Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya! Sekarang ni tiap kali entry je mesti ucap Selamat
Hari Raya. Selagi tak habes sebulan selagi tu ucap. Hahaha. I tengok bebudak
dekat office ni muka memasing lemau je. Lepas tu saiko asyik la nak timbang. Tu
la… Haritu kecoh kemain bangga turun 3 kilo time puasa. Ni masuk Syawal Ke-7
dah mencanak naik balik. Makan la lagi banyak-banyak (termasuklah aku) Wargggh
hahahaha. Ah lantak lah. Raya setahun sekali. Makan jer la. Sebok nak diet time
ni kenapa? Nanti habes raya, diet la balik. Itu pon azam I untuk tahun ni. Ada
open house, tergerak nak makan apa, makan ajer. Takyah ngengada nak diet ke
apa. Cuma kena makan dengan bijak. I nak kasik petua kat korang ni. Balik ni,
beli lemon. Tiap-tiap hari sebelum nak tido, perah sebijik lemon and campur
dengan air and minum. Nanti dia akan flush segala lemak-lemak yang korang makan
and fat tak sempat la nak absorb masuk dalam badan. So InsyaAllah tak gemuk.
Sebelum tido ok?
Tapi kata boss I, actually kalau nak bagus minum juice lemon tu dari
sebijik lemon macam tu je. Jangan campur dengan apapa. Masam dia tahap
nginggggggggggggggggg. Pepagi bangun tido terus minum. I tanya dia, tak sakit
perut ke? Kata dia tu la magiknya. Memula dia ingat sakit perut sebab masam.
Tapi bagusnya lemon ni, if dia masuk perut dia akan turn acid to alkaline. InsyaAllah
tak sakit perut. Dia dah amalkan 6 bulan. Without failed. Patut la I tengok
boss I menten je badan tak naik-naik. Sebab dia jenis makan banyak nak mampos
kot? Tak kisah la mana-mana pon. Janji sehari sebijik lemon. Kaklong I pon dah
lama start minum lemon ni. I je la hangat-hangat taik kucing. Memula berkobar.
Lepas tu lemon kecut je dalam peti ais. Tapi demi untuk nak makan banyak raya
tahun ni, I kena la bersungguh-sungguh skek. Hummpp!!
Ko tengok, intro je dah dua baris. Padahal nak citer kisah Raya
Pertama I untuk tahun ni. Alhamdulillah semua smooth. Takde accident or injury.
Semua ok. Macam biasa seperti raya-raya sebelum ni, Raya Pertama pagi kitorang
ada dekat Ampang lagi. Tengahari baru balik Jengka. So Raya Pertama dapat beraya
both side. Family sana happy, family sini pon happy. Naseb baik la Ampang-Jengka
less than 3 hours so tak lama sangat atas jalan. Dekat KL ni tak la busy macam
dekat kampong. Masak dekat rumah Tok je. Lepas tu apa makanan dari rumah Tok,
bawak balik rumah Mak. Pagi raya makan tu je. Nanti lepas solat sunat raya,
semua gerak pergi rumah Tok balik. Macam tu lah routine tetiap tahun.
Pagi raya tu Mak, Bapak and Sazli pergi solat sunat hari raya dekat
Masjid Kampung Melayu. I pulak berkuntau dengan Shein dekat rumah. Dia mengada
buat hal taknak mandi, puas I lari kejar dia. Kejap nak turun tangga, kejap
kang nak naik tangga. By the time dah siapkan Shein, dorang pon sampai rumah.
Lepas tu kiter semua bermaafan and amek gambar family. Time bermafaan ni I rasa
macam ada seketul bola tenis dalam tekak tersekat. Tapi control la air mata sebab kiter
athlete tak macho la kalau nanges. Hehe. Time ni syok sebab Mak dengan Bapak
bagi duit raya. Sazli pon bagi jugak. Boleh dapat handbag Longchamp dua. Heeeee
tapi sekarang dah habes dah SEMUA duit tu. Taktau pi mana. Hahahaha. Masa nak
tangkap gambar memang la dramatic. Tau la Sheindong Kedondong tu, mana nak bagi
kerjasama. Dia ingat kiter ni dalam hidup cuma nak kejar dia je. Takyah buat
kerja lain. Pffft.
Gambar dengan family Sazli. Kiter berlima je la tetiap tahun. Konsep dia, I pandang you, you pandang I. Hahaha. Tapi syok sebab rumah tak sepah. Meriah sebab ada Si Shein. Dia memang bagi suasana nampak happy. Dalam pada basah ketiak nak handle dia, tapi itu yang buat seronok. Beraya dengan anak :)
Mak, Bapak and Pwincess Siti Nurhalijah.
Mak besungguh nak amek gambar bertiga dengan Shein and Bapak. Tapi this is the only best shot yang dapat. Haha. Mana nak duduk diam Si Shein ni!
Dah siap sessi amek gambar, kitorang terus gerak ke rumah Tok.
Kitorang packing skali bawak barang-barang untuk berkampung dekat Pahang pulak.
Dari rumah Tok, terus balik Jengka. Kat umah Tok ada family Cik and Paknyang.
Tahun ni ramai adik-beradik Mak turn mertua. Tahun depan meriah la semula.
