Wednesday, August 12, 2015

Farah and Faiz Datang Beraya

Assalamualaikum..

Kelmarin I pergi Open House Finance and terjumpa Faiz. My long lost friend. (Long lost friend la sangat. Poyo) Hahaha. I terkejut la nampak dia sebab I ingat Faiz now ada dekat Jekarda. Rupanya Faiz cakap, dia ada kerja dekat HQ and balik Jekarda hari ni (Rabu). Kata Faiz, nak datang raya dekat rumah I malam tu. I cakap I yang nak datang rumah dia, tapi Faiz lagi menang. Dia yang akhirnya dapat datang rumah I. I cakap ok, tapi I malas nak masak, sebab memula dia mintak nak makan nasik lemak. Banyak cantik engkau? Dah la tahun lepas masa I tanya sedap ke tak I punya nasik lemak, dia jawab ‘Ok la. Biasa-biasa je. Tak la sedap mana’ Haha kwahaja.

So balik tu I beli Satay Madura. Ayam 20 cucuk, Kambeng 10 cucuk. Lepas tu tapau Mee Goreng Mamak 4 bungkus. Lepas tu I beli susu cair dengan rambutan stuff nenas and ice. Nanti boleh buat air cocktail. I ingat nak beli kek dekat Secret Recipe tapi jalan nak pergi ke Ampang Point jem, so tak payah la. Makan je apa yang ada. Hahaha. Sapa suruh short notice kan? Patutnya takat Mee Goreng Mamak boleh je kalau nak masak tapi M A L A S kuasa lapan so yeah, beli je. Hahahahaha. Balik tu terus setting meja siap-siap (walaupon mee goreng mamak RM5 sebungkus dengan satay je), yang penting presentation kena tiptop. LOL. Shein pulak dah siap mandi dekat rumah Maktok and dah siap dinner sekali so lagi la baaaaguuuusssssss kurang kerja I. Dorang janji nak sampai pukul 9.00pm tapi dalam pukul 9.15pm macam tu  baru dorang sampai.

I dengar suara Faiz dengan Farah gelak-gelak dekat luar dengan Saz. Sampai pon dorang. Ingat tadi pukul 9.30pm tak sampai, I nak masuk tido je sebab lambat sangat. Haha. Kitorang macam ni la. Jumpa setahun sekali, so time jumpa ni la masing-masing nak bercerita sampai berebut-rebut sapa yang nak cakap dulu. Rasanya memang dah 2 tahun kot kami only jumpa only time raya. Hahaha. Padahal bukan jauh pon rumah, tapi tu la konon memasing bizi. Nak pulak now Faiz dah tak duduk KL. So nanti, boleh la pergi Jekarda lepak dekat Studio Faiz. Kata Farah, dekat Jekarda pempuan cantik-cantik tuuuu. Shopping Mall pon heaven. Kata Faiz, dia lagi suka weekend balik KL dari Farah turun Jekarda sebab nanti duit dia lagi banyak habes. Bongok kan? Haha.


Kurus la Si Farah ni. Tengok la kaki dia macam lidi. Pastu nak laga-laga tapak kaki, aperhal??? Haha


Si Shein nak jugak la dia main lawan-lawan dengan Farah. Walaupon malu-malu masa mula tu. Biasa la Shein, lambat panas.


Faiz pukul 10.30pm dah nguap. Tak remaja langsung ngantuk awal. Kata dia sebab dia sakit kaki, krem. Apa kena mengena entah sakit kaki dengan ngantuk. Gambar Sazli tadek, tu kaki je nampak sikit. Jadik la. Haha.


Si Shein asyik la nak tunjuk hero. Asyik buli I je. Dia Ultraman kan kepala I, I diam je. Malas nak tunjuk garang depan guest. Heeeee.


Susah betul nak snap gambar Shein and Faiz. Bergegar-gegar!

Dalam pukul 11.45pm macam tu, dorang gerak balik. Kalau I datang rumah dorang, sebelum makan ada appetizer, lepas makan ada plak dessert, lepas tu ada pulak coffee. Complete. Dorang datang sini, lepas makan dah. Aku tengok engkau, engkau tengok aku. Tak pon tengok tv je. Hahaha. Lagipon kata Saz, kiter semua kena diet. Tak bagus makan manis-manis ni nanti gemok. Malam tu kami membincangkan topic pasal Ahmad Maslan and Intan. Hahahaha. Faiz memang tak puas hati dengan Intan. Intan takde pon, dia kutuk-kutuk Intan. Kata dia Ahmad Maslan goreng nasik letak timun dalam kuali sama macam Intan la perangai selenga. Nak jugak membangangkan Intan. Jahat Faiz! Anyway, tenkiu Farah and Faiz datang rumah kitorang. Aku nak buat lawatan timbal balik pon tak boleh sebab Faiz dah balik Jekarda. Jumpa tahun depan jer la eh? Hahahahaha.

-eNd-

P/s : Jekarda = Jakarta LOL
(Saje nak bagi bunyik macam negara Mat Saleh)

1 comment:

Happy walker said...

First time visits here, nice blog and sharing, I wish you to have a happy day~ =D

Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...