Wednesday, August 26, 2015

Hens Dinner for Myn at Greenhouse by Muir, Ampang

Assalamualaikum..

Sabtu bebaru ni, I pergi Hen’s Dinner untuk Myn dekat Greenhouse by Muir dengan kekawan Myn. Jadik jugak akhirnya Hen’s Dinner yang di arrange oleh Siti Hamirah. Berapa kali buat group lepas tu delete group. Set date 2 3 kali, idea dari nak lepak ala-ala picnic dekat taman bergembira disamping anak dan dihiasi dengan belon-belon akhirnya musnah segalanya berkecai seperti gelas jatuh kelantai. Wow bunyik sangat ironi ni. Memula plan nak buat dengan geng-geng masa Hens Dinner Mira last time. Sofiani, Natasha Mata Ijau and Sarah tapi last minute tak jadik, sebab memasing ada hal. By hook or by crook memang kena jugak-jugak buat Sabtu tu, sebab ni minggu last sebelum Myn kawen Sabtu ni. Kalau tak, Mira kata maybe dia nak hantar kek dengan belon je dekat office Myn tapi dia akan menyesal seumur hidup sebab Myn punya la arrange Hens Dinner untuk dia last time tapi sampai turn Myn, tadek apapa.

So Mira cakap, kiter collaborate la dengan kekawan University Myn. I cakap I ok je, kenal tak kenal belakang cerita sebab InsyaAllah I jenis senang nak kawan. Bagi I sejam, lepas tu InsyaAllah dah dapat ‘Bangang la Maksu ni’. Tu dah biasa sangat-sangat. Haha. I kan? Beria cakap kat Mira, suruh dia buat group WhatsApp at least senang nak bincang sapa sampai dah, nak pakai baju kaler apa etc. Kata Mira takyah la sebab dia tak berapa kenal sangat kekawan Myn ni. Tapi rupanya masa dekat sana, kata Syakira, ‘Eh yer la Mira ada cakap dalam group Gadis-gadis Myn tu’. Wajaq Mira. Rupanya dia ada group untuk this dinner tapi dia tak invite I lantas I whatsApp Mira ‘KO ADD AKU DALAM GROUP NI SEKARANG LOL’.

Naseb la lepas tu Mira add, kalau tak semua gambar yang I snap walaupon quality cilake ni jangan harap I nak share dengan dorang semua. Haha. Mira bongok. Dia punya henpon kan? Gambar beyond buruks, tapi gigih nak upload dalam IG jugak. Setia betul dengan blackberry dizaman semua orang pakai iPhone and Samsung je. Okeh. Back to cerita plan Hens Dinner Myn ni, Mira tanya I nak buat dekat mana. Area Ampang je la Maksu. I pon suggest GE Mall Alexis. Sebab Alexis ni tak la sesak sangat dengan orang tapi lepas tu tetiba I tingat masa hantar Shein cucuk last time, ada nampak satu café baru sebelah Gleneagles tapi taktau nama. Mira Google ‘Café baru sebelah Gleneagles’, so keluarlah Greenhouse by Muir. Tengok tempat ni lawa, makan pon sedap. It’s a Japanese Restaurant tapi konsep ala-ala Marche siap ada kedai bunga and their own bakery. Bagus.

I sampai awal dari Mira and Myn. Mira biasa la lembap. Tapi kata dia, Myn yang lambat kali ni and dia pon taknak la push-push Myn sebab Myn have no idea yang kiter arrange dinner ni for her. Kira macam surprise la. I cakap pada Mira, ‘Kalau Myn pakai huduh macam mana Hamirah?’ Pastu kata Mira, kalau Myn selekeh sangat dia suruh la Myn tukar baju lulz. Sementara nak tunggu Mira sampai, I pon borak-borak la dengan Tina, Ciah and Syakira. I cakap pada Mira, ‘Ciah ni macam buat taktau je dekat Maksu, aku je yang sebok-sebok nak borak’.  (Ni masa mula sampai la, lepas lama-lama dah ok). Lepas tu Mira cakap, ‘Takper Maksu, sebab Ciah tu dia punya hashtag dekat IG #ciahtakhappening so dia memang macam tu. Hahaha.’

