Tuesday, July 21, 2015

Selamat Pulang Bekerja Perantau!

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Ke-5! Sebulan puasa, hari-hari routine sahur - berbuka - trawikh rasa seronok sebab always busy. Lepas tu prepare untuk sambutan hari raya. Masak-masak masa menjelang hari raya, bersiap pagi raya and balik kampung jumpa adik-beradik/sanak-saudara and rakan taulan rasa happy giler. Tup-tup harini dah ada dekat KL. Esok pulak kerja and dah start back routine kerja, rasa macam missing pulak. Tu sebab semalam Sazli tegur dia cakap I macam mengelamun. Actually tak boleh nak terima hakikat yang dah ada dekat KL. Yerla. 3 4 hari riuh dekat kampung, tetiba now dah ada dekat KL. Sobs. 

Mak semalam bekalkan air oren 2 botol, tempeyek 1 bekas. Dia tanya nak ke kuih apa-apa I cakap taknak. Mak tu memang, air botol pon nak kirim. Omel. Boleh je kalau nak beli dekat sini tapi orang tuwe kan? Macam tu la. Tak banyak, sikit mesti dia nak kirimkan untuk anak-anak. Shein pulak dekat kampung bagi kerjasama sangat. Dia takde la buat perangai ke apa. Bagi penyapu, setel. Cuma bila dia tido maghrib, bila terjaga dia macam moody skek. Tapi lepas pujuk-pujuk ok je. Lagipon dekat kampung ni banyak tempat dia nak buat audit. Tu yang masa petang raya ke-2 ketiak dia bau cuka. Lepas tu makan pulak telur rebus dah bau telur sampai ke kepala. Sazli mandikan petang tu, kata dia kena sabun 2 kali. Kasik hilang bau telur. Hahahahha.



Masa otw nak balik Jengka dari KL masa Hari Raya Pertama. Tema tahun ni dusty pink. Kami anak beranak sekali adik beradik pakai warna ni. Mak je lain. Dia pakai kaler purple. Sebab dia ketua. Mana boleh sama dengan kitorang.

Anyway, sambutan hari raya untuk I sekeluarga tahun ni semuanya smooth. Alhamdulillah. Nanti I update entry raya I ok? Untuk yang dah bekerja harini selamat bekerja diucapkan. I nak sambung basuh kain lagi 1 trip. Lepas tu setel. Tak banyak sangat kain sebab masa dekat kampung dah basuh half. Best basuh kain dekat kampung sebab cepat kering. Masa kutip baju tu, kain semua panas rangup je.. Kalau dekat KL, sidai dekat balkoni 2 hari baru nak kering. Okbye!

-eNd-

1 comment:

Afidah Azmi said...

Selamat Hari Raya akak..Sama la..Fida pun suka basuh baju dekat kg..basuh pukul 9pg.pukul 2ptg dah boleh angkat dah..kering..Hari ni dah masuk keja dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...