Friday, July 3, 2015

Resepi Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Paling Sedap!

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari pengaduan semalam yang I cakap tak lalu dah nak makan apa kan, so today I share dengan korang resepi Nasik Ayam by Mak Azizah. Ibu Martuaku punya original resepi. I memang tak suka nasi ayam fancy-fancy beria sangat ni. So bagi tekak I, inilah Nasi Ayam yang paling sedap I pernah makan. Takde rasa macam any of Nasik Ayam dekat kedai ke apa, that’s make this nasi ayam so so special. Bila makan tu terasa aura makan dekat rumah. Meresap kasih sayang masakan Ibu sampai ke dalam hati. Gitu.

Tenkiu Mak sebab masakkan Su Nasi Ayam ni. Kelmarin masa bukak puasa I mengadu pada dia, I dah tak lalu nak makan and dah taktau nak makan apa. Dia tanya ‘Su nak tak Nasi Kerabu? Nanti Mak belikan. ke Su nak makan Nasik Dagang?’ Semua I geleng. Lepas tu dia tanya, ‘Su nak Ayam Golek? Mak beli dekat Ampang Jaya. Nampak sedap’. I cakap tak mau jugak. ‘Su takmau apa pon. Kecuali Nasi Ayam Mak ja’. Lepas tu terus dia cakap, ‘Haaa betoi! Nak buat Nasi Ayam la. Lagipon Mak dah lama teringin jugak. Mak masak kat Su Nasik Ayam na?’ I pon suka laaaaaaa. Terus bodek dia cakap Nasik Ayam dia paling sedap I makan.

Dia gelak-gelak ja. Lepas tu dia kata, ‘Jangan la harap sangat Mak masak sedap. Kalau Su cakap macam ni, Mak nervous la nak masak’. Hahahaha terus dia ketaq nak masak Nasik Ayam dekat I. Lepas tu saja dok sakat dia, I cakap macam ni.’Tak sabaq esok nak makan Nasik Ayam Mak’. Dia gelak-gelak cakap, ‘Laaaa jangan la Su… Mak takot tak sedap nanti macam mana?’ Hahaha. Tapi semalam I makan, sedap jerrrrr! Sebab I baik hati, I share resepi ni dengan korang. Simple je. Senang nak buat. Lagi senang kalau tinggal makan jetak payah buat apapa. Waarghhhh hahahahaha.

Nasik Ayam Paling Sedap by Mak
Bahan-Bahan (Sup)
Ayam dipotong 8
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia (semua dihiris nipis)
Sup bunjut Adabi
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Daun sup/daun bawang
Garam/Serbuk perasa
Air

Bahan-Bahan (Nasik)
Beras
Air sup yang dibuat tadi
Garam

Bahan-Bahan (Ayam Goreng)
Ayam yang direbus dengan sup tadi
Kicap Manis
Sos Tiram

Bahan-Bahan (Sambal)
Lada besar
Cili Padi
Bawang Putih
Gula
Sos Tomato
Sos Cili

Bahan-Bahan (Kicap)
Kicap perapan ayam
Cili padi
Sedikit kuah sup
Sedikit kicap manis

