Assalamualaikum…
Hari semalam sebenarnya last day I, Dyba and Intan
kerja. Sarah pulak last harini. Si ‘Izzah pulak last hari Khamis. Isnin pulak
dia dah masuk kerja. Memang tadek life ke apa ni ‘Izzah? Raya keempat dah masuk
kerja? Kata ‘Izzah dia kena cuti lambat and masuk kerja awal sebab dia part
time jadik Detektif Conan. So dia kena jaga office dari serangan orang jahat. I
tanya ‘Izzah, ‘Mak Izzah tak marah ke
sehari sebelum raya pon kerja? Takyah masak-masak ke kat rumah?’ (Sambil
imagine macam mana sebokknya I adik beradik berkuntau dekat dapur kalau beraya
dekat kampong). Kata ‘Izzah, ‘Malam raya
kitorang balik kampong. Buat apa nak masak dekat rumah. Haritu ‘Izzah dah upah
orang Indon kemas rumah. RM70.00 tapi dia bukan buat kerja apa sangat pon. Bak
balik duit!’ T___T Cenggilah keadaan ‘Izzah yang was born in KL punya
sambutan raya. Takyah sesebok macam kiter ongkampong ni.
Tapi sebenarnya, penat memasak + mengemas tu lah
yang bagi semangat raya. Penat tapi seronok! Ikutkan I dekat Ampang ni pon
tadek bizi mana. Sehari sebelum raya kitorang pergi rumah Tok Che Amah untuk
buat ketupat daun palas and masak gulai daging + kuah kacang. Lepas bukak puasa
dah balik rumah Mak semula. Lepas tu, malam raya kekadang kitorang dinner dekat
luar. Bawak Shein. Tadek nak sebok-sebok apa dah. Boleh rehat goyang tetek
kaki. Kalau dekat kampong time ni memang tengah belengas hanget ketiak tak hengat
punya. Kena pulak dekat kampong orang ramai. Masak memang style kenduri. Tu
yang tiap kali raya I rasa macam nak upah Bibik kemas dapur, setelkan pinggan
and mop lantai semua. Seronok la raya kat kampong, lain dari beraya dekat KL. I
hope Allah ‘pinjamkan’ Mak lama sikit pada kami sekeluarga. Sebab dia je nadi ‘raya’
bagi kami sekeluarga. Tak boleh imagine macam mana kalau Mak tadek nanti, entah
macam mana la sambutan raya kitorang. Sobs.
Selamat Hari
Raya dari Geng ‘I Will Survive’ aka ‘Geng Rubber’.
Memandangkan semalam last kitorang kumpul sesame dekat
office, (kaklong dekat Balai Felda, Izzy gone tetiba je dah tadek) so kitorang
bekumpul dalam meeting room, konon mesyuarat la, topic bebas. Haha. Amek
gambar, lepas tu layan buat video dubsmash. I buat dengan ‘Izzah je. Dyba
tukang ketawa sampai keluar suara jantan. Intan pulak tadek mood. Dia lapar
sampai nak menanges. Biasa la dia. Umur je 30 tahun, tapi perangai macam budak
darjah satu. Hahahaha. 'Izzah warning pada I jangan ketawa. Muka kena serious.
Tu yang kembang-kembang hidup I tahan gelak. Kepada yang komen cakap gigi
menyeringai well itulah kelebihan gigi I, ko jangan jeles. (Shadapyu!)
Ni
sekali take je ni. Cuba tengok kepala ‘Izzah. HAHAHAHAHA bangang! Taken from my Instagram
‘Izzah dah
dekat depan, Intan tercicir dekat belakang. Nak jugak masuk dalam gambar.
Hahahaha.
Kepada semua pembaca Chooyaya Secret Garden, I nak
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Mintak maaf kalau
sepanjang I menulis, ada mengguris perasaan sesiapa or ada yang terluka. Ok?
Kalau memandu balik ke kampong, bawak lah kereta dengan berhati-hati. Lambat
takpe, asalkan selamat. Jangan jadik sebahagian dari statistic kemalangan jalan
raya pulak. Hari Raya ni makanan semua sedap-sedap, jadi makanlah dengan
berpada. Ok? Drinks lotsa plain water. Makanan banyak berempah time raya ni.
Takot diarrhea pulak nanti. Ada umur, ada jodoh nanti I update entry. Tapi tak
janji ler. Ok? Muuaaaahhhhhh!! Akhir kata……………
NAK UWEEEEEET!!! HAHAHAHAHAHA
-eNd-
11 comments:
Selamat Hari Raya Kak Su!!!!!
Selamat Hari Raya jugak kak su dan geng I will survive..
Nak uwet kena dtg rumah la kak su tp shein je dpt uwet raya...hehe
Have a safe journey and have a good time with family..
Maaf zahir batin..
Buddy bard : selamat hari raya. Nak uweeeet!!
Farae al farafisya : selamat hari raya. Maaf zahir dah batin. Heeee
tak menahan dubsmash korang. hahahahahahaha...
btw selamat hari raya su
selamat hari raya kak su and family!
selamat hari raya kak su!
terima kasih sentiasa tulis blog tanpa jemu. ecehhh.
doakan kak su bahagia selaluuu
Selamat bercuti dan selamat hari raya...
salam lebaran. maaf zahir batin :)
over kepala akak
kak su!!!! lawok laa dush mash kak su.. hahaha
anyway, selamat hari raya, maaf zahir batin..
tingin nk jumpe kak su..
Post a Comment