Tuesday, March 27, 2018

Apeni?

Assalamualaikum..

Semalam kata GF I, otw balik Jengka dari Segamat (Dia balik kampung Arwah Teh dekat Kg. Kuala Paya, Buloh Kasap) dia singgah makan dekat Temerloh. Kata dia, dia makan Udang Galah Masak Lemak Cili Padi. Sekor Udang harga RM35.00 macam tu. I tanya Mak, sedap ke? Dia cakap ‘Sedaaaaaaap. Kan Udang Galah?’ Lantas airmataku bercucuran membasahi pipi. Tingat dulu Arwah Teh cooked very nice Udang Masak Lemak Cili Api campur dengan Kacang Panjang Gemok. Sedapnya… Lawan dengan Timun kecik yang rangup tu and if ada Sambal Belacan lagi cantek. Tak payah lauk lain dah. Sedap kan? Tu ari I ada nampak Udang Galah jual dekat Cold Storage. Nampak macam segar je semua. Tengoklah kalau ada mood, maybe I nak masak la bebila. Lagipon I beli periuk baru so I semangat sikit nak masak. Nanti ada dapur baru, macam mana lah rajinnya I masak hahaha. Dah a few weeks dah dok fikir nak masak Udang Galah sampai sekarang masih tak kesampaian padahal bukan susah pon. Tumbuk kunyit dengan cili padi je pon. Kalau nak masak yang jenis tumis tu, kena masukkan bawang merah sikit. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dengan serai yang dititik lepas tu bila dah wangi baru masukkan udang. Masak sekejap untuk matikan air lepas tu baru masukkan santan. Masukkan asam keping, garam and gula. Siap! Kalau nak masukkan daun kunyit pon boleh. Kalau sayur-sayur pulak boleh masukkan Pegaga, Kacang Panjang or Belimbing Buloh pon boleh. Kata Intan Buloh Belimbing. Dia tu memang tau? Tadi gaduh dengan Dyba pasal Kangkung. Intan la confusekan Si Dyba. Kata dia ‘Tu la daun yang buat Laksa tu’. Subhanallah orang KL ni Kangkung dengan Daun Kesum pon tak boleh beza *slapforehead.



Gambar Cilok Dari FB sapa entah. Lalu dekat feed. Menyirap je nampak Udang Masak Lemak Cili Padi ni.


Ada orang masak lemak tak letak bawang. If tak letak bawang boleh masukkan terus bahan tumbuk dalam santan takyah tumis. Kata Kaklong yang jenis tumis la lagi sedap. I ok je mana-mana janji santan kena pekat and kena pedas cukup masam semua. Kena balance garam. Kekadang warna dah cantik, tapi rasa takde. Takde rasa garam pon tak sedap. Garam pulak letak sikit-sikit. Jangan bedal letak banyak sekaligus. Nanti masin, dah susah nak adjust. Garam mesti letak last sekali especially yang masak pakai ikan bilis or bahan goreng awal macam ayam/ikan yang dah digoreng awal letak garam and kunyit. Kang nanti masin tak pasal je. Ada orang cakap, kalau tekak dah tak berasa garam tu tandanya ajal nak sampai. Takotnya. Macam tadi masa one of the CEO berucap cakap ‘Hidup kita makin hari, makin panjang didunia tapi makin dekat pada kematian’, Betul tu. Let say kita ada masa 1,500 hari lagi untuk hidup, day by day waktu hidup makin singkat and kita makin hampir kepada kematian. Takot kan? Takot fikir amalan yang masih tak cukup, dosa-dosa yang kita buat, future anak-anak macam mana. But fitrahnya hidup dalam dunia, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semua. Takde yang kekal dalam dunia ni. So, mana-mana yang bermusuh, berdendam tu elok la maafkan antara satu sama lain. Berbaiklah. Tak kalah pon kalau kita mintak maaf. Kita menang di sisi Allah… Ok? Padahal tadi cakap apa? Pasal Udang Masak Lemak CIli Padi. End up citer pasal Mati. Mak, seram.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...