Cara Membuatnya
  • Memula buat sup dulu ok?
  • Panaskan minyak kemudian tumis la bawang kecik, bawang besar, bawang merah yang dihiris nipis tu.
  • Bila dah garing masukkan ayam yang dipotong lapan tadi
  • Biar sampai air ayam tu kering. Tu la petua taknak bagi ayam rasa hanyir
  • Lepas tu baru la masukkan air, garam, sup bunjut
  • Tunggu sampai masak.
  • Keluarkan ayam tadi and toskan
  • Sup dah siap. Untuk hiasan, masukkan daun sup and daun bawang
  • Lepas tu kiter masak nasik pulak
  • Masukkan beras yang telah dibasuh dalam periuk, sukat guna air sup yang kiter masak awal tadi
  • Masukkan garam sikit
  • Masak macam biasa jer guna periuk nasik. Nothing fancy resepi ni. Ada yang suka tumis dengan bawang dulu dengan butter etc tapi ni original resepi Mak I
  • Setel nasik, kiter buat sambal pulak.
  • Tumbuk lada besar dengan cili padi sampai lumat. Kalau pemalas boleh blender, tapi kalau blender memang kurang sedap
  • Lepas tu masukkan gula and garam sikit
  • Masukkan sos cili and sos tomato. Siap!
  • Lepas tu perapkan ayam yang ditos tadi dengan kicap manis and sedikit sos tiram
  • Goreng la bila lagi 15 minute nak makan so ayam tu makan panas-panas memang membunuh sedapnya
  • Kuah kicap pulak, lagi senang mak enon. Sesambil goyang tetek pon boleh buat.
  • Tumbuk cili padi sikit. Saja nak bagi kuah kicap ni pedas. Kalau taknak pon takpe. Tadek sapa marah.
  • Lepas tu masukkan la kicap hasil perapan ayam tadi
  • Tambah lagi sikit kicap manis and kalau nak bagi cair, masukkan kuah sup sikit. Siap!
  • Ulam-ulaman Mak biasa guna salad, timun and timun jepun.

Sedapnya lahai. Simple je resepi ni. Tapi kekadang yang basic ni la yang buat sedap. Yang kelakarnya Mak, dia punya nervous, masak nasik kali pertama tu nasik dia keras. Hahahaha. Dia kalut la sebab takot dia masak tak sedap. Masak pulak kali kedua baru elok. Tengah goreng ayam, gas pulak habes! Kejap, I nak bagi pantun dua kerat.

Nak bukak puasa goreng ayam
Gas habes!! Hahahahahahahahhaha

Dia pulak kemain eksyen cakap don’t worry sebab dia biasa ada spare tong gas full lagi satu. Tapi sebenarnya tong gas lagi satu yang buat spare tu pon sebenarnya habes. Dia lupa nak replace. Maka bila azam berkumandang, Mak masih menggoreng ayam. I dah ready nak makan dah. Takde kisah pon nak tolong Mak ke apa. Hahaha. Busuk perangai kan? Mak bukak dengan air kosong je. I dengan Sazli makan dulu. Lepas dia Maghrib baru la dia makan. Sedapnyaaaaaaaa! Tenkiu Mak sebab masakkan untuk Su. Ingat semalam nak repeat time sahur, sekali Sazli sudah kasik setel semua lepas trawikh. Nanti lepas raya nak suruh Mak buat lagi la. Sebab tak puas makan.

Korang boleh cuba resepi ni ok? Simple je! Good luck. Lagi 9 jam nak berbuka. Chaiyok!


-eNd-

11 comments:

InaYusoff said...


nak baca resepi pon malasss..
hahah..

tapi teringin nak buatt..

anak suke makan..

tapi maknye malasssss

cerita cik ema said...

Ayam golek ampang jaya edo ayam golek..sedap kak su..rosmeri dgn black pepper

Rin Yorke said...

thank u for the recipe!will definitely try :-)

Sya Fiena said...

Wahhh bestt nie...bole la try nnt buat...mcm senag..sblm ni tahu melantak je...kikiki...

Madihah Imtinan said...

dh try.. mmg best n sedap 😘

Madihah Imtinan said...

Dh try..mmg best n sedap 😆

Hani Widianti said...

saya dah cuba ini resepi nasi ayam memang sedap.

laman sihat said...

feveret kami 1 family..hehe

ALICIA DANIA LEE said...

yummy sedapnya.... nak cuba la...
ada masa jemput ke blog saya...
http://beautyhealthylifestyle.blogspot.my/
Thanks

hayati abdullah said...

sedap...boleh cuba ni :-)

hyde dea said...

Wakakakka..goyang tetek sambil buat kicap..kekekke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...