. Pinkan belah kiri tangan korang untuk safety and tak jatuh
9. Kemaskan bahagian dada kalau nk tutup dada boleh tarik labuhkan. Adjust ikut keselesaan
10. Siap dan boleh buat muka poyooo

So ni color yang available. Haaa di pilihhh. Ada 15 color ni muntah mak ko hijo nak pilih sebab kalau grab satu, rasa kaler lain pun nak pasal semua pun arghhhh lawaa sangat! Measurement 1.5m x 0.7m, Heavy chiffon terletak je kat bahu walau ditiup angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu.. Hihi


Hitam and grey pon dah ada memandangkan permintaan tinggi. Gittew

I pakai macam ni. Poyo jugak nampak. Haha. Inner neck tu I beli dekat Wangsa Walk kot kalau tak silap. Ada ramai pulak yang tanya. Orang promote shawl, di tanya pulak inner neck. Korang ni memang. Grrrrr.


Sesapa yang berminat nak order untuk next batch, boleh WhatsApp Atin (019-7521817). Yang ready stock pon ada, tapi kena check dengan Atin la kaler apa yang available. Usually kalau beli banyak, Atin bagi discount. Repeat customer pon dia bagi discount jugak. Dia ni kekadang bagi discount, I yang naik seram. Sebab mana la untungnya yang dia dapat. Tapi dah dia seronok, takper la. Moga murah rezeki la Atin nanti. Untuk next batch, Atin buat ukuran lagi panjang 1.8m panjang x 0.7m lebar. Material heavy chiffon. So korang boleh la lilit tudung tu dekat kepala sampai tercekik. Hahaha. For any updates, korang check out dekat dia punya Instagram ok?

-eNd-

4 comments:

!EFIL said...

Mohon kak su buat tutorial pakai tudung mcm kak su pakai kaler merah ni.. Pelisss

Chooyaya! said...

!EFIL : Senang je. pakai sebelah singkat sebelah panjang. amek yang panjang kebelakang and bawak ke depan. simple jer. pakai inner neck.

Salina Johari said...

simple dan menarik ni...

NurFatihah Che Daud said...

Senang je pakai...tp bila dukung anak jadi senget benget...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...