Publish : 24/7/2015
Re-Publish : 20/6/2018
Untuk sesiapa yang nak buat Open House or ajak kawan-kawan makan, boleh try resepi ni. CONFIRM sedap!
Assalamualaikum…
Re-Publish : 20/6/2018
Untuk sesiapa yang nak buat Open House or ajak kawan-kawan makan, boleh try resepi ni. CONFIRM sedap!
Assalamualaikum…
Harini rasa lapar lain macam. Scroll-scroll gambar
nampak pulak Soto Ayam yang I masak masa sehari sebelum raya. Sambil telan air
liur, terus rasa macam menyesal tak makan puas-puas. Blardihel. Sedap nak
mampos! Lantak la kalau ada yang kata ‘Apa
menda perasan sendiri masa, sendiri kata sedap’. Hahahaha. Tapi serious
memang sedap kot Soto Ayam guna resepi ni? Resepi dari Kaklong I sebenarnya.
Kaklong memang terror giler kot masak. Masa haritu I tengah nak masak, asyik
call dia je. Ada la 12 kali kot sampai ada satu masa Kaklong jawab je call
terus gelak and cakap ‘Ko nak apa lagi ha
syaitonnnn?????’ Hahaha.
Yerla, memang la I gelabah sebab ni first time kot
masak sorang-sorang? Tadek sapa assist langsung. Mak kat umah Tok. Sazli, Bapak
and Shein besenang lenang je tido bawah aircond dekat hall. Nak terkeluar bijik
mata I jeling Sazli time tu. Dah la penat neh! Haha. Korang kena try. Lepas
korang try guna resepi ni, lepas tu confirm korang takkan ada hati nak makan
soto ayam lain dah. Lagi la kalau order dekat Kedai, kuah jernih jer. Walaupon
bahan sampingan dia ada cukup tapi tak kick macam yang ni. Yang ni I bagi
resepi untuk seekor ayam. Ok? I beli yang peha sampai pinggang ayam tu. I ambik
4 ketul. Lepas tu menyesal sebab patutnya ambik 5 ketul. HAHAHAHA.
Bahan-Bahan
Blender
- 1 bijik bawang besar
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang kecik
- Halia 2 inchi
- Serai 3 batang
- Buah Keras 4 bijik
- Perencah sup Adabi (size kecik)
- 1 bunjut sup ayam
- Air
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- 3 ulas bawang merah – dihiris
- ½ inchi halia – dimayang halus
- 2 batang Kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- 6 biji buah pelage
- 10 tangkai bunga cengkih
- Minyak untuk menggoreng
- Seekor rangka ayam
- Seekor ayam dipotong 6
- Setengah cawan susu cair
- 2 ketul cube ayam
- Garam
- Lada Sulah
- Bergedil
- Bawang Goreng
- Daun Sup
- Ketupat Segera
- Suhun Goreng
- Kacang Goreng
Sambal Kicap
- Lada kecik 20 bijik
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Gula
- Kicap Manis Cap Kipas Udang
Bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, serai, buah keras, perencah sup and sup bunjut (keluarkan dari kain pembungkus) and blender. Blender sampai bebetul hancur semua. Guna dalam dua cawan air untuk blender. Sambail blender, sambil buat tarian kipas untuk menghiburkan hati. Haha.
Ni bahan tumis. Bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam and buah pelaga.
Panaskan minyak dalam 6 sudu (jangan banyak sangat), lepas tu leburkan semua kedalam kuali. Guna api sederhana. Tunggu sampai la naik bau and bebawang tu bertukar warna menjadik kaler oren.
Meanwhile, rebus la ayam dengan rangka ayam tadi. Air and ayam. That's it. Air tu agak-agak la macam mana. Korang pandai kan? Jangan lupa rebus ketupat segera jugak. Rebus awal pon takper. Sebab ketupat tu kan nak masak lama + lepas masak kena sejukkan pulak. Kalo tak nanti dia lembik.
Lepas bahan-bahan hiris tadi dah naik bau, masukkan bahan yang diblender earlier sekali dengan lada sulah. Masak la sampai minyak dia naik dekat atas. Itu maksudnya rempah dah garing. Lagipon kalau rempah dah garing, nanti bau dia naik sampai menggegarkan iman. Kena selalu kacau so that tak hangit dekat bawah. Guna api sederhana. Petua nak masak sedap, api kena jaga. Kata Kaklong jangan nak cepat siap, guna api besar. Kena masak slow-slow baru rempah dia serasi and sedap. Baiklah kak.
Bila rempah tumisan tadi dah masak, transfer pulak dalam ayam rebus tadi. At this point, masukkan sekali 2 cube ayam dengan 3 tangkai daun sup yang tak dipotong. Cuci bersih-bersih akar dia and masukkan semua sekali.
Lepas tu masukkan setengah cawan susu cair. Ni yang buat kuah sup ni sedap and rasa lemak. Susu cair ni tak manis, tapi dia rasa lemak. Any brand. But susu cair je tau? Jangan korang bantai letak susu sejat or susu segar pulak. Time ni korang letak la garam. Untuk seekor ayam biasa I letak satu sudu setengah garam guna sudu kecik. Kena la rasa sendiri ikut korang punya selera.
Pastu korang keluarkan ayam tadi and sejukkan.
Dah tu korang siat-siat la macam ni. Kalo ada food processor boleh guna. Zraap zraappp dah setel. Takyah sesusah. Lepas tu, tulang dia, masukkan balik dalam sup.
