Assalamualaikum..
Jom la pepagi
ni layan gambar makanan sekejap. I punya tekak ni tak habes-habes teringat
oyster dekat Shangri La yang fresh tu. Perah lemon, letak tabasco sos lepas tu
slurrrrrpppp telan. Perrrrghhhh perggghhhh.. 12 ekor pon I boleh makan.
Sebenarnya Oyster tu kira binatang jugak la kan? So ekor la kan? Tapi kalau
ekor, oyster mana ada ekor. Ke ketul sebenarnya? Ah lantak la. Janji sedap.
Haha. Sazli kan. cuma oyster jer dia tak boleh nak makan. Kalau menda lain,
semua I suggest dia pulak berlebih-lebih suka. Dulu mana dia suka makan sushi
sashimi semua ni. Lepas I ajar dah dia pulak yang berlebih-lebih lawan tauke
suka. Ada this one time, seminggu tu 2 3 kali dia ajak makan sushi. Pastu
demand, Sushi King taknak. Kemain. Sekarang dah slow down sikit. Eh tak, slow
down banyak. Semenjak dah turun 12kg ni, dia jaga makan ok? Nasik dah tak nak
makan. Eksyen betul. Sebab tu I kena turunkan berat jugak ni. Takot kena
nganjeng dengan dia. Haha.
Yang ni Egg Tuna Mayo Sandwich dekat Café sebelah
office I ni. Entah apa nama. Dia punya konsep ala-ala Starbucks la. Ada cake,
ada coffee etc. I selalu lepak sini kalau Annie nak jumpa. Senang jimat time,
takyah I drive. Yang ni Annie order. Tapi dia potong-potong lepas tu makan 2/6
bahagian. I makan 4/6 bahagian. Ko Ghaser?
Pemalu sangat ni
Yang ni pulak I makan dekat Levain. Dengan
Annie pulak. Dia eksyen cakap taknak makan dekat Café sebelah office. Nak bawak
tempat lain. Konon rahsia la. Skali masuk Levain. HAHAHAHA. Macam la kiter
taktau tempat ni.
Ni la Oyster dekat Shangri-La. Freshnya. I
asyik ngulang je dekat Oyster Counter ni. Sampai Chef tu senyum senget dekat I.
Lantak la. Orang bayar laaaaaaaaaaaaaaa
Macam yang I
selalu kompang-kompang dalam IG and entry lepas-lepas, now I amalkan ambik
sehari sebiji lemon. 1 bijik lemon tu lenyek-lenyek, potong dua. Perah skali
dengan dia punya isi-isi tu. Kalau hebat boleh minum juice macam tu jer. Kalau
tak berapa hebat macam I, boleh la campur dengan air sampai jadik segelas lepas
tu minum habeskan semua. Masam dia sampai rasa nak tendang perut orang jer.
Nginggggggg. Lepas tu gigi rasa ngilu. Urrrrghhh I cakap ni pon rasa air liur
berkumpul. If korang nak try, boleh la bubuh honey dalam air tu, tak la masam
sangat. Tapi I saiko, I rasa kalau letak honey nanti khasiat dia dah jadik
lain.
Korang
sebenarnya boleh Google sendiri apa khasiat lemon. Kalau I nak copy paste dekat
sini memang panjang. Tapi bagi I, I ambik lemon ni sebab utama nak menten berat
badan or kalau nasib baik, nak turunkan berat badan. Sebab bila I ambik sebiji
lemon sehari ni, automatically I akan cut off I punya food intake. Dia macam
saiko tau? Malam I tak ambik dinner. Untuk diri I, I perasan after almost 9
days ambik lemon ni, lemak dekat pinggang dulu surut. Rasa badan surut. Taknak
timbang lagi. Biarkan dulu. InsyaAllah I nak istiqamah and I berazam nak ambik
lemon ni paling kurang 2 months. I ambik Isnin-Jumaat je. Sabtu Ahad cuti.
Hahaha.
Yang penting, lemon ni ada function aids weight-loss dengan flushes unwanted materials macam lelemak. Ini sebab kenapa I ambik lemon. Khasiat yang lain pon banyak. Tapi I ambik sebab nak kurus. Yang khasiat lain, I tak heran pon. Hehe.
Korang pon
boleh cuba. Nak buat apa-apa semua kena disiplin. Especially umur-umur macam I
ni, memang tetiba timbul kesedaran dalam diri untuk jaga kesihatan. Nak
exercise tak berapa nak boleh sebab balik kerja nak menggentel Shein. Tengok la
kalau ada rezeki, I nak beli thread-mill letak dekat rumah. Terbakar jugak
hari-hari dengar Sazli cakap dia dapat lari 6km. Badan dia pon makin fit. Dah
tu dia sorang je la nak kurus? Mana aci. Sebenarnya kalau kiter punya partner
pon besungguh nak amalkan healthy life-style, kiter lebih bersemangat tau sebab
ada geng. Macam semalam, Sazli nampak I minum lemon ni, dia tanya untuk kurus
ke tu? I tak ngaku. I cakap untuk detox. Waaaahahahahhaha.
-eNd-
3 comments:
oooo...tak sakit perut ke Su? Masam kan...hehe.. Kalau perah, masukkan air sejuk aci sikit kot.. (tak pernah minum lemon mcm tuh) ice lemon tea pernah...hahaha
ok lah nak buat mcm Su gak..
khasiat lain tak pandang, nak kurus je.. pastu kalau suami tanya, tak ngaku nak kurus, nak detox..ok, paham...hehe
kita takleh minum hari2 lemon ni...jd sakit tekak...huhuhu...acaner nak kurus ni
Sedapnya tengok. terliur dah...
Post a Comment