Pastu kan??? Masa memula I sampai tu, semua orang tanya. ‘Maksu, makan tak Japanese Food?’ I cakap pada Mira, ‘Miraaaaaa, dorang tanya Maksu makan Japanese Food ke tak Mira, berani diorangggg????’ HAHAHAHHAHA. Kata Mira, ‘Maksu, dorang tak baca blog Maksu, memang la dorang taktau. Maafkan la dorang’. HAHAHAHHAHAHA. Yerla yerla! So, masa Myn sampai, dia amat la terkejut tengok kitorang ada dekat situ WALAUPON Myn tak berapa happy dengan pengcahayaan GreenHouse ni sebab romentik sangat. Nanti dalam gambar tak nampak la muka perantin berseri-seri so kitorang decide, takpe makan dulu. Nanti later dah habes makan, kiter amek gambar dekat depan restoran ni. Kat depan tu terang. Lantas Myn pon bersetuju.


Dari kanan : Mira, Tina, Myn The Pengantin,  Ciah (hashtag ciahtakhappening) and Syakira.
Ni semua lawyer ni. Kekawan Uni Myn. Kecuali Mira, dia tak lawyer la tapi. Dia PTD.
I cakap pada Myn, 'Memang ko peluk Mira je eh Myn, pergi balik jalan kaki'. Padahal Myn datang dengan Mira. Hahahaha.


Myn cakap kek ni 'so not Myn', HAHAHA. Hamirah nak order penis cake but unfortunately masa nak order tu semua orang ada hal. So end up order kek perantin ni. Ok ape Myn? Takyah nak notty sangat. Notty malam pertama je nanti. Haha.


Syakira memakaikan Myn crown. Myn pon malu-malu.


Pwincess Myn!
Kek yang Mira order untuk Myn. Sweet jer. Kan?

Lepas amek gambar ala kadar dengan henpon masing-masing, kitorang pon makan. Sini konsep dia, korang pilih nak makan apa. Letak dalam bakul, lepas tu pergi kat kaunter and bayar. Ala-ala Marche la. Tu nanti I share dengan korang gambar makanan dekat sini macam mana eh? Mira kan dia bongok sangat ok? Masa kitorang pilih makanan, ada chef ni dia mengekor je kitorang. Kata Mira mungkin sebab kite cantik Maksu. HAHAHAHAHHA. Lepas tu Mira cakap, ‘Eh, you kena masak sedap-sedap. Kawan I ni Food Blogger’. Lepas tu Apek tu cakap, ‘What Blogger?’ **Slap forehead. Dia taktau la wei apa tu Blogger. HAHAHAHAHA. 


Mira cakap dia kenyang, tapi makanan depan Myra doesn't sound so.

Selamat perantin baru Myn! From Siti Nurhaliza


Hamirah and her best friend, (And I terjebak sekali dalam cerita ni)

Kata Mira, sebab Mira dah beli kek Perantin Pakai Gown untuk Myn, so Mira cakap today my foods is on you Maksu. Blardihel Mira. Dah la aku ada RM50.00 je ni. Naseb baik ada kad kedit yang balance pon suam-suam kuku je ni. Hahaha. Mira cakap ok apa RM50.00, Mira ada RM40.00 je ni. Kau ni Hamirah, kereta nak Porsche je, tapi duit ada RM40.00 acane? Hahahahaha. Lepas makan, kitorang amek gambar and balik. Kitorang tu ialah I and Mira la, yang lain stay. Sebab kami kan ada anak dirumah yang menanti kepulangan kami. Gittew. Actually Mira nak kena balik Banting semula dengan Svetlana. (Svetlana tu anak dia) So I pon balik la sekali.

Masa amek gambar tu Myn macam tears. I pon sedih jugak la tengok Myn sedih. Biasa pon I memang macam tu. Memang konsep dia tak boleh tengok orang nanges, nanti sama jugak nak nanges. Lucky you Myn to have Mira as a friend. Dia memang jenis appreciate kawan-kawan dia (kecuali aku). And untuk Ciah, Syakira and Tina tenkiu sebab sama-sama memeriahkan Hens Dinner – arrange by Mira yang simple tapi I’m pretty sure sangat memberi impact pada Myn. Kepada Myn, tahniah Maksu ucapkan. Nanti dah kawen and ada anak, kiter party emak dan anak pulak ok? Please keep in touch and kirim salam Ikhwan Hot FM. Tu cousin Myn tu. Hahahaha.

-eNd-



Ni la Greenhouse by Muir. Photo taken from here.


Mira order kek Myn dekat L.A Delight. Harga dia RM95.00 jer.


Ni gambar I dengan Mira dari henpon dia. Nak jugak tu masukkan dalam IG. Hahahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...