Dekat rumah Tok ada kuah kacang, gulai daging, rendang ayam, lodeh, ketupat
nasik and ketupat palas. Gambar makanan tadek. Memang tahun ni sekeping pon
gambar makanan I tadek ambik. Luperrrrrr.
Hahaha. Huru hara memasing. Tok tu puas nak memujuk ajak amik gambar. Susah! Sama la macam Shein. Haha.
Budak ni pon satu. Sebok la nak menyapu jer. I nak tangkap dia pon susah untuk ambik gambar proper. Tapi syiok la peluk Shein time pakai baju melayu. Hug-able. Dah la dia wangi bau nestum. Time ni la. Time dah petang bau telur!
Si Shein tak puas hati penyapu kena rampas. Haha.
This suppose to be family portrait Shein.
Yes! Dapat pun tangkap dia!
Dalam pukul 12.30pm kitorang gerak balik ke Jengka. Usually jalan tak
jem. Tapi this time jem teruk sebab ada lori accident dekat area Tol Gombak (Ke
MRR2 entah). Time raya-raya ni la sebok nak accident. Hesh! I masa dalam kereta dah gone dah dengan Shein. Masa kat umah Tok
panas, masuk kereta aircond. Perut kenyang, so apa lagi. Tido la… Time I bukak
mata laaaa baru kat Gombak ke? Ingatkan dah sampai Jengka. Sebab biasa macam
tu. Pejam mata dekat KL, bukak mata dekat Jengka dah. HAHAHAHAHA. Shein pon
sama jaga time I jaga. Kitorang teman Sazli drive sambil layan karaoke lagu
raya Feminim. Masa dekat hiway tadek jem apa dah. Kereta banyak jugak. Seronok!
Rasa sangat suasana hari raya tu.
Time ni dalam kereta. Sazli singgah Petronas dekat Jengka sebab nak wee-wee.
Sampai dekat rumah, tengok mamasing bergelimpangan macam singa laut
terdampar ditepian pantai. Semua dah pakai t-shirt. Panas kot Jengka ni? Tadi
masa dalam kereta Amsyar call I tanya bila nak sampai sebab dia nak tukar baju.
I dah pesan, selagi Makcik tak sampai, jangan tukar baju. Haha. Duduk dalam
setengah jam, I pon tarzan. ‘Tukar baju
semuaaaaaaaaaaaaaaa. Nak ambik gambar’. Semua kena tukar baju termasuklah
Big Boss (Mak/GF). Tiada pengecualian. Nampak macam ada segelintir pihak yang
protes. Hahaha. Tapi mission berjaya. Raya setahun sekali kan? Time ni la nak
amek gambar sama-sama. Dah la tahun ni konsep beli sepapan kain, pakai seisi
keluarga. Gittewwww.
Tiada dalam gambar ialah Abang Long, (dia kena kerja) and Family Along anak buah I. Pon sama kena kerja. Esoknya (Raya Kedua) baru dorang balik Jengka. Kepada Kakyang, mintak maaf Makcik masukkan gambar ni. Kakyang nampak gemok takpe, asalkan muka Makcik nampak kurus. Hoyeah!
Dari kiri (berdiri) : Aiman, Sasha, De, Mak, Kaklong, Kaseh, Shein and Sazli
Bawah : Kakyang, Amsyar and Pwincess Siti Nurhalijah
Pempuan sahaja ok? Kakyang tonggek lebih nampak? Nampak tak tali I sama macam corak baju Sasha and Kaseh? Lawa kan? Semua ni tempah dekat kampung je. Makcik tu buat kemas and cantik. Upah pon tak mahal.
Gambar sekeluarga dekat Jengka pulak. Sazli tak puas hati sebab kena ambik gambar banyak-banyak kali. Dia tu kalau tak dikerah memang tadek la gambar family. Susah betul nak ajak bergambar.
Lepas ambik gambar, maka kiter semua kembali ke habitat asal. Salin
baju! Dekat Jengka ni hukum dia berlenggeng je sebab panas dia menusuk ke sanubari.
Kitorang lepak-lepak je dekat kampong. Makan and tido. Lepas tu layan
kawan-kawan Mak beraya. Kawan-kawan Mak tu ialah bebudak kecik la. Dorang lebih
pada nak collect duit raya je. Bukan nak makan or beraya sangat. Petang tu
kiter ronda keliling kampong. Best la raya kat kampong. Meriah sebab ada banyak
bebudak jalan beraya, ada kereta 5 6 bijik depan rumah lepas tu ada orang main
mercun. Shein dengan Amsyar pon seronok la main kejar-kejar, main basikal. Tu
yang Shein dekat sini wanginya sekejap je. Lepas tu ketiak berlendir. Masaaaaam
bau gam. Haha. Malam tu I beraya dekat rumah Mak Sedara I lepas tu balik umah,
layan tv and tido. It is good to have our love one around us kan? Esok pulak
sambung cerita Raya Kedua.
-eNd-
2 comments:
enjoy beb...shien dan penyapu di hari raya hhehehe..pic last paling lawa
cantik tema kaler baju raya u dear! nice sangat! kaler ape tu ekk..
Post a Comment