Thursday, August 13, 2015

Exotic Food. Uni and Fugu. Dare To Try?

Assalamualaikum..

Harini I nak makan Landak Laut or Mat Saleh cakap Sea Urchin and Ongjepun panggil Uni. I pernah makan 2 kali Uni ni. Sekali masa bukak puasa dekat Ozeki tahun 2008 kot, and last skali masa bukak puasa dengan Izzi masa tahun 2011. I pun macam ingat-ingat lupa macam mana rasa dia. Yang I ingat memang ada la rasa a bit fishy but not too strong and lemak-lemak sikit (tu yang sedap). Rasa dia memang lain dari sashimi. Usually I kunyah dua kali and telan. Sebab rasa dia memang strong. Susah nak describe macam mana. But today, I nak menikmati rasa dia. Biar Fear Factor pon takpe. I nak kunyah slow-slow. Lepas tu see how. If boleh ngam, next time boleh makan lagi. If not, probably this will be the last time la.

Boleh baca pasal Uni/Sea Urchin/Landak Laut ni dekat wiki. Klik sini.


Uni Sushi



Uni Sashimi



Letak sudu dekat sebelah, makan macam tu jer. Ada bran?




Landak Laut

I memang suka makan sashimi and makanan mentah yang exotic tapi mestilah halal and tak membayahakan. Pernah dengar tak dekat Jepun ada this one Fugu Sashimi? Mat Saleh panggi Blow Fish, and orang kita panggil Ikan Buntal. Ikan ni memang susah nak dapat and kalau dapat tangkap pon, hanya yang betul-betul berkebolehan jer yang boleh serve fugu sashimi ni sebab kalau silap gaya, sapa yang makan boleh mati. Ada 1 part dekat insang dia tak silap I yang beracun. Kaler hijau-hijau. Menda tu make sure jangan pecah or else, sekor ikan tu akan jadi beracun. Memang ada kes kematian dekat Jepun sebab makan Fugu Sashimi ni. I pernah tengok dalam AFC. 



Fugu Sashimi


Ni la rupa Fugu aka Ikan Buntal ni




Macam katak pon ada

Boleh baca pasal Fugu/Blow Fish/Ikan Buntal dekat wiki. Klik sini.


Yang ni nak try pon ngeri. Kang nanti orang tanya sebab apa mati. Sebab makan Fugu/Ikan Buntal. Carik pasal sangat kan? Dah la mati sebab makanan. Ironic sangat. Lol. So korang macam mana? Dare to try?


-eNd-

4 comments:

Wizana Arbain said...

Sue u suka mkn escargot aka sipot tu kan, u better check back cos ritu kecoh kes neelofa mkn escargot ni & majlis agama dh confirm escargot ni haram dimakan

Nasibah Zulkifli said...
This comment has been removed by the author.
Mizakarina said...

Kak..saya org bajau asal Semporna Sabah, kalo kat kampung landak laut tuh..makanan harian je tuh, makan dengan nasi panas thorbaikkkk.
Rajin kalu datang landak laut tuh bole buat macam ketupat, masak dengan nasi.ni menu kalo kat kampung mmg dan2 xtgk ayam dah..
Okthanxbye

Nasibah Zulkifli said...

Struggle taip panjang2 post balik demi kaksu tauu..

Dulu sy dok yamaguchi, prefecture yg terkenal dgn fugu. Kat yamaguchi ada 1 daerah nama shimonoseki, kat situ ada pasar karato, yg jual fugu hidup. Berlambak2 fugu dok berenang dlm akuarium besar2. Bila dia kembong tu geli gilaaa..macam katak. Kat yamaguchi tu mmg ramai peniaga yg ada lesen utk siang buang racun fugu. So inshaaAllah selamat fugu2 yg dijual kat kedai sana.

Sebelah pasar basah yg jual fugu hidup tu ada kedai2 mkn n restoren yg jual menu2 fugu n other seafood. Slalu bebudak msia kalau gi sana mkn fugu goreng/tempura n burger fugu gitu je, tak penah lg dgr ada yg try fugu sashimi. Sy mmg takkan mkn la fugu sashimi, tak tertelan dek tekak segala mala jenis sashimi ni.

Kalau kwn2 dari prefecture lain dtg yamaguchi, pasar karato ni tmpt wajib gi la, bawak kwn2 makan fugu n kujira(ikan paus). Kujira tu texture daging n warna dia mcm daging lembu. Sy tak suka kujira ni. Penah try mkn dulu,tp tak bape leh pegi, rasa mcm geli2 n tak sampai hati. Kiut kotttt kujira.. kalau fugu ok la kat tekak sy, takde la nk kata sedap gilaaaa, tp ok laa.. menu kujira yg femes bdk2 msia slalu mkn kujira steak n kujiraball, ala2 meatball gitu la..

Bab uni tu kan..memang respek la kaksu boleh telan. Even malaysian yg dok sini pun tak ramai yg leh mkn uni tu. Dulu waktu mula2 dtg jepun, senior2 bawak gi kedai sushi, time tu la sy mula blaja japanese food(ong kampong sgt kan dah dtg jepun baru dpt rasa sushi, kat msia tak penah mkn pon.hihi), ada sorang senior laki ni dia cite, dulu senior2 dia kenakan dia, ckp uni tu sedap gila, diorang paksa dia mkn, sekaaaaali mkn rasa mcm *******(dah ckp kan tadi,takmo ulang dah haha)

Haaa siap pun taip balik. #lappeluh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...