Pastu goreng la bergedil. I dah ada share resepi nak buat bergedil begedik ni dekat sini.
Panaskan minyak and goreng pulak suhun. Minyak kena bebetul panas.
Bawang putih and cili padi ni I goreng dulu. Lepas tu baru tumbuk dengan gula. Ni la buat sambal kicap ni extra sedap. Dah hancur lumat semua, baru masukkan kicap. Kalau korang suka boleh perah limau nipis sikit. I suka letak limau nipis. Sazli tak suka.
Ni daun sup yang dipotong halus dengan sambal kicap. Sedapnyaaa sambal kicap ni. Buat cicah cucur bilis pon sedap.
Bawang Goreng. I suka bawang goreng buat sendiri dari yang kat kedai punya.
So dah siap semua! Dalam mangkuk masukkan la nasi impit, shredded chicken, bawang goreng, suhun goreng, bergedil, daun sup. Kalau ada kacang tanah goreng lagi sedap. Tapi masa hari kejadian I takde kacang tanah.
Letak kuah sup
And lastly, the hero of the day. Sambal kicap! Lepas letak semua. I renung je soto tu, lepas tu sebak. Biasa la over. Sebab tak sangka buat semua sorang-sorang. Masa suap menitis la air mata. Drama Wan Maimunah sangat. Hahahaha.
Bapak, Mak and Sazli pun makan dengan gembira.
Sazli kata sedap sama macam Kaklong buat. Heeeee. Papa Nak Uwet!! Mak pon
mintak resepi. Dia biasa memang macam tu. Suka betul salin resepi I. Nanti
kawan dia datang, dia suka jamu. Lepas tu dia cakap la ‘Resepi Menantu’. Heeeeee. Bapak kata dia bagi 5 star.
Hoyeaaaaah!!! Shein pun suka ok? Buncit
sampai perut dia. Nasik impit mini tu 2 ketul dia bedal dengan kuah sup ni. Esok
paginya pon I mengulang makan Soto Ayam ni lagi. I memang suka giler makan sup
ayam or soto. Family and close friend I memang tau I memang soto/bakso/sup
lover. Tapi kena ada sambal kicap la syarat dia. So, korang jangan lupa cuba resepi ni ok? Ikut
je ukuran yang I bagi tadi. InsyaAllah jadik. Good luck!
-eNd-
26 comments:
link begedil tu tak dapek ar ..
-_-'
semangat rase nak buat soto ni..
mohon diberi kerajinan..kihkih
Haha...nanti kalau org dtg rumah i buat semua yg ada kaitan dgn sup ni je la.sbb blh dpt byk & agak kenyang la org mkn. Terima kasih atas resepi =)
smlm dah try resepi soto ni...memang sedappppppppppppppppppppp tak tipu punya...tima kasih kak su n kak long for the resepi
InaYusoff : link tu i olls dah repair. dah ada dah
Huda Qamar : nak uweeeeet
fiza : kan??? ala, kaksu plak yg tingin now huwaaaaa
ya Allah kaksu. dahlah memang tengah lapar ni nak nangis rasa
nak tanyeee..
susu cair tu bukan susu sejat keeee...
ah..kompiuss...
sebab bila tanye orang lain, dia kata susu cair tu susu sejat laa..
tulun-tulun..
ritu tak pakai susu cair sbb dah kompiusss..
rase still sedap tapi terpekat..
bab sambal kicap tu WIN!...bersiuttt makan soto pedas..hahaha..
reena kamaruddin : hahahahha sabau
inayusoff : susu cair tu susu cair, susu sejat yang orang buat air milo or ada orang panggil susu pekat manis. yang ukuran i bg ni memang kuah dia pekat. ikut suka nak konsistensi dia mcm mana. if rasa pekat, tambah la air ok? tp kalo letak susu cair laaaagi sedap!
Alaaa takleh ganti dgn susu segar ke kaksu? Sini takde jual susu cair. Nak nangis la cenggini..sedih mengenang nasib perantau kempunan soto resepi kaksu 😭😭😭
tenkiu explain..
tula..nx time nak buat betul2 ikot resepiiii...
=)
ni pon dah keliur ingat sambal kicap.. kihkih
Wow...tengok pun dh sedap...kalau dpt makan lg sedap kot....heheheh
ok..nak masak soto versi suraya sulatin sempena aidiladha esok.. selamat hari raya chooyaya
Susu sejat = susu cair=evaporated milk
susu pekat=susu isianmpekat manis=condensed milk
Susu sejat = susu cair..nak kenal pasti senang je..ambil tin..goncang...kalo dgar bunyi air...itula susu cair
Susu pekat= susu krimer..goncang xberbunyi ..
Semoga dapat membantu
Apa Maksud bawang merah and bawang besar . Tolong
Saya mohon copy resipi ni ye sis
Saye dah cuba resepi nie. Alhamdulillah terima kasih banyak sis. Memang sedap sangat2.. Terima kasih jugak dekat kak long sis ye. Recommended sangat untuk semua orang try !
Kalo xletak susu xsedap ke?apa function ltk susu?
Kalo xletak susu xsdp ke?apa function ltk susu?
sis lada sulah byk mana?
sis dh try!! sedap sangattt����
Apa dah jadi soto +susu cair + kicap
Gelama kuning 31/12/2018 apa dah jadi soto + susu cair+ kicap
Apa dah jadi soto +susu cair + kicap
Apa dah jadi soto campur susu cair dan tambah kicap ?
Moga murah rezeki..
Post a Comment